Skip to main content

Encik Suami suruh pencen mengurut


Assalamualaikum.


Bila dah pandai beri kelegaan pada orang dengan cara mengurut, ramai ahli keluarga dan jiran tetangga datang minta maq beri khidmat mengurut untuk mereka.

Tapi itu dulu..7/8 tahun dulu.

Kekurangan maq dikesan bilamana , setiapkali selepas urut sesaorang pesakit , maq akan demam atau  sakit sakit badan.

Mulanya maq pun tak perasan. Kadang tu berbelas hari demam ,batuk dan sakit satu badan. Lebih lagi jika yang diurut tu ada ' something' kat badan dia. Lagilah maq lemau teruk !

Pernah didatangi bayangan hitam seperti nenek tua ,selepas maq urut seorang budak kecil yang demam panas. Tak lama lepastu maq pun demam panas jugak.

Pernah juga maq tak boleh buang air besar  lebih seminggu selepas mengurut seorang yang sakit dari pinggang hingga betis ,katanya dia terkehel. Anda bayangkan siksaan yg maq tanggung. Allah hu ,merana wei !

Pernah kena sakit pinggang ,sampai tak boleh berdiri. Kemudian panggil tukang urut lain untuk tolong legakan sakit maq ,lastly terpaksa jugak pergi ambil suntikan di klinik bila sakitnya makin teruk. Seminggu menahan derita tu ..siksa sangat..

Berapa maq charge untuk setiap kali perkhidmatan? Haaa ... maq tak pernah charge pun , diaorang yang bagi ,tapi ada jugak yang tak bagi , free jek kata mereka hahaha .. Ikut awak lah .. Maq cuma buat termampu maq je.. 😅

Kalau yang bagi tu biasanya rm 10 untuk satu badan ! Kalau tukang urut lain biasanya rm 50/60-70 untuk satu jam,kan ? Maq takda sijil so mereka hanya bayar seikhlas hati. I don't care sebab niat ikhlas nak tolong mereka  dengan izin Allah.

Tapi bila lepas urut ,maq kena ke klinik ,kena pergi jumpa tukang urut lain kadang kala sampai berganda ganda chargenya , maq is surenders!  I is cannot. 😂

Dapat bayaran rm 10 , pergi klinik kena bayar rm 110 ! Lepas tu kena tahan sakit berhari hari ! Huarghhh.. What the life.. 😭.

Dulu ,maq diamkan je masalah ni sebab niat iklas nak tolong family kononnya. Sakit pun sakitlah. Tahan jek kalau sakit. Diam jek kalau tenat..Lastly bila bil rawatan makin lama makin mahal dan maq makin macam macam kena sakit , akhirnya encik suami dah buat keputusan  bagi pihak diri maq !


" No more urut urut lagi. Awak sakit takda pun orang nak tolong , sampai ke klinik pulak kena keluar modal. Awak takda ilmu tentang urut urut ni sebab yang sakit tu kadang dia bawa macam macam ada kat badan dia ,lepas tu awak suka suka bagi usik , tu yang awak pulak yang sakit. Diaorang pernah tahu pasal tu? Diaorang pernah hargai usaha awak tu ? Dah ,lepasni cakap je abang tak bagi . Awak sakit , abang yang tak tentu rasa nak pergi kerja , biarlah orang lain nak kata apa , diaorang bukan pernah nak paham hidup kita pun .."


Maq cuma diam, sebab yang datang jumpa maq tu ramainya insan terdekat*

Jari inilah yang dah legakan kesakitan kesakitan mereka satu ketika dulu.


Tapi Maq tahu apa maksud encik suami tu. Ya , orang macam maq ni akan dicari bila sesaorang tu sakit tapi bila diaorang dah sihat sejahtera , apa cerita ? Allah je Maha Mengetahui.  Maq serah semua kat Allah.. Sebab maq pun manusia biasa yang tak sempurna.

Maq : bang , sakit kan penghapus dosa dosa kecil saya..

Encik suami : ya betul ,tapi pergi klinik yang keluar rm 70/80 kadang rm 100+ tu saya... Dah la saya ni dapat gajinya sebulan sekali. Kena pulak awak sakit hujung bulan masa poket saya tengah nyawa nyawa ikan? Tak ke haru jadinya ..


Maq : Hmmm..ya tak ya ..maafkan saya sebab banyak kali dah susahkan awak..


