Hikmah Disebalik Sesat

 

Gambar bunga tulip ini maq dapat dari galeri google plus maq.

Gambar yang maq post pada tahun 2008.

Bismillah,

Bila sebut 2008, Maq teringat kisah seorang pelajar UiTM tahun akhir yang sesat dalam hutan selama 19 hari dihutan Gunung Tahan.

Nama panggilan viralnya Umai.Nama sebenar Nur Maisara.Beliau berasal dari Johor dan belajar di Pahang.

Masa tu laman sosial taklah sehebat sekarang.Dengar berita pun dalam tv jek.So setiap pukul 1.30 tengahari atau pukul 8.00 malam Maq akan tunggu berita demi nak tahu perkembangan terkini kisah adik Umai.

Semalam,Allah beri maq rezki masa,dapatlah melayan podcast ulang cerita kisah Umai selepas 18tahun peristiwa itu berlalu.Dapatlah Maq tahu kisah yang sebenar yang belaku kat beliau.

Korang tau tak,durasi 1jam 39minit tu,Maq tonton buat 3 episod.Bila kisah tu jadi sedih,maq 'pause' kan kejap.Maq buatlah kerja rumah semula.

Lepas siap kerja rumah,dah masa berehat,maq sambung tonton video podcast tu.Gitulah cara maq layan youtube yang durasinya panjang berjela.

Maq tak boleh nak bayangkan bagaimana Umai boleh harungi dunia dia dalam tempoh 19 hari tanpa makan apa apa dan bersendirian.Dalam hutan tebal ,buat pertamakali seorang gadis berusia 21 tahun berjalan tanpa hala tuju untuk cari jalan keluar .

Bagaimana pun pengalaman beliau betul betul dah jentik hati maq.

Ternyata hidup ini apa keadaan sekali pun,kita memang kena cari Allah.Lagi lagi dalam keadaan jiwa yang tertekan dan saat kita dah hilang haluan dan arah.


Korang nak layan jugak youtube podcast tu?host dia pun terbaik bagi maq.Korang boleh baca komen komen dekat bawah video tu semuanya beri komen yang penuh bermakna.

Korang klik link ni untuk nak tau lebih lanjut jalan cerita Umai sesat 19 hari tu.


Selamat menonton ❤

Comments

Popular posts from this blog

2 Muharam 1448H

Bersyukur Bila Diuji

1 Muharam 1448H

Tirai 1448H Langit Indah

10 Zulhijjah 1447H

Cara Cari Calon Pasangan Hidup

Kata Kata Pembangkit Semangat

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

BMI Jadi Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026