Assalamualaikum.
Salam Nisfu Sya'ban 1441 hijriah. Kali ini 15 Sya'ban hanya disambut dirumah masing masing. Selalunya masjid dan surau menjadi tumpuan umat islam untuk sama sama meraikan 15hb Sya'ban ini.
Lepas Maghrib terus berbagai aktiviti keagamaan yang dijalankan sementara masuknya waktu Isyak. Bacaan ayat Quran, zikir dan macam macam lagi. Walaupun kadang tak ramai yang hadir tapi sambutan tu tetap ada pada setiap tahun.
Siang tadi puluhan ucapan telah dihantar di semua laman sosial. Terutama whatsapp group. Benda tinggal forward je kot, bukan susah naw hehe. Apa pun niat tu penting. Ikhlas memohon maaf. Ikhlas juga memaafkan.
Di bawah ni antara ucapan ucapan yang maq terima sejak awal pagi tadi. Sebenarnya banyak tapi dah delete. Ni je yang tinggal dalam galeri.
Tabiat orang kita - mereka amat mudah menyalahkan tapi mereka juga mudah juga untuk memaafkan. Walaupun tak semua tapi adalah segelintir golongan yang macamtu.
Bagi pendapat peribadi maq, tak berdosa pun mengaku salah,tak salah pun kalau kita minta maaf. Asalkan niat kita ikhlas, Insyaallah Allah maha mengetahui.
Kata Ustaz Ebit Lew - Hidup diduga susah, sedih, sakit, kehilangan itu semua sebab Allah nak bagi kita pahala. Sebab Allah sayang. Sebagai hamba, kita cuma kena tabah, kena lebih bertahan dengan semua dugaan dan kena redha serta senantiasa bersangka baik dengan Allah. Yakini itu, Insyaallah hati jadi tenang walau apa juga masaalah yang datang.
Belajar bersabar sebab sabar itu indah❤
Mungkin anda lebih tahu tentang kelebihan malam malam yang dinyatakan ini. Jangan lepaskan peluang.. |
Salam nisfu sa'ban
ReplyDeleteAlhamdulillah, untuk WP jugak
ReplyDelete