Bismillah, Singapura: Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) serta HDB Singapura telah mewajibkan pendaftaran lesen dan pemasangan mikrocip untuk kucing peliharaan. Tempoh peralihan secara percuma diberikan sehingga 31 Ogos 2026. Maklumat tersebut TIDAK benar untuk Malaysia.Peraturan ini hanya terpakai di Singapura. Waallahualam. Berita ni maq jumpa difacebook semalam. Siang nanti maq akan selongkar semua laman sosial untuk penjelasan lebih detail. Malaysia -Tiada sebarang undang-undang atau peraturan baharu daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mahupun Majlis Bandaraya/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mewajibkan lesen bagi memelihara kucing. Apapun di Malaysia,ini pada pandangan peribadi Maqnie lah kan.Biarpun peraturan pelihara kucing masih longgar dan bebas,pemilik kucing janganlah lepas tangan dengan aktiviti kucing kucingnya. Masih ramai lagi pecinta kucing yang biarkan kucing kucing mereka berkeliaran di kawasan rumah rumah jiran.Berkeliaran sesaja tu okey lagi...


Comments
Post a Comment