Skip to main content

Khasiat kacang botol

Assalamualaikum.

Sedikit perkongsian salin dan tampal. Sumber facebook. Biarlah penulisan tu disiarkan  beberapa tahun lepas, apa yang penting ilmu yang nak disampaikan. Ianya berkenaan khasiat kacang botol.


Ajar Anak Kita Makan Kacang Botol! Nampak je cikai, hodoh dan murahan tapi khasiat kacang botol ataupun nama saintifiknya Psophocarpus Tetragonolobus sangat banyak!

Sangat tinggi Vitamin C. Kira-kira 18.3 mg Vitamin C dalam 100 gram kacang botol ni. Nak anak kita kulit cantik ke sistem imun yang kuat ke boleh la bagi anak kita makan kacang botol ni.

Protein 100 gram kacang ni pun melebihi protein yang ada di dalam 100 gram soya! Lagi berkhasiat kalau dicicah dengan budu. Sedap pun dapat, khasiat probiotik untuk kesihatan usus anak kita pun dapat!

Siapa kata semua makanan murah tak berkhasiat? Jom ajak yang lain borong kacang botol ni untuk buat juadah buka puasa dan sahur. Rebus ke makan mentah ke tak kisah, asal makan !

Psst..tak ramai tahu pasal khasiat kacang botol ni tau. Sebarkan pada yang belum tahu ye.

p/s : Nanti saya kongsi lebih banyak ilmu nak didik anak dalam Telegram saya, Channel Telegram Terbesar Malaysia ye.

Klik je link ni untuk join, t.me/NotaTaufiqRazif

Nota maq : sempena musim musim berkurung ni,  elok lah kita lebihkan pada pengambilan vitamin C dan serat. Tak perlulah makanan tambahan yang puluhan ringgit tu,  cukuplah dengan seikat dua kacang botol yang harganya semua orang mampu beli.  Insyaallah. 

Comments

Post a Comment

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa