Khutbah Jumaat JDT


       
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 21 Februari 2020
                 27Jamadil Akhir 1441
TAJUK  :  Dadah Membawa
                  Mudharat
                               
1) Dalam Islam- semua perkara yg membawa mudharat kepada akal adalah diharamkam; pengharaman arak seperti dalam Al-quran; penyalahgunaan dadah; ancaman kepada negara; dadah  musuh nombor satu negara.

2) Firman Allah Surah Al-baqarah/195 bermaksud: "Dan belanjakanlah (apa yg ada pd kamu) kerana (menegakkan) agama Allah dan janganlah kamu sengaja mencampakan diri kamu kedalam bahaya kebinasaan dan baikilah perbuatan kamu.".

3) Penyalahgunaan dadah- menggunakan sejenis bahan kimia; bukan utk tujuan perubatan; larangan memakan menghisap menelan atau memasukkan bahan2 tersebut kedalam badan; kesan buruk kpd seseorang; hukumnya haram berdasarkan dalil yg diqiaskan kepada arak.

4) Firman Allah Surah An-nisa'/43 bermaksud: "Wahai orang2 yg beriman janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yg kamu katakan ".

5) Peringatan ayat :-
5.1) Jauhi arak- sifatnya yg najis; memabukkan dan menghilangkan kewarasan akal; memudharatkan kehidupan dunia akhirat.

5.2) Jauhi dadah- lebih mudharat daripada arak; memabukkan dan mendatangkan ketagihan; sakit mental yg teruk; merosakan diri keluarga masyarakat; membawa pembunuhan nyawa yg tidak berdosa.

6) Muzakarah jawatankuasa fatwa kebangsaan- penyalahgunaan dadah hukumnya haram; hanya boleh digunakan bagi tujuan perubatan; semua kegiatan berkaitan penyalahgunaannya (menanam memproses memiliki menjual mengedar dan lain lain ) adalah diharamkan.

7) Membendung gejala dadah- bermula dari rumah; ibubapa beri kasih sayang kpd anak2; pantau persekitaran dan rakan sebaya mereka; jauhi rokok pergaulan bebas; ajak berjemaah di mesjid; libatkan anak2 dgn kegiatan bermanfaat di luar rumah.

8) Firman Allah Surah Al-ankabut/45 bermaksud: "...dan dirikanlah sembahyang (dgn tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yg keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya & kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yg kamu kerjakan".

9) Peranan masyarakat- bersikap ambil tahu; tegur dgn hikmah sekiranya ternampak kegiatan meragukan; beritahu ibubapa pemimpin masyarakat; lapurkan kepada pihak berkuasa terhadap pengedaran dadah.

10) Peringatan mimbar- berganding bahu banteras gejala dadah; bukan tanggungjawab  pihak berwajib sahaja; jangan biarkan anak2 terlibat dgn budaya tidak sehat.

Firman Allah Surah At-tahrim: 6- bermaksud: "Wahai orang2 yg beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yg bahan bahan  bakarnya manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh Malaikat2 yg keras kasar (layanannya) dan mereka pula tetap melakukan segala yg diperintahkan".

                     بارك الله لي ولكم ....



Popular Posts