Assalamualaikum.
Masa PKP fasa 1 - masak, makan, masak, makan itu indah. Maklom cuti panjang katakan. Apa je stock kat dapur maq buat juadah. Buat kuih, kek, kudapan dan macam macam lagi yang boleh diadun untuk dijadikan pengenyang perut. Yang penting orang dalam rumah ni sentiasa ada benda nak dimakan waktu cuti.
Bila masuk PKP fasa 2 - dah setengah bulan dok makan tidur, makan tidur, maq cuba serasikan cara makan untuk diri maq yang serba serbi ' sihat' ini supaya apa yang maq makan tidak memudaratkan diri sendiri. Sebab bila kerajaan kata sambung lagi PKP 2 minggu, maq dah tahu, aktiviti keluar masuk maq pastinya sudah terhad. Peluh keluar pun dah tak macam sebelum sebelum ni. Sis akur.
Dan minggu ni, bila masuk lagi fasa seterusnya ( fasa ke 3 ), bermakna lagi 2 minggu kena bertahan didalam rumah yang tidak seluas mana pun ni, satu lagi usaha penjagaan pemakanan kena diusahakan. Kurangkan kabohidrat, minyak dan lebih pada serat dan air.
Sepertimana saranan KKM dicarta dibawah ini.
Dan jalan terbaik, jajan dan kudapan kami dirumah ini bukan lagi biskut, kuih kuih atau roti, tetapi..
Untuk bekalan vitamin C ,bagi maq tak perlulah semestinya buah buahan yang mahal. Cukuplah yang mana mampu dibeli. Alhamdulillah. Lepasni kita buat stock buah buahan pulak ye.
Lagi beberapa hari je lagi nak masuk Ramadhan. Buah kurma jangan lupa siap sedia dalam stock. Itupun salah satu bekalan tenaga paling tip top untuk manusia ketika bulan puasa. Insyaallah ❤
Minggu depan baru nak mula diet
ReplyDeleteRamadhan tiba dah tu, hehe
ReplyDelete