Tazkirah Sisa Sisa Hidup


Bismillah,


Kalau umur kita sekarang 50 tahun dan dapat hidup hingga 70-75 tahun, itu maknanya hanya tinggal sekitar 25 tahun lagi.


Apatah lagi kalau umur kita sekarang sudah mencapai 65 atau atau lebih.


Berapa hari lagi sisa-sisa umur kita yang tinggal.Kerana pada hari hari yang tersisa ini ada waktu waktunya kita jatuh sakit.


Oleh kerana hari yang tersisa tidak banyak lagi, apatah lagi sewaktu kita meninggalkan dunia ini, apapun juga tidak ada yang dapat dibawa, maka kita tidak usahlah terlalu berhemah.

 

Duit yang memang harus dikeluarkan keluarkanlah. Apa yang dapat dinikmati, nikmatilah. Jika memiliki niat untuk beramal ibadah, lakukanlah segera.


Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan "dunia" yang akan bakal terjadi hanya kematian.


Kerana saat kita telah di dalam tanah, kita sudah tidak dapat lagi merasakan segala pujian dan kritikan orang lain.

 

Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan anak anak. Anak cucu kita mempunyai rezeki mereka masing masing.

 

Setelah mereka mempunyai anak, biarkanlah mereka mengurus sendiri atau menggunakan wang mereka sendiri untuk membayar mengurus anak anak mereka. 


Jangan biarkan mereka merampas lagi hak kesihatan, hak istirehat, hak kesenangan dan hak kebebasan orang tuanya.

  

Jangan terlalu banyak berharap pada anak anak kita. Anak yang berbakti, sememangnya memiliki niat untuk berbakti. 


Tetapi kerana pekerjaannya terlalu sibuk, apalagi jika bekerja di bandar bandar besar, maka tidak juga  akan dapat membantu kita.

 

Apatah lagi anak yang tidak berbakti, sewaktu kita masih hidup pun sudah buat kita susah.


Anak anak sebegini beranggapan bahawa jika harta kita berikan kepada mereka itu adalah suatu hal yang wajar. 


Tapi pada masa yang sama, wang mereka bukanlah wang kita. 


Jika kita ingin minta wang dari mereka dah tentu tidak mudahkan?

 

Kita yang berusia 60 tahun atau lebih, jangan lagi menukarkan kesihatan kita dengan benda lain.


Kerana pada saat ini, belum tentu kita dapat membeli kesihatan dengan harta benda dan wang ringgit kita.

  

Mencari wang sampai bila? 


Dalam sehari, kita hanya dapat makan 3 pinggan saja. 


Walau pun mungkin kita memiliki banyak rumah, untuk tidur di malam hari kita hanya perlukan ruang tempat sekadar 2 setengah meter saja. 


Maka cukup makan, cukup wang.... 


ya sudahlah.

  

Ini yang lebih penting! :

 

Kita harus menjalani sisa hidup ini dengan bahagia serta gembira, meskipun setiap keluarga mempunyai masalah rumah tangga masing-masing.


Kita jangan lagi berebut nama dan kedudukan dengan orang lain.Atau terlalu memikirkan bagaimana masa depan anak cucu kita dan hal hal lain. 


Cukup sekadar membandingkan dengan orang lain bahawa siapa antara kita yang hidupnya lebih gembira, lebih bahagia.

 

Untuk hal yang tidak  mampu kita ubah, janganlah terlalu dicemaskan kerana cemas juga tidak ada gunanya, malah akan mempengaruhi kesehatan diri kita.

 

Jika setiap hari berlalu dengan kita mencari kesenangan sendiri, setiap hari kita pasti dapat menjalani hidup ini dengan perasaan gembira.


Berlalunya sehari dalam hidup kita, maka berkuranglah sehari lagi. Bergembiralah sehari, maka untunglah kita sehari lagi.

  

Memiliki semangat yang tinggi maka penyakit dapat disembuhkan, insya Allah. 


Suasanakan hati yang gembira dgn bersenam  secukupnya (senaman ringan) berjalan pagi pagi, berbasikal atau lakukan apa pun, biar terkena sinar matahari.


Makanlah jenis makanan yang berkhasiat (perbanyakkan sayuran & buahan), menyerap bermacam macam vitamin & sedikit elemen logam yang seimbang.


 Diharapkan dapat tetap hidup sihat sampai 20, 30 tahun lagi, semoga Allah Memberkati kita.


Kiriman dari sahabat, seorang doktor,📌