Skip to main content

Tragedi Pulau Bidong


Assalamualaikum.

Sejarah memang sudah berulang, bukannya mungkin berulang.


TRAGEDI PULAU BIDONG, KEDAULATAN DIANCAM, JANGAN SAMPAI DIULANGI ROHINGYA

Keputusan kerajaan Bangladesh menggazetkan sebuah pulau tak berpenghuni di wilayah selatan Chittagong untuk menempatkan pelarian Rohingya telah menyebabkan ramai yang mempersoalkan kenapa kerajaan Malaysia tidak mencontohi tindakan berkenaan iaitu dengan menggazetkan satu kawasan khas untuk menempatkan pelarian Rohingya. Mungkin ramai yang tak tahu bahawa Malaysia tidak menandatangani  Konvensyen Pelarian 1951 untuk melindungi pelarian secara tetap di negara kita demi menjamin kedaulatan negara. Sungguh pun begitu, kita tetap mengizinkan mana2 pelarian untuk transit di negara kita sebelum dihantar ke negara ketiga.

Tahukah anda, Malaysia pernah diancam kedaulatannya dek kerana terlalu bermurah hati dengan menerima pelarian di negara kita satu ketika dahulu? Ia digelar tragedi Pulau Bidong. Kisahnya bermula apabila Malaysia mengambil keputusan untuk menerima pelarian dari negara Vietnam yang meninggalkan negara mereka melalui jalan laut dek kerana peperangan yang tercetus di negara mereka. Oleh kerana jumlah mereka yang begitu ramai, Malaysia terpaksa mencari satu kawasan khas untuk menempatkan mereka di negara kita.

Keputusan menerima pelarian Vietnam menyaksikan kerajaan Terengganu terpaksa mengisytiharkan Pulau Bidong, sebuah kawasan tak berpenghuni di pesisir pantai Terengganu, kira2 40km dari tanah besar sebagai pusat penempatan pelarian Vietnam antara tahun 1978 hingga 1990. Ketika itu, ramai pelarian Vietnam ketika itu mendarat di pantai dan pulau di perairan Pantai Timur. Dianggarkan seramai 252,390 pelarian Vietnam mendarat di Malaysia dan seramai 4,535 bayi mereka dilahirkan. Jumlah pendaratan paling tinggi ialah dengan kapal Hai Hong di Pelabuhan Klang, yang membawa 2,400 orang pada 1978.

Keputusan Malaysia ini dilihat sebagai satu keputusan kemanusiaan, dalam menangani isu pergerakan pendatang khususnya berkaitan penyeludupan dan pemerdagangan manusia. Ia juga menyaksikan kedudukan dan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN semakin kukuh dan membuka mata dunia luar terhadap Malaysia. Tapi persoalan yang timbul, kenapa perlu Malaysia yang menjadi hero dalam pergolakan dan krisis di negara ASEAN? Kenapa kerajaan Myanmar sendiri terus membisu walhal ia membabitkan rakyat negaranya sendiri?

Begitu juga dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang seolah-olah memandang sebelah mata mengenai isu berkaitan dengan pelarian Rohingya. Kewujudan Pulau Bidong suatu masa dulu dilihat sebagai sifat kemanusiaan sebuah negara kecil yang sedang membangun dalam memperjuangkan hak asasi manusia.

Tetapi, di sebalik sifat kemanusiaan ini, timbul satu permasalahan membabitkan penduduk tempatan dan nelayan di sekitar Pulau Bidong, yang memperjuangkan hak mereka dan mahu kawasan itu dijadikan kawasan bebas kepada nelayan. Bagi nelayan sekitar Pulau Bidong, pulau itu bukan saja menjadi lubuk sotong tetapi juga menjadi kawasan tangkapan ikan Zon B, iaitu untuk nelayan pukat jerut dan pukat tunda.

Tindakan kerajaan mengisytiharkan Pulau Bidong sebagai kawasan keselamatan pada tahun 1976 menghalang nelayan untuk menangkap ikan berhampiran Pulau Bidong. Beberapa kes nelayan dihalau oleh Pasukan Petugas Pendatang Haram Vietnam (VII) kerana dikatakan menceroboh kawasan larangan sewaktu bot mereka menghampiri Pulau Bidong untuk berteduh daripada ribut, menyebabkan mereka terpaksa meredah laut bergelora untuk berteduh di pulau terdekat, iaitu Pulau Cendering.

Malah, nelayan di kawasan berkenaan, khususnya di Batu Rakit, Meras, Mengabang Telipot, Merang dan Setiu, mendakwa kerugian kira-kira RM2 juta setahun kerana tidak dibenarkan menangkap ikan berhampiran Pulau Bidong. Ramai nelayan berhijrah ke tempat lain seperti Mersing, Johor dan Kedah.

Kemarahan mereka memuncak pada Februari 1989 apabila Persatuan Nelayan Terengganu (Penentu) bercadang menuntut ganti rugi sebanyak RM36 juta daripada Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR). Alasan Penentu ialah kira-kira 3,000 nelayan terjejas pendapatan kerana penempatan pelarian di pulau itu menyebabkan mereka tidak boleh menangkap ikan di sekitar pulau terbabit.

Mendengar rintihan rakyat membuatkan wujudnya konflik antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat, disusuli dengan memorandum kerajaan negeri pada 16 Disember 1988, meminta pulau itu yang terletak kira-kira 50 batu nautika dari Kuala Terengganu, tidak dijadikan sebagai penempatan pelarian Vietnam. Konflik ini berakhir pada 30 November 1991 selepas kerajaan mengumumkan Pulau Bidong akan ditutup daripada menjadi pusat penempatan sementara pelarian Vietnam.

Upacara penyerahan yang dilakukan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Ghafar Baba kepada Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, menandakan Pulau Bidong yang menempatkan pelarian Vietnam sejak 1975 bebas daripada `jajahan' rakyat asing. Permintaan nelayan tempatan untuk mendapatkan semula lubuk hidupan laut itu akhirnya terkabul.

Menurut pemerhati politik ketika itu, keputusan menutup Pulau Bidong sepatutnya sudah lama dibuat oleh kerajaan setelah hampir 12 tahun masalah penempatan semula pelarian ke negara ketiga menjadi semakin rumit. Keputusan kerajaan menutup Pulau Bidong untuk selama-lamanya kepada pelarian dapat mengelakkan golongan itu meninggalkan negara mereka untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Lebih penting, ia melenyapkan imej Pulau Bidong, sebagai pusat tarikan pelarian, khususnya dari Vietnam.

Namun, penutupan Pulau Bidong ini bukanlah pengakhiran kepada masalah pelarian dan pendatang asing ke Malaysia. Selepas Pulau Bidong ditutup, pelarian ini dipindahkan ke Kem Pelarian Sungai Besi dengan satu harapan agar masalah pelarian ini dapat diatasi. Jangkaan semua pihak itu nyata meleset apabila bilangan pelarian Vietnam ini bertambah dan menjadikan Kem Pelarian Sungai Besi seolah-olah daerah keramat mereka.

Nantikan sambungan kisah ini dalam siri seterusnya tentang bagaimana kedaulatan negara kita hampir tergadai dek sikap baik yang tidak berpada2.

Sumber : Laporan Berita Harian oleh wartawan Alzahrin Alias dan Mohd Nasaruddin Parzi dan blog Kitab Sejarah Malaya

Comments

  1. Nauzubillah jgn la sejarah berulang

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni sejarah yg berulang tu adalah sejarah dimana negara kita dah terima pelarian masuk kedalam negara kita ni. Risaunyaaa..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...