Batu Pahat redzone Covid19


Assalamualaikum.

Masuk saja fasa ke 2 PKP ( perintah kawalan pergerakan), Batu Pahat terus jadi salah satu dari kawasan red zone dinegeri Johor.  Ini disebabkan peningkatan kes Coronavirus disini sejak beberapa hari ini.


Maq mulanya tak percaya jugak sebab dilorong maq tinggal, penghuninya memang tak nampak pun batang hidung.  Semua pakat pakat untuk duduk rumah diam diam. Namun bila salah sorang kenalan maq update situasi jalan di Batu Pahat ketika beliau nak ke tempat kerja, maq akur,  orang Batu Pahat memang tak reti duduk rumah! Untuk pengetahuan anda,  kenalan maq tu seorang jururawat yang bertugas dihospital Pakar Pantai.




Kan...  Orang yang kena kerja ni kalau boleh nak duduk rumah je sebab kesihatan belum  tentu terjamin lagi bila keluar rumah.

Lagi suasana paling menyedihkan yang maq dapat dari perkongsian kawan kawan dalam group taman.

Suasana dipasar awan pagi tadi

Suasana Jalan Kluang siang tadi

Tapi tulah, nama pun manusia,  mana nak dengar arahan kalau dia sendiri belum  jadi mangsa. Dah kena nanti baru nak gelabah. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Pantai Di Melaka Masih Dalam Usaha Naik Taraf?

Hadiah Akhir Tahun 1447

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

Hari Raya Korban 2026

Brisk Walk Dan Kelebihannya

Cara Cari Calon Pasangan Hidup

Faraid - Masih Ramai Kurang Faham

9 Zulhijjah 1447H

Ayat Pilihan 16 May 2026