Kisah Anak Anak Maq Berpuasa



Bismillah,

Harini Jumaat.

Semoga segala usaha kita hari ini diberi keberkatan dan berjalan lancar. Diam tak diam sudah hampir seminggu bulan sya'baan 1440H.


Mana yang belum habis bayar puasa tahun lepas tu cepat cepatlah buat qada'. Tak elok melambatkan bayar hutang tau. Tapi kata anak bongsu maq :


" eee ..leceh betul lah puasa kalau  orang lain tak puasa , dugaan tu kuat sangat,kadang tak daya nak menahan . Lagi lagi kawan sekolah tu. Sedap dia je makan minum depan kita. Dah elak macamana pun tetap nampak dia orang makan minum.

Makk..esok Aida puasa tau.."


*dengan nada perlahan Aida beritahu ,esok dia nak bayar hutang puasa tahun lepas..


Maq cuma senyum bila dia mengeluh gitu.Nak tergelak pun ada Itulah pandangan orang yang terlalu muda dalam rumah maq ini. Maq cuma nak dengar je apa pendapat dia. Ternyata dia  masih jenis yang banyak alasan .


Padahal nanti bila dia dah kerja ,lagi besar dia punya dugaan bayar puasa. Dan masa tu dia nak salahkan siapa? Orang jual nasi lemak? Orang jual roti canai? 😂


Masa didik kakak kakak dia puasa dulu,lagi maq stress.. Kalau maq masak  nanti maq yang kena marah. Hahaha habis tu masa berbuka nanti nak makan apa kalau emak awak ni tak boleh masak?



"Maaakk...Bau masakan mak tu kuat sangat,lapar laa...macamana nak puasa niii "


Hahahaha boleh sakit kepala emak dia nak mikir celah mana nak adjust bau masakan ni supaya orang lain tak terhidu baunya ..😂


Anak oh Anak..


Kanan : Along , Aida ,Ety dan "kak long" ceh kak gitu ,😂

** gambar raya tahun 2018 

Comments

Popular posts from this blog

Cara Cari Calon Pasangan Hidup

Bersyukur Bila Diuji

1 Muharam 1448 H

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

Hadiah Akhir Tahun 1447

Berat Ujian Bakal Haji 2026

9 Zulhijjah 1447H

Kata Kata Pembangkit Semangat

Ayat Pilihan 16 May 2026

10 Zulhijjah 1447H