Skip to main content

Idea kosong bila PKP makin berpanjangan


Assalamualaikum.

Baca tajuk macam kelako!  Tapi itulah realitynya. Langsung takda idea nak menaip. Langsung takda benda nak dikongsikan. Minda kosong macam ruang santai kami ni. Suram giler!

Sepinya.. 😭

Setakad ni,  Group whatsapp asyiklah berkongsi cerita pasal covid19  yang entah sahih entahkan tidak. Malas maq nak copy and paste. Nanti salah info, naya jek.

Group family pulak sunyi sepi sebab masing masing dah takda idea nak sembangkan. Makcik pakcik busy kot berkumpul anak beranak.

Jiran jiran semua sunyi sepi.  Masing masing tutup pintu rapat!  Budak budak langsung tak berbunyi bermain atau menangis.Sesekali je kadang dengar sayup sayup suara diaorang dan lepastu senyap semula. Dan sesekali juga ,group jiran jiran kongsi iklan yang diaorang ada jual online,  terutama makanan. Tapi harga mak aii.. No comments! 😂

Anak anak dan cucu maq dah takda apa nak diceritakan dalam group. Aida busy dengan game, along sibok melayan anaknya, dan ety sibok dengan tugasan yang makin bertambah bila wabak corona dah makin menular.

Alhamdulillah,  ety tidak bertugas dipusat kuarantin,  kalau tak tentu tidur malam maq makin tak lena dibuatnya. Walaupun jadi frontliner tu kerja mulia tapi maq memang tak sanggup anak maq bertugas kat situ.  Emosi dia takut terganggu.

Apapun sesekali anak menantu ada juga kongsi gambar dan  video gelagat cucu maq,  Ainul Mardhiah dalam rumah di suasana PKP. Menantu maq tahu kot yang  kami rindu sangat kat budak banyak akal sorang tu.

Pasang khemah dalam bilik, dengan khemah sekali runtuh,alahai cucu. 

Garang orangnya cucu maq ini. Tapi makin garang makinlah kena sakat dengan tok dia.

Tengok tu,  siap bagi arahan suruh pergi, sambil mata menjeling. Allahhu cucu oh cucu. Asal lah garang sangat ni.

Apa yang maq harap, semua orang jaga lah keselamatan dan jagalah kesihatan diri. Jangan fikir pada hal hal remeh yang boleh bikin kepala jadi makin kusut.

Kena PKP?  Haa duduk diam diam dalam rumah. Duduk rumah kerajaan bagi duit,  keluar rumah anda kena bayar saman. Mana nak?

Bosan PKP ?  Mohonlah jadi sukarelawan kat Pusat jagaan Covid19  tu, nak tahu bosan ke tak selepas  tu. Banyak benda berfaedah boleh buat sebenarnya kalau duduk dirumah jika kita bijak uruskan masa dan tidak malas.

Gaji takada sebab PKP?  Guna dulu apa yang ada.  Jangan semakkan lagi minda untuk benda yang tak pasti. Jangan nak makan sakan kalau dalam beg dompet wangnya tak berapa nak menggalakkan. Belajar makan apa ada je, orang lain tu lagi ramai yang tak makan asbab pergerakan terbatas.

Buat tabiat baru," makan hanya untuk kenyang dan sihat" .Badan sihat nanti dapatlah  buat amal ibadah dengan selesa dan sempurna. Niatkan semua usaha kerana Allah, insyaallah pasti cukup!

Di Malaysia ni,  jarang kita jumpa kes kematian sebab tak makan. Yang selalu kita jumpa, kes kes mati yang disebabkan akibat tabiat terlebih makan.

24/4/2020 - Ramadhan tiba.Siap  sedia sudah ke trainning usus tu? Eh.. Dalam takda idea, melarat pulak menaip. Allahhu , maaf..

Apapun selamat malam. Selamat beristirehat. Maq ni, semenjak diarah perintah kawalan pergerakan dipanjangkan tempohnya, bukan je hari dan tarikh maq lupa, waktu tidur pun dah lari dari paksinya. Siang tidur lena, malam nak tidur dah gelisah..  😂


Comments

  1. Wak pun dah sangat rindu dengan cucu2 yang dah lama tak balik.

    ReplyDelete
  2. Betul wak, maq pun terasa lama sangat diaorang tak balik ziarah atoknya ni.

    ReplyDelete
  3. Saya pun selalu lupa hari apa... yang saya perasan waktu silih berganti siang bertukar malam dan malam bertukar ke pagi. Dalam resah PKP, tersa pula masa begitu pantas berlalu!

    ReplyDelete
  4. Kan Amie, kejap je dah lebih 20 hari kita PKP. **lupa dah ,harini entah hari keberapa sebetulnya PKP tu ,hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa