Skip to main content

PKP Tahap 4 bermula


Assalamualaikum.

29hb (semalam) bermulalah episod PKP tahap 4. Alhamdulillah perintah kawal pergerakan ini semakin memberi manfaat kepada rakyat. Sikit sikit bermasalah tu biasalah. Mana ada hidup takda masalah, kan?

Bagi pihak maq sendiri,  benda paling seronok yang pihak MKN istiharkan semalam ialah,


Alhamdulillah.. Maq dah ada peluang nak sarung kasut lepasni.Dah lebih 40hari kasut jalan jalan maq tu berhabuk kat rak. Kesiannnn..

Apa pun langkah langkah berjaga jaga masih lagi diperkuat kuasakan oleh pihak berkuasa.

-pakai mask

-jarak perjalanan kurang dari 10 km, kalau nak lebih 10km kena buat laporan kat PDRM.

-jarak sosial 1meter

-pakai hand sanitizer

-elakkan berkumpulan

Apapun demi keselamatan dan kesejahteraan diri sendiri dan keluarga, elakkan lah dari terlalu kerap nak keluar masuk rumah tu. Bagi maq, dah terpaksa keluar nanti,   baru maq akan keluar. Lagi pun duduk dirumah diam diam lebih selamat kot. Lebih lagi pada bulan puasa ni, keluar nanti bukannya dapat duduk mengeteh, 😂.

Teruskan ikut perintah. Teruskan berpuasa dan teruskan merebut ganjaran Ramadhan kali ini. Semoga apa yang kita lakukan dalam bulan mulia ini,  Allah berkati. ❤ aamiin..  

Comments

Post a Comment

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa