Skip to main content

Yasin 7 Mubin Ketika PKP


Assalamualaikum.

Surah Yasin adalah hati Al Quran.



Setahun lalu maq telah diperkenalkan dengan satu lagi fadilat surah Yasin. Iaitu kelebihan Yasin 7 Mubin. Bila maq buat carian di google, page bonda difacebook pernah update mengenai Yasin 7 Mubin ini beberapa tahun lalu. Bawah ini antara apa yang telah dikongsikan.

Cara Melaksanakan Bacaan Yassin 7 Mubin
===============================
Antara fadhilat Yasin 7 Mubin ialah:

1. Pendinding dari gangguan jin dan syaitan.

2. Memanggil anak-anak yang lari dari rumah.

3. Melindungi diri dari difitnah atau dizalimi manusia.

4. Dibaca bagi pesakit yang sedang tenat (baca pada air untuk diminum).

5. Untuk mendapatkan semula barangan berharga yang telah dicuri atau hilang seperti anak,kenderaan,barang kemas dan sbgnya.(Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya).

Perlu ditegaskan,ini adalah satu kaedah zikir, janganlah meletakkan pergantungan kepada ayat,jaga iktikad anda dan berserahlah hanya kepada Allah SWT semata.Ianya adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT.

KAEDAH MELAKUKAN BACAAN YASIN 7 MUBIN

Untuk memudahkan pemahaman,penulis ambil situasi ketika kehilangan barangan berharga sebagai contoh.Yasin 7 Mubin perlu dibaca dengan kadar yang segera.

Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.

Boleh juga dibaca Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali secara bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala ketika dalam sujud yang terakhir.

Selesai Solat Hajat,mulakan bacaan Surah Yasin. Apabila sampai pada setiap perkataan ‘Mubin’ (مبين),hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoalah supaya Allah SWT seperti mana langkah di bawah:

- Bacaan Yasin dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan Selawat 11 kali.

Baca Yasin sehingga di Mubin (مبين) pertama (ayat ke 12) dan berdoa.



- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kedua (ayat ke 17) dan berdoa.



- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang ketiga (ayat ke 24) dan berdoa.




- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keempat (ayat ke 47) dan berdoa.




- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kelima (ayat ke 60) dan berdoa.



- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keenam (ayat ke 69)dan berdoa.



- Ulang semula dari awal sehingga Mubin yang ketujuh (ayat ke 77),berdoa.



Lengkapkan bacaan Yasin sehingga habis ke penghujung surah dan disudahi dengan bacaan penutup (صدق الله العظيم).Setelah selesai bererti anda telah berdoa sebanyak 28 kali.

YASIN 7 MUBIN UNTUK PULANGKAN SIHIR.

Jika anda mengalami sihir yang berulang-ulang dan tiada kesudahan,boleh mengamalkannya.

Dan dengan niat memberi kesedaran dan pengajaran supaya penyihir/tukang upah tersebut insaf dan tidak lagi mengganggu ketenteraman kehidupan kita sekeluarga serta bertawakal mereka berhenti dari melakukan kerja-kerja terkutuk itu.

Kaedahnya adalah anda perlu melakukan:

1. Bangun pada waktu tengah malam, sucikan diri dan berwuduk.

2. Melakukan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

3. Mendirikan Solat Sunat Hajat 2 rakaat disudahi dengan doa dijauhi gangguan sihir.

4. Setelah selesai,baca Surah Yasin hingga bertemu perkataan ‘Mubin’ (مبين) yang pertama, hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoa “minta dipulangkan sihir kepada penyihir”.

5. Ulang lagi dari awal membaca Surah Yasin sehingga perkataan ‘Mubin’ (مبين) kedua, berdoa macam tadi.

6. Lakukan semua langkah tadi iaitu mengulangi semula membaca dari awal Surah Yasin,setiap kali berjumpa perkataan ‘Mubin’ (مبين) yang ke 3,4,5,6 dan ketujuh lalu berdoa lagi “minta dipulangkan sihir kepada penyihir dengan niat untuk memberi pengajaran”.

7. Kemudian teruskan membaca baki Surah Yasin tadi hingga selesai.

8. Selepas itu tidur dan bacalah Surah Al Kautsar 10 X dengan niat memohon petunjuk melalui mimpi.InsyaAllah berhasil.

Semoga ia dapat digunakan ke arah kebaikan dan memberi suatu yang bermanfaat untuk kita semua… InsyaAllah

Sumber: Shafiqalbu

Dan ketika negara kita sedang dilanda wabak Covid19  ini, Group whatsapp  muslimah Taman Bukit Perdana ,Batu Pahat, telah menjalankan aktiviti zikir yasin 7 mubin ini untuk semua jemaah muslimah taman maq tinggal. Dilakukan selepas solat zohor ( pukul 2.00 petang sehingga habis bacaan yasin tersebut)  jangka masa bacaan 2.00petang hingga 6.00petang.

Apa yang menarik, bacaan ini dilakukan dikediaman masing masing, dengan bacaan doa yang sama. Dan hanya diupdate dalam group whatsapp  bila bacaan dan doa selesai. Doa kami sama, iaitu,


Bismillahirahma nirahim, 

Ya Allah, Wahai yang Maha Mengabulkan Doa, kami memohon dan menghadap kepadaMu dengan kekasihMu yg terpilih disisiMu, wahai kekasih kami, wahai baginda kami Nabi Muhammad s.a.w, kami bertawasul denganmu kepada Tuhanmu, 

Ya Allah, dengan berkah YASIN 7 MUBIN. kami mohon kabulkan doa  kami ya Allah. selamatkan lah kami, kelurga kami. negara kami, dari wabak penyakit covid 19 yang melanda dunia hari ini ya Allah. Lenyapkan wabak covid 19 dari bumi ini ya Allah, hentikanlah penyebarannya dengan segera. Kami cukup terseksa ya Allah . 

Aamiin Aamiin ya robalalamiin*.
اللهم صل عل سيدنا محمد وعلى أله وصحبه ةسلم

Ada sedikit perbezaan bacaan zikir kami dengan perkongsian page bonda yang  diatas. Apa yang kami buat setiap kali sampai pada perkataan mubin,

-kami mulakan dengan bacaan ayat kursi terlebih dahulu,

-kemudian doa dan selawat.

-Kemudian baca 3x ليس لها من دون الله كاشفة "

-Kemudian baca ' istajib doa ana ya Allah'

-Kemudian baru kami teruskan bacaan yasin yang seterusnya hinggalah sampai pada perkataan mubin yang berikutnya. Ulang langkah diatas sehingga habis ke tujuh tujuh perkataan mubin  dan bila dah sampai mubin ke 7 ( yang akhir)  , terus kan bacaan yasin sampai habis.

-Kemudian baca doa yasin dan sertakan juga bacaan doa yang diatas tu sekali lagi.

Ada sedikit berbeza pada cara nya  tapi hakikatnya tujuan  bacaan zikir ini adalah sama. Memanjatkan doa untuk kebaikan.

Lain lain fadilah Yasin 7 mubin tu samalah dengan apa yang page Bonda beritahu tu. Banyak sekalikan?

Ternyata, selain usaha, doa, apa yang lebih perlu adalah tawakkal.

Ingat, Al Quran itu panduan Ummah. Bukan saja saja ianya diturunkan kepada Rasulullah untuk kita ,umat baginda dihari ini.

Masuk fasa ke 3 PKP akan datang ini,  apa yang kita harapkan kesejahteraan buat semua. Buat diri kita, keluarga kita, negara kita dan semua muslim dan muslimah yang ada diatas muka bumi ini.

Bacaan ini akan kami lakukan sehingga muncul bulan  Ramadhan nanti. Kerana pada malam pertama ramadhan, satu lagi program  telah dirancang, iaitu bertadarus bersama keluarga  dirumah. Dan bagi mereka yang tinggal berjauhan dengan keluarga, kami gunakan kaedah tadarus secara online ( video call / call whatsapp ) insyaallah..

Tahniah orang Bukit Perdana kerana isteri anda sentiasa berkerjasama dalam mencari keredaan Allah dan kebahagiaan rumahtangga. Al Quran sahabat kami, AlQuran pembimbing kami,selagi hayat dikandung badan. Insyaallah.. Aamiin ❤


"istajib doa ana ya Allah"

#stayathome
#staywithfamily
#staywithalQuran


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...