Masjid Dato Bentara. Bismillah, Semalam maq join kursus asas haji untuk minggu ke 8.Orang Batu Pahat memang lambat sikit sebab kami mula kursus pun lambat. Maq nak kongsi apa yang pembimbing kursus kongsikan semalam.Ianya berkaitan bertahallul bercukur /bergunting bagi jemaah lelaki haji dan umrah. Jemaah perempuan dah confirm bertahallul cara bergunting sahaja so korang dah boleh bertenang tenang sekarang ye. Dan jemaah lelaki yang mempunyai alasan tersendiri untuk tidak bercukur pun dah boleh tenang tenang. Macamni,kata ustaz semalam ,orang lelaki kalau nak dapatkan ganjaran pahala sebanyak jumlah rambut yang ada dikepala,adalah lebih afdal bercukur.Kerana dosa dihapuskan dan derajat akan dinaikkan sebanyak jumlah rambut yang gugur selepas dicukur. Adapun ikut pengalaman maq semasa 2 kali pergi umrah ,apa yang mutawwif kami waktu tu jelaskan, jemaah lelaki boleh gunting dahulu sedikit rambut sebagai syarat bertahallul nanti bila free boleh pergi kedai untuk bercukur.Sama je res...

Salam Awal Muharram 1448H.
ReplyDeleteAlhamdulullah,
Deletewaalaikumsalam Amie