Sabtu lepas , 20hb April 2019.
Maq berpeluang menghadirkan diri dalam program Bicara hati anjuran Biro wanita Taman Bukit Perdana,Batu Pahat,Johor.
Program yang dah masuk kali ke tiga ni sudah masuk ke slot akhir untuk 2019 . Alhamdulillah ,kali ketiga ini barulah maq berpeluang untuk sertai.
Apa tujuan program Penyucian hati tu?
Program ini bertujuan :
- memahami pengertian Asma'ul Husna
- menjelaskan sebab sebab wajib beriman.
- mengetahui dan memahami 99 sifat Allah swt agar dapat diterapkan dalam kehidupan seharian.
- menguraikan kesan kesan beriman kepada Asma'ul Husna.
- memberi pendedahan kepada masyarkat tentang Asma'ul Husna.
Program berlangsung dari pukul 8.00am dan berakhir pada pukul 12.30tengahari.
Alhamdulillah ,banyak ilmu yang diperolehi dalam program ini. Antara yang paling maq terkesan sampai ke saat ini. Ustazah Rosmawati binti Mohamad tu berpesan.
" bila ada masalah ,jangan beritahu kepada manusia. Jangan update dalam fb ,dalam ig , dalam whatsapp , dalam twitter ! Kerana semua itu tanda anda sudah membelakangkan Allah! Anda tahu tak bila anda sudah membelakangkan Allah , semua amalan anda sudah "terblock". Bila amalan telah diblock , apa juga kerja yang anda lakukan tidak berhasil dengan keberkatanNya! Berbaliklah semula kepangkal jalan kerana anda masih ada peluang. Peluang anda pertamakalinya bila Allah telah bawa anda ke program ini. Bila ada masalah ,cari Allah ,pergi Ngadu kat Allah ,apa jua yang anda mahu ,cari Allah! Apa masalah anda! Nak mengata pun , pergi je beritahu Allah! Nak nangis? Nangis puas puas depan Allah ! Manusia bukan tempat mengadu,mereka akan buat keadaan tambah kusut lagi ! Ingat ! Apa juga keadaan , cari Allah ! Allah tunggu anda merayu, Allah tunggu anda merintih,mengadu! Allah sayang pada hambaNya yang sering mengadu kepadaNya. Allah sayang tiap hambaNya biarpun hambaNya sering melupakanNya.."
Allah.. Terima kasih..
Nota maq : in shaa Allah ,bila ada peluang,maq akan kongsikan apa yang maq pelajari pada hari program tersebut.. Kerana kita telah sedia tahu,ilmu kalau tak dipraktik ianya jadi sia sia dan nak lagi indah ,eloklah ilmu dikongsikan bersama. Terutama kepada anak anak dan ahli keluarga sendiri.
Comments
Post a Comment