Skip to main content

Kita buat untuk kita


Assalamualaikum.

Sejak kebelakangan ini , penduduk muka bumi sering diselubungi masalah hidup yang kronik. Paling ketara ialah masalah rumahtangga dan punca pendapatan.

Akhir zaman ni , semua benda perlukan duit. Semua benda perlu dibayar dengan duit. Hampir semua benda dikenakan  dengan bayaran tinggi berbanding pada zaman 10-20 tahun sebelum.

Bagi mereka yang dalam proses nak besarkan anak anak , zaman ini merupakan zaman yang mana mereka kena banyak berusaha untuk dapatkan  duit. Kerja dan kerjaya sangat penting untuk teruskan hidup. Ada kerjaya tapi tak buat kerja pun tak guna. Haa macamana tu ?

Walau bagaimana pun , untuk mengelakkan tekanan berterusan, ramai orang pilih untuk berhenti kerja ataupun bertukar tempat kerja.  Pada maq ,cara itu sebenarnya tidak membantu. Kecuali berkaitan dengan faktor kesihatan atau masalah tempat tinggal. Itu mungkin tak dapat dielakkan lagi.

Realitinya , berhenti kerja akan jadikan kita penggangur yang tetap akan perlukan duit pada setiap masa.

Berhenti kerja akan jadikan kita seorang yang sibuk nak buat itu ini untuk dapatkan duit.

Berhenti kerja akan jadikan kita seorang yang susah nak dapatkan kerja baru ,lebih lagi jika kita tiada kelayakkan maksima yang mana  dikebanyakan syarikat perlukan.

Sebenarnya tindakan berhenti kerja itu kita sendiri boleh selamatkan jika kita ada satu perasaan hebat . Ianya dipanggil  SABAR.

Apapun ingin dinyatakan disini , berhenti kerja dengan diberhentikan kerja itu adalah dua situasi yang sangat jauh berbeza.

Ya .. Dalam dunia sekarang , elakkan berhenti kerja. Kerja kat mana pun kita tetap akan stress kalau kita sendiri tak pandai nak lakukan kerja kita tu. Puncanya satu je , tak minat ! Buat kerja yang kita tak minat itu membebankan diri kita sendiri.

Fikirlah cara waras , kerja tak kenal siapa kita tapi kita sendiri yang harus mengenali ciri ciri kerja yang kita buat. Dengan itu secara tak langsung minat itu akan datang. Bak kata perpatah " tak kenal maka tak cinta " , kalau sudah kenal ? makanya sering pulak bergaduh , haa gitu 😂

This is dunia ! Semua orang punya pemikiran yang berbeza. Haaa bila kita guna pakai ayat tu , kita boleh elakkan salah faham antara kita. Ulang ayat tu semula..

"semua orang punya pemikiran yang berbeza²"

Okey..fokus satu hal ! Jangan remehkan sabar. Berusahalah untuk teruskan perjuangan dalam hidup ini.. Kita buat untuk kita.

Gambar sekadar hiasan*







Comments

POPULAR POST THIS WEEK

Percubaan Pertama Detox Ginjal

Doa Buat Diri Sendiri

Nasi Baryani Wak Gondan

3 Kacang Ketot Tok Maq

Kita Tak Rasa Luka Dia

Mak Uteh & Mak Tam Pergi Umrah

Johorean - Cuti Jumaat Bertukar Ahad

TH Terima 60K Rayuan Tunai Haji

Usaha Ingin Baik

Sembang Pasal Haji