Encik suami : lepasni no urut urut , urut abang takpa .. Nanti awak dapat pahala.. Hahaha


Err.. Dalam diam maq terkena..😩


Pegang bunga*
Malu apa bossku 🙊



Popular posts from this blog

Majlis Pernikahan Anak Ke Dua

Assalamualaikum, Nampaknya dalam sebulan 2 kali je lah maq dapat berblog.Tua sangat dah tu maknya. Sebetulnya lepas badan maq tak tentu rasa haritu, seminggu lepastu anak kedua maq telah selamat dinikahkan.  So sekarang anda boleh tahu kenapa maq tak sihat haritu kan? ye sebab anak perempuan maq sorang lagi akan dilepaskan .. siapa?  Budak Ety tulah. Cik misi kita sekarang dah bergelar 'Puan '. Alhamdulillah. Selepas beberapa kali mengharungi halangan asbab musim covid19. Akhirnya 18hb Februari 2021 telah di sahkan oleh pejabat kadi Batu Pahat sebagai tarikh penikahan Ety. Alhamdulillah , hajat kami telah dimakbulkan.  Terima kasih Allah. Jauh bezanya  penikahan pada waktu covid19 ni dengan pernikahan pada waktu bebas covid19 pada sebelum sebelum ni.Semua benda ikut SOP. Lebih lagi menantu maq berasal dari negeri Selangor. Selangor ke Johor, SOP nya  lebih ketat sikit dari apa yang dijangkakan. Persiapan bagi pengantin lelaki; ✅3 hari sebelum tarikh nikah (72jam...

Puasa ,Raya dan Orang tua

  Bismillah, Hari kedua ramadhan 1447.Blog sunyi ek? Puasa guys,mana boleh banyak cakap,nanti pahala kurang. Alhamdulillah tahun ni ,sebelum nak sambut ramadhan,maq dah cuti awal sebab bergabung dengan cuti tahun baru Cina.So peluang itu maq ambil untuk kemas rumah sempena menanti kehadiran ramadhan. Korang jangan pelik.Family maq ,nak raya tak berkemas sakan tapi kami lebih pilih untuk all out kemas sempena ramadhan. Bukan tahun ni je ,tahun tahun sebelum pun sama. Sebenarnya untuk hari raya akan datang ni,orang tua tua macam kami ni dah tak excited sangat dah.Macam tahun lepas ,beraya cuma 2 hari jek ,lepas tu dah melepak dirumah.Mood raya hilang entah kemana ,ghisau kan. Tahun ni kami tak fikir apa pun,yang penting raya dibulan shawal tu ada dan moga Allah terima semua amalan kami didalam bulan ramadhan. Korang jangan tiru perangai maq yang ni.Korang nak beraya teruskan beraya.Inilah peluang nak bertemu sanak saudara yang jauh diperantauan.Nanti jangan lupa ziarah jiran tetangga...

Pantai Puteri ,Melaka

  Bismillah, 10 Ogos ,tanpa dirancang ,tetiba lepas makan malam kami diajak ke Melaka oleh encik suami.Kami tu bermaksud maq dan anak bongsu. Kaki maq yang sakit lepas jalan jauh ke Perak belum sembuh lagi tapi naluri membuak nak ikut suami ke Melaka.Hmm memang spisis suka berjalan kan. Keesokkannya ,11 Ogos,kami pun gerak ke Melaka pada pukul 7.00pagi. Sewaktu sampai ditepi Pantai Puteri ,cuaca dah mendung,angin bertiup kuat dan ombak berlari kencang mengejar pesisir pantai.. Redup dan berangin.Pandang laut dapat pahala. Dibawah ni antara kenangan kami sewaktu di Pantai Puteri tempohari. Gambar atas & bawah : berkembang kembangan kain tudung ditiup angin laut  Berkelah cara maq : 1- beli je makanan yang biasa dijual dikediaman kami.Contoh haritu ,encik suami beli nasi lemak  3 bungkus,sebelum tu kami rebus telur siap siap sebelum tidur. 2-beli atau bawa air mineral & air manis.Kami beli kopi wonda dekat 7E je.Beli juga kuih muih yang sesuai,maq pilih karipap, ok ...

Tazkirah Sisa Sisa Hidup

Bismillah, Kalau umur kita sekarang 50 tahun dan dapat hidup hingga 70-75 tahun, itu maknanya hanya tinggal sekitar 25 tahun saja lagi. Apatah lagi kalau umur kita sekarang sudah mencapai 65 tahun atau lebih.Berapa hari saja lagi sisa-sisa umur kita yang tinggal.Kerana pada hari hari yang tersisa ini ada waktu waktunya kita juga ada jatuh sakit. Oleh kerana hari yang tersisa tidak banyak lagi, apatah lagi sewaktu kita meninggalkan dunia ini, apapun tidak ada yang dapat dibawa, maka kita tidak perlulah terlalu berhemah.   Duit yang memang harus dikeluarkan keluarkanlah. Apa yang dapat dinikmati, nikmatilah. Jika memiliki niat untuk beramal ibadah, lakukanlah segera. Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan "dunia" kerana yang bakal terjadi nanti adalah kematian. Kerana saat kita telah di dalam tanah, kita sudah tidak dapat lagi merasakan segala pujian dan kritikan orang lain.   Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan anak anak. Anak cucu kita mempunyai rezeki mereka masing ...

