Skip to main content

Tepung beras untuk buat rempeyek


Assalamualaikum.

Bila encik suami mengidam kuih rempeyek hasil dari air tangan puan isterinya, maq pun tercari cari resepi rempeyek paling sedap yang terdapat dinegeri Johor. Tapi takda!

Dengan izin Allah ,pada satu hari..

Ya ,pada satu hari , sepupu maq update di whatsapp status bungkusan rempeyek yang beliau hasilkan sendiri. Alhamdulillah..dah boleh minta resepi nampaknya ni.

 " hati berbunga bunga nak sangat resepi rempeyek tu"

Alhamdulillah , sepupu maq seorang yang baik hati. Beliau sudi berkongsi resepi dan akhirnya terhasillah rempeyek kacang tanah versi Madam Maq..cewah 😂 ( padahal tiru resepi orang punya ,hehe )

RVM - rempeyek versi Maqnie


Bahan bahannya banyak!
Tepung beras 2cawan
Tepung ubi 2cawan
Telur 1biji
Santan kotak 1/2kotak
Garam secukup rasa
Kacang tanah 1/3kilogram
Jintan halus 2sudu makan
Jintan kasar 2sudu makan
Ketumbar 3sudu makan
Bawang putih 3ulas
Ikan bilis 1cawan
Udang kering 50gram
Sedikit air (dalam 350-400ml)
Kapur masakan sesudu teh (bancuh dengan sedikit air )

Antara bahan bahan RVM

Tips:

Tepung beras yang sesuai ialah yang brand tiga gajah. Bukan cap gajah duduk ,itu brand untuk kain pelikat !

Adunan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.

2cawan tepung beras + 2 cawan tepung ubi itu dah boleh buat anda rasa lenguh betis berdiri ketika masak. Banyak tau dapat!

Adunan pekat akan menghasilkan rempeyek yang tebal dan keras. So cairkan sedikit kalau pekat tu dengan menambah air sikit sikit.

Bahan kering dikisar pakai pengisar kering.

Api jaga- Kuat sangat jangan, perlahan sangat pun jangan. Yang sedang sedang saja. Dan jangan macam macam haha.

Kacang tanah digoreng tanpa minyak dulu. Jaga jaga jangan sampai terhangus . #macammaq 😅

Cara buat? Tengoklah kat youtube! Malas maq nak menaipnya. Data internet banyak banyak nak buat apa kan? Bukaklah youtube tu, haha

Nota maq : Sejak kebelakangan ini , maq lebih selesa masak sendiri kuih kuih seperti ini dari beli diluar. Puncanya ? Masak sendiri kita boleh yakin tahap kebersihannya. Modal pun sikit. Haa tu je punca dan penyebabnya takda lain pun ..heeee

Comments

POPULAR POST THIS WEEK

Percubaan Pertama Detox Ginjal

Doa Buat Diri Sendiri

Nasi Baryani Wak Gondan

3 Kacang Ketot Tok Maq

Kita Tak Rasa Luka Dia

Mak Uteh & Mak Tam Pergi Umrah

Johorean - Cuti Jumaat Bertukar Ahad

TH Terima 60K Rayuan Tunai Haji

Usaha Ingin Baik

Sembang Pasal Haji