Skip to main content

Dapur Lock Down


Assalamualaikum.

Bermula dari 18March sampai lah 28April 2020 rakyat Malaysia diarah duduk dirumah. Kalau keadaan masih tidak memuaskan, perintah kawal pergerakan bakal dilanjutkan lagi dan lagi.

Sekarang ni pun macam macam peraturan,  tindakan dan undang undang dah dibuat. Dari roadblock oleh PDRM, lepastu ATM join hinggalah akhirnya pasukan JPJ pun turut sama join, tapi sedihnya masih ada lagi rakyat yang degil. Seolah olah mereka mencabar arahan yang diberikan oleh kerajaan.

Rakyat macamnilah yang susah nak dididik. Akhirnya hukuman penjara telahpun diambil sebagai jalan penyelesaian bagi pesalah pesalah melanggar arahan  PKP fasa 3 ni.

Keberkesananya masih belum terjawab lagi. Apa pun Alhamdulillah  setiap hari ada penurunan kes baru yang dilaporkan oleh KKM . Walaupun masih ada kes yang tidak dapat diselamatkan, namun peratusnya adalah agak kecil berbanding kes kes kematian dari negara negara lain yang sama menghadapai wabak ini.

Walaupun tujuan utama duduk dirumah tu ialah kita nak rantaian wabak corona virus terputus namun perangai orang ramai yang degil itu sepertinya memang  nak rantaian tu terus menular. Allahhuakhbar..

Itu kisah rakyat dan negara. Macamana dengan kisah dirumah pulak?

Sejak 18hb March, semua orang berkumpul dalam satu bumbung. Ibu, ayah ,anak anak. Kalau ada yang tersangkut perjalanan masa cuti sekolah lalu kerana arahan PKP, tambah lagilah ahli keluarga dengan  kehadiran anak menantu berserta cucu cucu! Meriah sekali kan.

Rasanya tak ralat lah kalau raya tahun ni, kita tak sambut sebab dalam PKP pun  sekarang ni Allah dah kumpulkan semua ahli keluarga dibawah satu bumbung.  Rezeki jugak tu.

Apapun, sila ambil perhatian ya isi rumah sekelian.Bila dah ramai ahli rumah nya tu, orang paling busy pastinya tukang  masak dan tukang cuci pinggan mangkok. Tukang keluar pergi beli barang dapur apatah lagi.


Didik anak anak, cucu cucu berserta anak anak menantu untuk saling sama  bantu membantu.  Jangan lah cuma bantu makan dan kemudian package tidur beramai ramai depan tv je. Tapi bantulah buat jugak kerja kerja rumah tu. Letih uii ngemas kalau dalam rumah tu ramai umatnya!

Ingat,  dah sebulan dah PKP, jangan sampai dapur anda kena lock down macam ni. Asbab tukang masak dan tukang cuci pinggan mangkok dah penat.

Tak dopek den nak menolong ea 

Comments

  1. bertul madam.. bile tukagn masak da letih mulut jadi kuat membebel..hehehe.. sabar ye penghuni rumah..

    ReplyDelete
  2. Penghuni rumah kena paham keadaan tu kan Nur hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa