Bersyukur Bila Diuji

 

Sekadar nasihat❤

Bismillah,

Semalam Allah buka minda maq yang sebelum ni maq langsung tak perasan.


Biasanya bila kita dapat musibah atau pun hidup kita tetiba diuji susah.Pasti kita kata ,itu semua adalah balasan dari Tuhan atas tiap dosa lalu.


Tapi semalam,bila Maq fikirkan banyak kali persoalan demi persoalan yang maq sedang  lihat depan mata,lalu terlintas difikiran bahawa setiap kepayahan dan kesulitan yang seorang hamba Allah itu diuji sebenarnya dia sedang mendapat kebaikan dari Allah.


Contoh, sakit.Sesaorang itu diuji sakit.Tak boleh berjalan,tak boleh keluar jumpa kawan kawan melepak macam biasa.Hanya terperuk dalam rumah hari hari,siang sampai malam.Malam sampai siang.


Masyaallah,rupanya asbab sakit itulah ,Allah nak selamatkan pesakit tu dari dosanya mengalir berterusan.


Cuba bayangkan eah.Andai kata orang tu sihat,takda apa apa sakit.Dia dengan rutinnya ,lepas balik kerja ,duduk sembang santai dengan kawan kawan kat cafe atau mana mana lah port lepak mereka.


1-mesti ada topik untuk dibualkan.

2-tengah melepak mata terpandang pulak bukan hak yang tak sepatutnya dipandang.Biarpun tak sengaja tapi dalam hati tetap berkata kata.Kan?

3-? 

Dah! Cukup 2 je dulu.


So korang rasa topik hangat kalau dibualkan waktu melepak sekarang ni,apakah? kalau kat Johor ni ofkoslah pasal PRN.Okey not bad! Yang 'bad' nya ,mesti ada point² yang melibatkan aib orang.Kan? so apa hukumnya tu?Korang pun boleh tahu hukum buka aib orang tu apa..


Lepastu terpandang pulak si polan atau polanah tu balik kerja ,melintas depan mata,so mata tu buat apa? hati tu bual kan apa? Bohonglah kalau masa tu tetiba terus hilang ingatan.


Dalam 2 situasi ni,dahlah penat baru balik kerja,nak santai santai tapi saham dosa masuk laju je tanpa sedar.


Sekarang ni boleh faham tak apa yang cuba maq nak jelaskan kalini?


Jangan mengeluh bila diuji.Bersyukurlah.Sebab ujian itu adalah rahmat dan kasih sayang Allah untuk hambaNya.Kalau hamba tu tahu hikmah dia diuji macamtu,maq rasa sepanjang hidup dia nak diuji.Allahuakhbar ❤


Maq cakap kat encik suami,

"bang,patutnya orang yang diuji tu dia banyak bersyukur sebab Allah dah beri peluang dia bebas dari dosa dosa tanpa sedar.Macam kita ,setiap kali keluar rumah,ada je dosa kecil yang kita buat.Sama ada sengaja atau tidak."

Encik suami - angguk dan diam.

Benda ni perbuatan biasa beliau.

Angguk & diam

hahahaha its okey.

Semalam,
Santai Santai Di Pantai Leka,Muar


Comments

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Pantai Di Melaka Masih Dalam Usaha Naik Taraf?

Hadiah Akhir Tahun 1447

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

Hari Raya Korban 2026

Brisk Walk Dan Kelebihannya

Cara Cari Calon Pasangan Hidup

Faraid - Masih Ramai Kurang Faham

9 Zulhijjah 1447H

Ayat Pilihan 16 May 2026