Rezeki Itu Hak Peribadi

Assalamualaikum. Hamka berkata ... Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan. Kamu belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itulah rezeki dia. Kamu tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia. Allah hantar Musa kerumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka. Allah menghantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda. Pelajari lah sesuatu dari kisah kisah seperti itu. Sungguh. Kamu akan faham bahawa rezeki masing masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya! Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa. Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko n...

Sayyidul Istighfar

  Bismillah, Sabtu, 15 Jamadilawal 1446H.  Kata kata motivasi SAYYIDUL ISTIGHFAR -Penghulu Istighfar  Ada sebuah Dzikir yang disebut Nabi sebagai ‘Sayyidul Istighfar’ (Penghulu Istighfar). Keistimewaannya Luar Biasa. *Barangsiapa yang Membacanya di Waktu Pagi dengan Penuh Keyakinan, kemudian Meninggal sebelum Datangnya waktu Malam, maka Dia Masuk ke dalam Syurga. *Barangsiapa yang Membacanya di Waktu Malam dengan Penuh Keyakinan dan Meninggal sebelum Datangnya Pagi, maka ia Masuk ke dalam Syurga (H.R alBukhari). Bacaan Sayyidul Istighfar itu adalah seperti berikut: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ "Ya Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak Ada Sesembahan yang Berhak Disembah selain Engkau. Engkau Menciptakan Aku, Aku HambaMu, dan Aku a...

Tips Maq Mendidik Cucu

  Kata nasihat ustaz** Bismillah, Sekarang ni maq jaga anak asuhan level cucu cucu.Sebab tu maq gelarkan diri sebagai "tok Mak".Benda boleh ditambah tok ,so kena tambah jugak lah kan. Well ,ada orang malu dengan gelaran tok.Bagi mereka level tok tok ni yang gigi belum tumbuh penuh ,yang rambut dah bleach tone warna light grey tu.Takda maknanyalah,kalau cucu dah keliling pinggang ,serah je diri dengan gelaran tok atau nenek .Lagi nampak stylo tau! Tips didik cucu ? saja nak kongsi pengalaman maq jaga cucu sendiri dan cucu oranglain. *Jangan jaga cucu terlalu lama.Setahun dua tahun cukup!Nanti cucu korang tak tahu mana satu atok dia ,mana satu emakbapak dia.Dari situ nanti datangnya anak yang tak reti hormat emakbapak bila dah remaja. *Waktu mereka( anak dan cucu) berkumpul anak beranak ,korang jangan lah meleset sama.Bagi mereka ruang bersantai dengan keluarga kecil mereka.Nanti mak bapak dia dah balik ke rumah mereka,masatu barulah tok boleh manja manja dengan cucu.Masa merek...

Blog Sunyi,Maqnie Sunyi

  Bismillah.. Lebih separuh tahun dah 2025 berlalu. Terlalu banyak perkara yang diluar jangkaan telah dan sedang kita lalui. Sebagai wanita dewasa yang dipilih melihat kehidupan akhir zaman didepan mata,jujur cakap,maq takut,maq sedih dan maq jadi penat dan kadang jadi terlalu penat. Kita sedang berada dizaman fitnah.Zaman dimana ,you buat hal yang betul dikata salah dan you buat hal yang salah tentu tentunya dikatakan salah. Rasulullah pun ada pesan ,jika kita tak dapat nak ucapkan hal yang baik baik,pilihlah untuk berdiam diri. Dan sentiasalah bersangka baik dengan ujian Allah. Dan dalam post kalini,maq just nak cakap, " Yaa Allah ,maq dah penat.Sangat sangat penat..."

Raikan 1 Shawal 1446H

Bismillah, Selamat Hari Raya,Maaf Zahir dan Batin dari Maqnie sekeluarga. Harini barulah berkesempatan nak update post kat blog selepas beberapa hari sibuk dengan urusan ditinggalkan ramadhan dan urusan nak sambut kedatangan shawal. Post kalini maq nak kongsi momen shawal pertama di kediaman bonda kami di Kampung Parit Balak. Inilah keluarga kecil kami,Alhamdulillah. Moga Allah terima amalan kita disepanjang ramadhan , shawal dan pada bulan bulan yang seterusnya. Allahhumma Aamiin... 🗨️jom selawat.

Google plus shut down

Google+ dah sempurnakan janji dia. Google+ dah shut down ! Bermula harini tamat sudah aktiviti berkaitan dengan google+. Dah takda share post lagi kat sana. Followers google+ pun dah tak dapat nak baca post kita. Kita pun teruslah menaip dan teruskanlah berblog dengan cara lain untuk berkongsi. Paling haru , view post turun merundum. Buat kawan kawan yang menambah pendapatan melalui blog, bertabahlah. Mungkin rezeki anda bukan lagi di google+ tapi ditempat lain. Apa pun teruskan usaha walaupun tanpa kerjasama dari google+  lagi. Teruskan menaip tanpa jemu. Berusahalah ! Ya berusahalah umpama kita akan hidup 1000tahun lagi dan beramallah bagai kita akan mati pada esok hari... Goodbye google+