Assalamualaikum.
Dapur officer bersama penemannya |
Berjawatan sebagai seorang "Dapur officer" ini , kadangkala maq sepertinya bercita cita nak jadi seperti chef tersohor. Nak masak yang sedap sedap. Dalam masa yang sama , nak jimat bahan masakan supaya kos dapur boleh diadjust untuk hal lain. Nak cuba semua peralatan yang diiklankan supaya nak masak cara iklan iklan di tv tu. Nak masak masakan sihat untuk ahli keluarga. Nak itu ,nak ini.. Kalau boleh semua lah Maq nak!
Keburukan perangai seorang dapur officer tu kadang ketara pada kurang pekanya dalam membeli peralatan dapur. Orang jual , dia nak beli. Orang beli , dia pun nak beli . Akhirnya orang guna , dia simpan je yang dibeli tu dalam kabinet. Haaa.. Bazir tu namanyakan. Beli untuk disimpan itu bukan amalan yang dituntut . Beli untuk diguna itu pula mampu jana pahala. Okey ,bercakap bagi pihak sendiri je ni ,hehehe
Sebagai contoh .
Maq beli micro wave dan oven. Brand mur mur jek. Apa pun setakat ini. Membakar ayam atau kuih dalam oven lebih sedap ! Lebih menepati cita rasa pemakan. Lebih umphh ! Dan akhirnya micro wave itu terletak disitu tanpa bertugas. Okey done buat kesilapan #pengakuanjujur 😂
Kesian. Mereka tak salah. Yang salahnya tukang beli. Beli tanpa berfikir panjang. |
Satu lagi contoh.
Bila buat kek atau kuih muih lain , tengok orang adun dalam mixer ,maq jadi teruja . Wow , jadilah kek dia , gebu jek. Dan akhirnya terbelilah satu set mixer yang mur mur juga. Tapi apa pilihan anak anak bila nak buat kuih ? Ala ,blend je mak senang. Nak kemas pun senang. Nak cuci pun senang. Kuih naik gebu juga. Dan ? Blender lebih kerap diguna berbanding mixer tu. Siapa salah ?? Haaa aiyok ..nak ngaku salah ke tidak ni? 😂
Semoga satu masa ,mixer itu akan berjasa kepada tuan empunya. |
Sebagai orang yang dah beberapa kali buat kesilapan,harini maq nak pesan. Andaikata nak beli sesuatu peralatan terutama peralatan didapur ,anda kena fikirkan satu keadaan : benda itu perlu ke tidak? Apakah sudah ada kemudahan serupa yang anda dah beli? Kalau fungsinya hampir hampir serupa,baik batalkan niat,kerana anda dah boleh elakkan pembaziran yang tidak tersengaja.. Macam maq 😞
Comments
Post a Comment