Kenangan Dulu Dulu


Assalamualaikum.

Setiap orang pasti punya kenangan. Kenangan pulak merangkumi dari pelbagai sudut. Seronok , sedih , serik dan seram. Ada banyak lagi kalau nak dihuraikan pasal kenangan ni. Sampai raya pun takkan habis maq menaip ni karang..

Maq pun nak kata kurang kenangan tu macam menipu pulak kan. Hidup dah separuh abad dah takkan takda kenangan nak dikenang. Adaa..tapi biarlah rahsia kekal jadi rahsia. Eceh kenangan pun nak dirahsiakan ,alasan ! Hehe

Untuk tidak memghampakan anda ,bawah ni serba sikit antara kenangan yang pernah maq lalui dan berkaitan la juga dengan gambar gambar tu.

Ye ,kenangan ini memang maq lalui. Ibu selalu pesan ,jangan main jauh jauh dari kawasan rumah , nanti ada penyabit. Kerja dia sabit kepala untuk dibuat jambatan. Disebabkan terlalu takut hilang kepala,bila terjumpa je orang bawa sabit kelapa atau sabit rumput ,kami ( budak budak ) akan lari atau sembunyi. Haishh..orang buat jambatan kan pakai simen, batu, kalau pakai kepala celah mana pulak nak diletakkan? Ternyata Tipah ketika itu terlalu mudah tertipu... Hehehe

Part ni paling indah. Maq mengaji sampai 2 tempat mengaji. Rumah pertama tukang ajar nya perempuan. Suara dia lantang dan nyaring. Lunak merdu bila beliau mengaji tapi tajwid lintang pukang . Alip untuk alif. Bé untuk bha. Té untuk tha. Semua ok asal boleh baca ,ngaji pun ON. Masani orangtua cuma nak anak anak dia mengaji semata mata untuk kenal huruf je bukan mengaji untuk masuk pertandingan musabaqah katanya haha padahal  tajwid itu wajib betul kalau baca Quran.Bila siap mengaji kena jaga anak kecil dia sambil dia ajar murid lain mengaji. Maq seronok! Ngajinya kejap je, bermainnya lama. Dan bila dah besar sikit,maq mengaji kat surau. Yang ajarnya imam surau tu jugak. Alhamdulillah dapatlah baca dengan tajwid yang betul. Ada bayaran? Tak ,dua dua tempat adalah percuma, semuanya diajar dengan ikhlas. No caj !🙅

Ini kenangan menarik. Ada duit 5sen pun jadi. Padahal bukan dapat apa pun. Kalau main tikam tikam ,nanti ibu cakap " buat apalah nak kayakan bangsa tut* dia dah kaya dah tu. Budak budak yang  seronok main tak dapat nak simpan duit dalam tabung, nanti dah besar duit takda ,susah .." - ala ,ibu marah taubat kejap ,lepastu kayakan lagi bangsa tut tu semula.😂. Wei kadang dapat gelang mainan tau. Hahaha happy sangat sangat hati nya. Macam dapat gelang emas pulak. Masatu mana ada kedai 2inggit ke , Eco ke ,D.I.Y ke.. Bukan macam sekarang. Macam macam kedai jual barang kemas mainan ado. Macam macam pattern gelang jugak ado! 

Hahaha maq la tu ! Penakut tapi nak tonton. Kadang package bawa selimut ! Berpeluh peluh menyorok.Tapi mata tetap intai celah selimut tu. Kadang kena sakat dengan ibu. Ditariknya selimut hahaha..Berani tapi takut..aduhai..part pergi bilik air paling siksa. Takda siapa nak temankan. Dan akhirnya abah jadi mangsa . Jadi tukang teman. Paling haru , tandas kat luar rumah dan masa tu tengah malam perut pulak meragam.. Huarghh abah..!! 😭

Macam ibu maq selalu pesan:

- jangan duduk atas bantal.
-jangan makan banyak tempat.
-jangan ketip kuku malam malam.
-jangan menyanyi didapur.

Masa tu mengeluh jugak bila banyak sangat 'jangan'nya tu. Tapi bila difikirkan balik, mesti untuk keselamatan anak dia , sebabtu terlalu banyak 'jangan' yang diberi. Terima kasih ibu..😘

Itu antara kenangan maq masa dulu. Seronok pulak bila dikenang semula. Anda pun tentu ada kenangan indah kan. Marilah kongsi dengan maq.

Gambar :  facebook

Comments

Abam Kie said…
Indahnya kehidupan zaman kanak2. Asyik nak main je. Andai dpt ku undurkan masa pasti aku ingin melalui zaman itu lagi...
Maqnie said…
Zaman kanak kanak ialah zaman "bebas" dari tekanan hidup ..

POPULAR POST

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Bergurau Dengan Scammer

Selesaikan semuanya didunia

2024 Tahun Pergi Pantai

Kes Covid 19 Apa cerita?

Tarikh Lahir Tahun Hijriah

Pantai Puteri ,Melaka

Tanda Ikan Sudah Masak

Ziarah Maktok Di Perak

Kisah Sejadah Kecil