Assalamualaikum.
Ahad 14hb april 2019 lepas, maq berkesempatan ke pantai Cherating bersama keluarga. Apa yang menarik perhatian maq ialah :
"Kenapa Pantai Cherating sunyi dan tidak semeriah dulu? "
Tak ada pun suasana yang boleh buat maq teruja bila sampai disana. Pantainya bersih tapi sistem tempat santai santai tu sangat tak santai , suasana yang sunyi gila dah buat semuanya jadi hambar. Nak bayangkan dia punya sunyi camana pun tak tahu.
Apakah mungkin maq sampai disitu waktu memang takda pengunjung? Iaitu satu jam sebelum masuk waktu zohor?
Atau mungkin maq dah pergi salah tempat? Sebabnya ,untuk ke pantai ,jalannya sangatlah jauh dari kawasan chalet. Kawasan pantai yang terhad tu tak semeriah maq pernah pergi satu ketika dulu. Kenapa ek?
Sebelum ni maq bayangkan Cherating serupa macam Port Dickson ke , Telok Cempedak ke ,rupa rupanya ..krik³
Kawasan terhad. Kereta anda boleh parking bawah pokok pokok kelapa dengan caj rm3.00.
-Ada seorang dua penjual ais krim bermotor yang lalu lalang disitu.
- Ada sebuah kedai minum air kelapa ,yang mana ketika dah pukul 1 ,kami dah nak gerak , kedai baru nak bukak.
- Ada sebuah kedai jual baju dan seluar. Layang layang dan cenderahati.
Lain lain sepertinya tidak terurus. Yang menarik perhatian anak anak maq ialah sebuah buaian kayu dihadapan Tanjung Inn.
Nextime maq nak datang sini pada sebelah malam pulak. Manalah tahu kot kot waktu malam suasananya berbeza . Apa pun , pada pandangan maq, pantai Cherating memang perlukan pembaharuan yang serupa dengan pantai pantai cantik lain di Malaysia ini.
Comments
Post a Comment