Skip to main content

Cepatnya masa berlalu


Assalamualaikum.

Harini entah kuarantin dah masuk hari keberapa pun maq dah lupa. Yang maq tahu, minggu ni dah masuk PKP tahap ke 3 dan Insyaallah, Jumaat nanti semua orang islam satu dunia akan menjalankan ibadah berpuasa dibulan Ramadhan. Tadi pun maq ada tanya Aida,

"Kita ni  puasa esok ke lusa ekk? "

Aida pakat gelak sambil garu kepala.

"lusa lah mak.. Esok masih kena masak tengahari lagi . Mak jangan macam macam, nanti buat buat lupa, esok Jumaat elok je buat sarapan untuk ayah pulak ,hehehe "

"haa tulah yang maq risau tu. Nanti semua orang dalam rumah ni makan sahur pukul 8.00 pagi pulak. "

Aida gelak  ..

Sejak Perintah Kawal Pergerakan ,hari pun maq boleh lupa. Tarikh apatah lagi.  Paling sedih,dah lama tak pakai kasut untuk jalan jalan. Rindu nak ngeteh dan rindu nak sarapan roti banjir. Rindu nak pergi shopping bawang, sayur, cili dan jajan. Rindu nak balik kampung jumpa keluarga. Rindu nak kesana kesini, kesana kesini.. 😭

Jujur cakap,  Maq memang langsung tak keluar dari rumah sejak PKP pertama sampailah kehari ini. Sidai baju encik suami. Buang sampah encik suami, siram pokok bunga pun encik suami. All out memang muka encik  suami je yang jiran jiran kami nampak sekarang ni, maq sesekali cuma mampu intai intai disebalik cermin tingkap jek ..

Masa aktiviti kemas buku dan kitab kitab lama anak anak pagi tadi, maq jumpa sesuatu. Memang dah pesan kat mereka,  kalau buku sekolah agama yang ada potongan surah surah serta kertas kertas soalan peperiksaan yang juga ada  potongan ayat suci al Quran, letak tepi je dulu, nanti maq nak check sebelum dibuang.

Apa yang maq jumpa ?? ala terus jadi sentimental sikit mood ni..


Gambar pada fail maklumat murid kepunyaan Along dan Ety. Fail dari tahun 2001 dan 2002.Waktu ni Along darjah 1, Ety darjah 1! Tengoklah gambar mereka tu, comel jek depan kamera hehe


Ya Allah, rindunya kat budak berdua ni. Suci je muka masing masing. Rindu telatah nakal mereka yang selalu sangat menguji kesabaran emak dan ayah dia.

Serius rinduu..😭

Cepatnya masa berlalu. Sekarang Along dah pun berkahwin dan dah punya seorang anak berusia 2 tahun. Seorang suri rumah yang berniaga online dirumah.

Ety pulak sudah bertugas sebagai seorang staff nurse diHSA , Johor Bahru. Insyaallah  ada jodoh tahun depan dah jadi isteri orang juga.

Maq rindu mereka. Masa mereka baya baya ni, maq habiskan banyak masa maq untuk jaga anak anak orang,  didik anak anak orang, urus makan minum anak anak orang. Sedangkan waktu yang sama, anak anak maq yang berdua ni sangat perlukan kasih sayang dan belaian dari maq jugak.

Astaghfirullahalazim..

Anak anak, maafkan mak.. Semua ini berlaku atas desakan hidup. Maaf, mak dah berhutang banyak masa dengan awak berdua.. Allah,maaf kan maq ye.

Dan pada tahun 2002 , kami dapat seorang lagi penyeri dalam rumah ini. Iaitu Aida  ..tapi gambar aida belum jumpa pulak. Gambar ni je yang ada..




Allahhumma ya Hafiz Ya Muhaimin ( niat dalam hati) , aamiin.. ❤

Comments

  1. Syukurlah anak2 maq dah besar. dah ada cucu pun. anak sulung sy baru nak ambik spm. malangnya kena tangguh sampai awal thn dpn. masa merubah segalanya.

    ReplyDelete
  2. Ye, Alhamdulillah...
    Semoga anak sulung cikgu lebih tabah dan lebih bersedia dgn ujian ini.Semua berlaku itu ada hikmahnya, insha Allah yg baik baik akan menjelma selepas ini. Aamiin

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa