Bismillah, Salam 10 Muharam 1448.Kalau korang nak tahu,masa maq pergi jumpa doktor pada 8 haribulan yang lepas.Kan maq ada beritahu yang tekanan darah maq naik tinggi. Ulang siar hehehe Padahal kalau check kat rumah,okey je resultnya.Tapi bila cik misi KKBP check,doktor check ke laut china selatan result tu boleh bawa. Tapikan ada beberapa orang doktor pernah cakap kat maq, memang macamtu lah situasinya. Maksud doktor ,bila kat rumah kita duduk duduk santai je,rehat rehat je sebab itulah tekanan darah result nya rendah. Tapi kalau diklinik,kita penat nak tunggu giliran,rasa stress tengok orang keliling kesana kesini,bunyi bising,dipanggil ke bilik sana,ke bilik sini,haa itu lah antara punca tekanan darah jadi naik tinggi. Nahh! doktor sebenarnya tahu je punca puncanya tapi kadang dia orang tu sengaja buat buat tanya. Contoh : " Puan kenapa darah naik tinggi sangat niiiii...? Puan fikirkan apaaaaa...? "Jangan runsing runsingkan fikiran tuuuu." "Puan ,sekarangni kes...
Gambar bunga tulip ini maq dapat dari galeri google plus maq. Gambar yang maq post pada tahun 2008. Bismillah, Bila sebut 2008, Maq teringat kisah seorang pelajar UiTM tahun akhir yang sesat dalam hutan selama 19 hari dihutan Gunung Tahan. Nama panggilan viralnya Umai.Nama sebenar Nur Maisara.Beliau berasal dari Johor. Masa tu laman sosial taklah sehebat sekarang.Dengar berita pun dalam tv jek.So setiap pukul 1.30 tengahari atau pukul 8.00 malam Maq akan tunggu berita demi nak tahu perkembangan terkini kisah adik Umai. Semalam,Allah beri maq rezki masa,dapatlah melayan podcast ulang cerita kisah Umai selepas 18tahun peristiwa itu berlalu.Dapatlah Maq tahu kisah yang sebenar yang belaku kat beliau. Korang tau tak,durasi 1jam 39minit tu,Maq tonton buat 3 episod.Bila kisah tu jadi sedih,maq 'pause' kan kejap.Maq buatlah kerja rumah semula. Lepas siap kerja rumah,dah masa berehat,maq sambung tonton video podcast tu.Gitulah cara maq layan youtube yang durasinya panjang berjela. M...
Bismillah, Pada pendapat maq, tak banyak yang diperlukan untuk hidup dalam circle akhir zaman ini. Sebagai manusia yang waras,ada 2 hal yang perlu kita jaga sebaik baiknya. 1-jaga iman 2-jaga kesihatan Jika iman sempurna,segala ujian yang datang,jiwa boleh hadap dengan tenang. Letaklah apa pun sebagai ujiannya,hati tetap berbalik pada tauhid yang dipegang.Semua ini adalah aturan Allah.Kerana Qada dan Qadar Allah.Masa tu apa pun masalah biarpun masalah terpaling berat,ia takkan jadi luka atau kudis berdarah pada diri. Kesihatan yang baik boleh buat hati tenang juga.Selesa dalam melakukan kerja hakiki dan lakukan ibadah seharian.Maksud kesihatan terjaga baik tu bukanlah takda sakit langsung tapi tubuh badan sihat tanpa perlu makan ubat yang banyak dan tak perlu nak kena follow up medical check up tiap bulan atau setiap tahun.Dan minda tak perlu tersakiti asbab rasa iri hati.Ye,itulah sihat yang terjaga baik yang maq maksudkan. Umat akhir zaman macam kita ni sebenarnya sangat perluk...
Sekadar hiasan*** Bismillah, Jom kita baca doa ini bersama, Yaa Allah, jagalah hatiku dari membenci. Kerana ada luka yang masih berbekas. Ada kata-kata yang masih teringat ingat. Ada perbuatan yang masih sukar untuk dilupakan. Namun hari ini aku tidak mahu hati ini dipenuhi dendam dan kebencian. Ajarkan aku Yaa Allah, Ajar aku untuk memaafkan, meskipun belum mampu melupakan sepenuhnya. Ajarkan aku untuk reda, meskipun hati ini pernah terluka. Aku sedar, hati yang dipenuhi kebencian tidak akan pernah tenang. Dan aku memilih ketenangan yang datang daripada Mu berbanding memelihara rasa yang hanya menyakitkan hati dan diri sendiri. Inshaallah.. Aamiin.
Bismillah, Harini 7 Julai 2026. Harini the most beautiful day for me. Thank you Allah ❤ Ceh speaking london ko hahaha! Takda apa yang diharapkan selain doa yang baik baik sahaja untuk diri ini dan untuk semua ahli keluarga dan juga untuk masyarakat. Juga doa yang baik baik buat semua pengundi saya,jika saya menang pilihan raya kali ini ,saya belanja anda semua makan kek marble! yey ✌ ***Ambil aura birthday musim PRN 2026 ( kenalah perasan jadi calon PRN ) eheheh Sesungguhnya umur ini hanya pinjaman oleh Allah.Moga Maq tidak menyalah gunakan pinjaman yang satu ini,Inshaallah Aamiin.. Istajib dua' ana yaa Allah 🤲 Terima kasih kepada semua yang telah pun mendoakan maq disepanjang hari ini.Maq harap doa anda akan kembali kepada anda juga nanti,inshaallah ❤
Bismillah, Harini 5 Muharam 1448H. Orang pergi haji pun dah semakin ramai dah balik ketanah air.Alhamdulillah.Lain lain masih busy nyoping di dua tanah suci tu. Bila tanggungjawab lakukan haji dah selesai ,mesti jiwa rasa lega dan puas.Shopping adalah detik detik sebelum pulang ketanah air.Bak kata sesetengah jemaah,nak habiskan duit rial je ni.Malas nak bawa balik Malaysia,hehehe bijak. Maq ada baca kisah jemaah yang kos keseluruhan penghantaran barang yang dia shopping masa musim haji baru baru ni mencecah SAR 3600! berat keseluruhan kotak 200kg.Kesian petugas pos laju,letih nak buat kira kira.Tu baru sorang jemaah,kalau 31,600 orang jemaah? Tapi bukan selalu kan.Haji tu seumur hidup sekali je buat.Semua barang tu nanti boleh dibuat kenangan dan cenderahati. Apapun pesanan maq buat para jemaah haji,jangan habiskan duit tu dulu, kat Malaysia sekarang ni musim durian.Semua harga murah murah.IOI pun sekilo rm10 je.UM,BT,MK harga semua bawah RM20/kg.Durian kampung dapat rm3-rm5/kil...
Bismillah, Sengaja simpan sini sebagai bukti bahawa bertarikh 27 Jun 2026 , buat pertamakalinya Aida tempah cermin mata khas untuk mata dia sendiri. Bila dah hampir 3 tahun berkerjaya mengadap PC ,akhirnya semalam Aida request nak pergi kedai cermin mata sebab pandangan matanya dah semakin tak 'clear' bila buat kerja kerja pejabat. Lepas waktu asar ,encik suami bawa kami berdua ke kedai cermin mata di bandar Batu Pahat. Pinjam gambar google** Aida pilih Mine optometrist sebagai kedai pilihan. Maq pun sebelum ni buat cermin mata di kedai ini.Banyak pilihan frame yang up to date.Harga pun masih mampu milik.Semalam pun ramai pelanggan yang buat cermin mata di sini.Pekerja nya semua peramah dan beri kerjasama yang sangat baik. Kalau Maq yang buat cermin mata,frame cermin mata murah je ( kadang tu tak sampai pun rm 100) yang mahalnya cermin dan kanta. Maklom wargaemas,macam macam rabun ada.Power pulak 800-900.Pilih pulak kanta 'plastik' yang tahan lasak.Kalau kaca takut ...
Bismillah, Tasik Y merupakan salah satu kawasan rekreasi yang popular di daerah Batu Pahat,Johor. Di Batu Pahat selain ada tasik Y ( di Bandar Penggaram) ,disini juga ada tasik Merdeka ( di Bukit Pasir ) dan tasik Botani ( di Seri Medan ). Bermula bulan Mei 2026 trek pejalan kaki ditasik Y telah dikurangkan jaraknya.Dari jarak sejauh 800meter ianya telah menjadi kepada 600meter ( anggaran lebih kurang Maq jelah ni). Ini disebabkan kawasan tasik Y sedang dalam proses pengurusan untuk atasi masalah banjir yang kerap belaku dikawasan sekitar.Banjir kilat sering terjadi bila hujan lebat turun lebih dari 2-3 jam. Sekarang projek tersebut sedang giat berjalan.Dan kami sebagai pengunjung setia tasik Y,kena akur pada ketetapan trek yang dibenarkan.Demi keselamatan dan keselesaan kami. Anda nampak tak sebuah jentera berat yang sedang mengorek tasik? Sebenarnya disitulah kawasan paling tenang bagi Maq bila brisk walk.Di situ ada sepohon pokok besar yang bunganya sangatlah wangi.Ada pokok me...
Bismillah, Dalam hidup ini kita kena selalu fikir pasal orang mati.Jangan terlalu fikir pasal orang yang masih hidup. Kenapa? Kata ustaz Naim Sadoon , bila kita banyak fikir pasal orang hidup,nanti kita susah nak buat persiapan untuk mati.Mungkin korang boleh faham apa maksud ustaz. Gambar kenangan umrah 2019. Waktu ni dalam program ziarah Masjid Nabawi dan kawasan sekitarnya. Belakang kami tu kawasan perkuburan Baqi' yang mana peraturannya hanya orang lelaki je boleh masuk kawasan kubur.Orang perempuan tidak dibenarkan. Tapi kenapa kami berniqab? Saja nak rasa aura jadi mak mak arab hahahaha. Guys,bila kita ziarah kawasan perkuburan automatik kita akan ingat mati.Tapi ramai orang taknak pergi kubur alasannya kawasan kubur keras. Ye betul lah tu.Batu nisan dan kepoknya kebanyakkan diperbuat dari kayu cengal dan batu sungai serta bermozek.Sebab tu kawasan kubur keras! Dah masuk tahun 2026 - tolonglah guys, buang semua fikiran kolot tu.Pergi ke kawasan kubur akan jadikan diri ...
Assalamualaikum, Musim hujan ni sedapnya kan bila tidur malam. Suasana sejuk , selesa berselimut ,tilam pulak empuk, bantal gebu. Dan tentunya mengharapkan dapat tidur dengan lena setelah seharian penat berkerja disiang hari. Dan kadang, dia punya terlalu lena tu, alarm doklah menjerit berjam jam, kita langsung tak mampu nak tersedar dari tidur.Tak tahulah itu tidur kah atau mati kah? Allahhu akhbar. Kebanyakkannya itulah cara tidur kita. Tidur umat Muhamad yang nakkan tempat tidur selesa dan tidur yang lena. Menurut ustaz,Rasulullah SAW tidak tidur macam kita. Baginda lebih selesa tidur beralaskan hamparan keras seperti pelepah daun kurma. Kepala baginda pula beralaskan tangan baginda sendiri. Mengiring ke kanan dan kaki dibengkokkan sedikit. Rupanya tujuan baginda tak mahu tidur selesa tu semata mata sebab nak mudahkan diri baginda bangun untuk solat sunat malam. Solat tahajjud, solat witir, solat sunat tasbih. Maafk...
Comments
Post a Comment