Skip to main content

Khutbah Jumaat JDT


       
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 06 Mac 2020
                 11 Rejab1441
TAJUK  :  Menghargai Wanita
               
1) Agama Islam- agama yg hormati kaum Wanita; iktiraf kepentingan mereka dlm kehidupan; Allah letak kedudukan Wanita di tempat mulia.

2) Firman Allah Surah An-nisa'/32 bermaksud: "Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yg Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (utk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yg lain (tentang harta benda ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran) kerana (telah tetap) orang orang lelaki ada bahagian dari apa yg mereka usahakan dan orang orang perempuan pula ada bahagian dari apa yg mereka usahakan."

3) Kaum Wanita- golongan istimewa; berperanan dlm kehidupan keluarga masyarakat & negara; berkebolehan laksana dua kerja dlm satu masa; sebagai isteri dan  sebagai ibu; kehidupan seharian tidak sempurna tanpanya.

4) Antara peranan kaum Wanita- bertanggungjawab membantu pengurusan rumah tangga; tunai kewajipan yg diamanahkan; urusan keperluan suami;besarkan anak anak dengan sabar & kasih sayang.

5) Berbuat baik kepada kaum Wanita- sendi sendi kemuliaan; hak seorang ibu lebih kuat daripada hak seorang bapa; Ibu tanggung bebanan tika hamil; melahirkan menyusui dan mendidik anak anak.

6) Firman Allah Surah Al-ihqaf/15 bermaksud:

" Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;ibunya telah mengandungnya dgn menanggung susah payah dan telah melahirknnya dgn menanggung susah payah. ".

7) Kaum lelaki sebagai pembimbing dan pelindung kepada kaum Wanita:-

7.1) jika sebagai ibu- layan dgn penuh ikhsan; memahami kehendaknya; lembutkan tutur bicara; tidak guris hatinya; jauhi kata kata kasar.

7.2) jika sebagai isteri- amanah yg perlu di hormati; dilayani dgn baik; sempurnakan hak haknya; tidak buat sesuka hati; tidak diabaikan; tidak disakiti jasmani atau emosinya.

7.3) jika sebagai ibu tunggal- beri simpati; hulur bantuan; jauhi umpatan; bukan sebagai bahan fitnah.

7.4) jika sebagai anak perempuan- didik dgn asas asas islam; terapkan aqidah syariat dan akhlak; pastikan berpendidikan; bermaruah; menjadi wanita soleha; berpegang teguh kepada ajaran islam.

8) Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sebaik2 kalian adalah yg paling baik kpd isterinya dan Aku adalah orang yg paling baik antara kalian kepada isteri Ku".  (HR: Imam Ibnu Majah)

9) Seruan mimbar- hargai peranan kaum Wanita;Jangan lebihkan hak kaum lelaki dlm semua perkara;bantu mereka ke arah kebaikan; perolehi ridho Allah.

10) Firman Allah Surah An-nisa'/34 bermaksud:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yg bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dgn beberapa keistimewaan) atas orang orang perempuan dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafqah) sebahagian dari hartanya mereka. Maka perempuan  perempuan  yg soleh itu ialah yg taat (kepada Allah dan suaminya).



                     بارك الله لي ولكم ....

Comments

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa