Baca doa dulu sebelum teruskan membaca... |
Assalamualaikum.
Sejak PKP wabak Covid19 ni, part shopping menyopping ni 100% adalah kerja encik suami selaku ketua keluarga kami.
Bila dah masuk tahap 3 PKP, ( lebih sebulan) bermakna ada beberapa barang keperluan peribadi maq dah mula menyusut. Alaaa.. Ni yang lemah ni.
Maq : bang, bila abang ada keluar lagi beli barang ?
Encik suami : Minggu depan la. Abang kan keluar seminggu sekali je.
Maq : bang, boleh kirim tak?
Encik suami : nak beli apa?
Maq : ala, takut salah beli pulak nanti. Hmm.
Encik Suami : cakap je, tunjuk gambar, nanti abang carilah.
Maq : okey, belikan ni.. Barang rare ni, boleh? Tapi check betul betul sebab dia ada banyak jenis dan pattern. Ni haaa..
Maq : ada wings ,saiz 32cm ,maxi night ,lain lain produk jangan beli. Nanti tak selesa pakai.
Encik suami : aduu apa cerewat sangat ni????
Maq : dah agak dah.. Tapi itulah produk paling sesuai untuk isteri abang ni. Lama dah guna ni. Saya pun taknak abang beli tapi kalini dah terpaksa sangat sangat. Sorry..
Hahahaha
Maq gelak je tengok reaksi muka encik suami. Last beliau belikan maq tuala wanita, kalau tak silap masa maq dalam pantang lahirkan Aida. ( 17 tahun lebih dah umur Aida sekarangni ) Dan harini bila minta belikan, berkerut teruk mukanya.
Aduhh.. sorry, sorry!!! 😂
Encik suami janji akan belikan minggu depan, tapi petangni hati maq dah mula berdebar. Takut takut nanti dia cakap :
" brand tu takda dah, rak dah kosong. Abang beli yang lain je. Brand lain pun boleh pakai jugakkan? "
Ahh sudah..
Selalu dah kena dengan ayat macam tu sebab tu maq serik. Alasan alasan gitu dah tak menjadi lagi. Lebih 25 tahun dah jadi isteri beliau! Pakai sari pun maq boleh kenallah!
Sekarang ni, apa yang maq harapkan, minggu depan maq tak lagi kena 'temberang' untuk barang paling rare waktu waktu PKP ni.
Ya Allah, makbulkanlah doa hambaMu ini.
Sebenarnya pencuci muka maq pun dah nak habis dah ni tapi tulah, bila tengok muka encik suami dah macam tu punya ketat, maq terus batalkan niat nak tambah lagi barang untuk dikirim. Rasa macam nak nangis, macam nak gelak!
Actually bukan taknak beli kat shopee tu, tapi memandangkan Batu Pahat masih lagi dalam zon merah, maq takut barang sampai lepas habis PKP pulak heheee.
Ketawa sorang-sorang saya baca entri Maq kali ini... oh! Encik Suami... heheeee.
ReplyDeleteTulah Amie, kalini terpaksa sangat. Berkali kali maq fikir masalah ni sebelum minta tolong kt beliau, 😂
ReplyDeleteJangan dia belikan tuala mandi wanita pulak
ReplyDeleteHehehe tu yang paling dibimbangkan tu,wak
ReplyDelete