Skip to main content

Hal Yang Paling Ditakuti


Assalamualaikum..

Imbas kenangan lalu.

Ketika program asmaul husna tempohari ,ustazah suruh peserta senaraikan 3 hal yang sentiasa menjadi masalah yang membelenggu diri para peserta sendiri , termasuklah maq.

Dan ketiga tiga masalah itu ,ustazah sendiri tak tahu dan tak akan mahu ambil tahu. Kata ustazah :

 Awak ngadu je kat Allah , semua masalah awak itu dalam hati sekarang ,  sambil itu sebut nama nama Allah yang layak disebut (ketika dalam doa itu ).  Sebagai contoh : Allahhumma Ya Rohman Ya Rohim . Ya Allah , Kaulah Maha Penyayang dan Maha Pemurah.. Bantulah aku ( sebut masalah anda tu satu persatu ) nangislah puas puas ,mengadulah puas puas , Allah Maha Mendengar ,Allah Maha Mengetahui..

Tetapi ! Semasa Ustazah suruh senaraikan 3masalah membelenggu tu ,maq mengaku yang maq sedikit blank. Sebabnya , bukan maq takda masalah cuma maq tak pernah nak anggap satu satu hal itu sebagai masalah. Ye ,itu prinsip hidup maq sejak akhir akhir ini.

Payah jugak bila minda dah terlalu positive ni kan ,nak cari  masalah pun dah jadi  satu masalah. Sebab tu seriusly , sekarang maq dah payah nak marah anak anak atau terasa hati dengan orang lain , termasuk encik suami. Pada maq semua tu hal remeh. Hal yang tak perlu dipertikaikan atau diperbesarkan. Kalau dulu , ada je benda yang tak kena pada mata maq ini ..

Hahaha  serius cakap ni ,maq takda apa apa benda pun nak dijadikan masalah. Allah huakhbar ! Apakah?

Walaupun begitu , apa yang betul betul   membimbang maq sejak dulu hingga ke saat ini. Satu je. Baca ayat bawah ni :

“Antara tanda-tanda Allah berpaling dari seorang hamba, Allah menjadikannya sibuk dalam hal yang sia-sia.” 🍀

- Hassan Al Basri

Allahhu.. Sumpah , maq takut sangat sangat..😭

Aku lah pendosa tanpa henti..

Comments

  1. Assalam,
    barangkali proses hidup yang dilalui itu sudah mematangkan diri kita untuk bertindak sewajarnya, itulah yang menjadikan kita rasa sudah tidak ada apa-apa masalah dalam hidup ini, redha dan semakin mendekatkan diri kepada-Nya.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam..Amie, ya benar apa yang awak fikirkan tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POST THIS WEEK

Percubaan Pertama Detox Ginjal

Doa Buat Diri Sendiri

Nasi Baryani Wak Gondan

3 Kacang Ketot Tok Maq

Kita Tak Rasa Luka Dia

Mak Uteh & Mak Tam Pergi Umrah

Johorean - Cuti Jumaat Bertukar Ahad

TH Terima 60K Rayuan Tunai Haji

Usaha Ingin Baik

Sembang Pasal Haji