Assalamualaikum.
Aktiviti masa lapang maq ialah masak. Maq masak bila masa lapang dan tetap kena masak bila masa tak lapang ,last last jadinya semakin lapar! 😂 maq gurau jelah..
Haaa sebetulnya nak cerita la sikit ni. Bila dah hari hari masak kek pisang hasil airtangan sendiri ,akhirnya anak sulong maq cadangkan kek pisang itu dijual pula kepada orang lain diluar sana. Maka terhasillah Banana Big Muffin ( BBM ) yang baru seminggu beroperasi dirumah maq ini.
Adunan yang dah siap tunggu untuk dibakar. |
Muffin pisang yang bersaiz 10.5cm ini ,satu set dijual dengan harga RM 2.50 untuk 3 biji.
Muffin ini boleh tahan sehingga 4 hari jika diletakkan ditempat yang bersuhu bilik.
Seronok sebenarnya aktiviti masak masak macam ni. Bila kita masak , dan ada yang suka memakannya ,hati pun jadi ceria. Tapi kadang tu rasa terduga juga bila penghasilan kek bermasalah , kadang pecahlah , naik sikit jelah , melekat diloyang lah. Kalau tak sabar , mungkin dah putus asa dah tu hehe. Tapi bila kerja tu kita dah minat, semua tu dianggap halangan kecil untuk teruskan usaha.
Produk pertama haritu. Sungguh tak kreatif langsung dengan hirisan pisang yang macam apa entah tu ,hehe |
Walau bagaimana pun syukur alhamdulillah , aktiviti masa lapang ni boleh buat maq sentiasa aktif dikala duduk dirumah sendirian..
Doakan usaha maq dipermudahkan dan berjalan lancar . Dan maq harap usaha ini berhasil dan harapan besar maq pastinya jualan laris dan big muffin maq bakal digemari oleh semua orang terutama orang Batu Pahat.
Petang ni maq masak lebih sikit sebab esok hari Jumaat , ada plan dengan muffin muffin ini semua.. Doakan maq ya ..
Comments
Post a Comment