Tirai 1448H Langit Indah

 

Bismillah,

Semalam Maq sempat jugalah brisk walk bersama encik suami.Kami nak ambil suasana awal muharam ditepi tasik.Sambil keluarkan peluh.


Kami tiba tepi tasik tu dalam pukul 6.40pagi.Lepas buat regangan 2/3 minit,kami pun mulakan perjalanan macam biasa.


Masuk je pusingan ke dua,Maq lihat langit sangat indah.Masa ni matahari baru terbit.Tanda masuknya waktu syuruk.Tapikan suasana tu lain dari hari hari biasa.Kalau tak takkan maq sanggup berhenti kejap langkahan semata mata nak rakam suasana indah tersebut.






Indahkan? Ini bukan edit tau.Hasil filter pun bukan.Seriusly tak pernah kami lihat langit pagi seperti ini sebelum sebelum ni.Biasanya awan putih berkepul kepul je atau awan mendung berwarna kelabu tanda tanda hujan nak turun.Tapi pagi awal tahun baru semalam sangat lain dari biasa.


Subhanallah ,maq sempatlah merakam keindahan tirai pagi maal hijrah 1448H tu semalam bersama encik suami.Tapi momen tu tak lama pun,adalah dalam 10minit.Lepastu langit kembali cerah seperti biasa.


Guys,Maq doakan,semoga yang baik baik je untuk kita semua disepanjang tahun 1448 ini.Sentiasalah bersangka baik dengan Allah dan rezeki dariNya.Kita kan cuma hamba.


Lepas kami berjalan 'leha leha ' sambil perhati langit awal tahun baharu hijrah tu ,inilah hasil langkah kami semalam.




Boleh la kan buat lembut lembutkan otot dan dapatlah maq kejutkan jantung ,paru paru dan otak.Kalau tak 'diaorang' tu lemau semacam jek bila Maq terperap dalam rumah.

 Guys,
Zikir yang indah ini sangat dicintai oleh Allah SWT, membawa ganjaran pahala yang besar, dan menjadi antara kalimah yang paling disukai.
selamat beramal ❤




Comments

Popular posts from this blog

Bersyukur Bila Diuji

1 Muharam 1448H

Cara Cari Calon Pasangan Hidup

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

10 Zulhijjah 1447H

9 Zulhijjah 1447H

Ayat Pilihan 16 May 2026

Hadiah Akhir Tahun 1447

Berat Ujian Bakal Haji 2026

Kata Kata Pembangkit Semangat