Assalamualaikum.
Memandangkan Ramadhan dah nak dekat, jom semak semula cara bacaan bila terjunpa Hamzah Wasol di depan ayat ataupun kalimah didalam Al Quran. Siapa tahu macam mana cara bacaan untuk ayat 31 surah Attaubah ni?
A. Attakhazu
B. Ittakhazu
C. Uttakhazu
Jawapannya ? Sila komen. 😃
ADA 4 CARA MEMBACA AWAL AYAT/KALIMAH YANG DIMULAI DENGAN HAMZAH WASOL ( ٱ )
🌹-Jika dimulakan kalimah dengan adanya ال dihadapan, maka mulakan bacaan dengan baris atas.
Contoh :
(ٱلۡیَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰۤ أَفۡوَ ٰهِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَاۤ أَیۡدِیهِمۡ وَتَشۡهَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُوا۟ یَكۡسِبُونَ)
[Surah Ya-Seen : 65]Cara bacaan : Al-Yauma
Jika kalimah tidak dimulakan dengan ال, maka kita perlu guna kaedah melihat kepada baris yang terletak pada huruf ketiga.
Ianya ada 3 bentuk ;
❤Jika huruf ketiga berbaris depan, maka bacaan perlu dimulakan dengan baris depan.
Contoh :
(ٱقۡتُلُوا۟ یُوسُفَ أَوِ ٱطۡرَحُوهُ أَرۡضࣰا یَخۡلُ لَكُمۡ وَجۡهُ أَبِیكُمۡ وَتَكُونُوا۟ مِنۢ بَعۡدِهِۦ قَوۡمࣰا صَـٰلِحِینَ)
[Surah Yusuf : 9]Cara bacaan : Uqtuluu
❤Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka bacaan perlu dimulakan dengan baris bawah.
Contoh :
(ٱنفِرُوا۟ خِفَافࣰا وَثِقَالࣰا وَجَـٰهِدُوا۟ بِأَمۡوَ ٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِۚ ذَ ٰلِكُمۡ خَیۡرࣱ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ)
[Surah At-Tawbah : 41] Cara bacaan : Infiruu
❤Jika huruf ketiga berbaris atas, maka bacaan perlu dimulakan dengan baris bawah.
Contoh :
(ٱصۡلَوۡهَا ٱلۡیَوۡمَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡفُرُونَ)
[Surah Ya-Seen : 64] Cara bacaan : Ishlauha
Semoga bermanfaat ❤
Sumber : Copypaste
Comments
Post a Comment