Skip to main content

Aturan Allah Sangat Indah

 


Bismillah..


Selamat malam. Sebenarnya takda idea apa pun dalam minda saat ni.Tapi jari jemari ini perlukan senaman dan Maq pilih untuk menaip.


Dari tahun 1993 Maq menjawat jawatan isteri dan surirumah tangga sepenuh masa, tahun 2025 ni rasanya Maq dah layak ke untuk terima anugerah? Hahaha tiber !


Sebenarnya tak perlu pun semua tu.


Bagi Maq ,lepas nikah fokus hidup Maq cuma pada rumahtangga,suami,anak anak dan alam.


Bila dah semakin berumur macam sekarang ni,tak sangka kehidupan boleh berubah sejauh ini.


Asalnya Maq hanya seorang budak kampung yang naif yang terpaksa jual kuih epok epok untuk duit belanja dan tambang kesekolah.Dan Maq juga terpaksa tamatkan alam persekolahan selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) demi beri laluan kepada 2 orang lagi adik yang perlu meneruskan pelajaran mereka.


Alasan parents , adik adik Maq lebih bijak so pelajaran mereka lebih penting  di beri keutamaan dan Maq anak sulong yang IQ pun level sederhana je ni lebih baik cari kerja dan bantu keluarga.Ini adalah kisah pada akhir tahun 1980an.Kehidupan kami tak serupa seperti sekarang. Dan Maq akur apa saja yang parents Maq cadangkan tanpa apa apa bantahan.


Allah dah aturkan semua dengan baik sekali.


Yes ,seawal usia 18 tahun,Maq dah jadi seorang operator pengeluaran disebuah syarikat textile di bandar Batu Pahat dengan gaji harian RM3.50 sehari.

RM3.50x 24hari = korang kiralah sendiri

Alaun kedatangan penuh = RM30

Alaun shif = RM20

Alaun makan = RM24


Bila dah dapat gaji,nampak hasilnya makin berkurangan ,rupanya gaji Maq juga telah ditolak kepada akaun EPF & SOCSO.


Mujur dulu takda gadjet.Takda keperluan  kena beli internet.Takda delivery food.Takda shopee ,takda tiktok shop.Takda makanan viral.Mujur juga waktu tu harga barang masih murah lagi.


Dengan hasil yang maq dapat setiap 7hb pada tiap bulan tu,maq masih mampu hulur sedikit wang gaji untuk ibu & abah,bagi sikit kat adik adik buat raso raso.Tolong ibu bayar hutang perabut ,tolong belikan keperluan harian.Contoh ,ubat gigi,syempo ,sabun mandi.Bayar juga bil talipon rumah ,kadang kadang kena juga bayarkan bil elektrik dan bil air.


Dan Allah juga dah aturkan  ,Maq bernikah dengan seorang operator pengeluaran yang berkelulusan tamat tingkatan 3 semasa umur Maq 24 tahun.Ramai ahli keluarga pertikaikan tapi mereka lupa tentang rukun iman yang ke enam.


Guys, hidup ni simple je sebenarnya. Yakinlah dengan aturan Allah.Tak rugi apa pun bila kita bersangka baik dengan takdir.


Paling nyata ,dalam hidup ini biasanya kita je yang selalunya mengada ngada nak membebankan diri sendiri dengan alasan nak majukan diri dan nak hidup lebih selesa dan nampak setaraf dengan orang lain.


Nak ikut trending,nak nampak vorge ,nak dipandang hebat sebab ada kenderaan hebat,rumah hebat, anak ànak hebat dan semua nak yang hebat hebat belaka.Semua tu nanti boleh jadi topik utama bila berkumpul dengan kawan kawan yang hebat hebat jugak.


Maq berani cakap sebab waktu Maq muda dulu pun Maq punya perasaan yang sama.Nafsu tu sentiasa nak yang macam macam.Lagi lagi untuk anak anak,kalau boleh semuanya Maq nak yang terbaik dan sempurna untuk mereka. 


Bagi Maq, pemakanan,pakaian,pelajaran, tempat tinggal dan semua benda nak mereka dapat hanya yang terbaik.Tapi mana boleh kan sebab Maq dan suami bukan orang berada.Harta kami hanya anak anak.So apa seadanya untuk mereka dan juga untuk kehidupan kami.Rezeki manusia berbeza.


Alhamdulillah, mereka dapat tamatkan pelajaran mereka dengan sijil STPM tanpa gagal.Walaupun ramai cakap belajar untuk  STPM adalah susah.Mungkin! Tapi anak anak kami dah berjaya harunginya dengan  kejayaan masing masing.


Dan bila mereka dah berkerjaya dan berumahtangga, anak anak dah bebas memilih gaya kehidupan mereka sendiri.Maq dah tak perlu risaukan lagi.


Maq selalu juga pesan dekat diaorang, nak berjaya ,nak kaya kena usaha sendiri.Emak dan Ayah takda harta untuk jadikan anak anak seperti kisah Ahmad Albab.


Apa yang kami ada hingga ke akhir hayat kami hanya doa yang baik baik sahaja untuk mereka. Inshaallah.


Terima kasih Allah untuk semua ini.Aturan Mu sangat indah.Alhamdulillah...


Yaa Allah, jauhkanlah kami dan ahli keluarga kami dari fitnah manusia dan fitnah dajjal.🤲


**guys ,korang rasa lah kan, minda maq ni sebetulnya kosong idea ke atau terlebih idea? hahaha melarat larat kalau dah menaip. Ntah hape hape je yang dibebelkannya .Okeyla,jom tidur 😆

Comments

Popular posts from this blog

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Gambar sekadar hiasan. Assalamualaikum. Ketika berada dalam keadaan berihram , ada pantang larang yang  mana setiap jemaah perlu ingat. Kalau melanggar larangan ini ,jemaah akan dikenakan denda (dam). Larangan larangan tersebut adalah , *memakai pakaian yang bercantum ( berjahit ) bagi lelaki *memakai capal / kasut yang menutup jari jari kaki bagi lelaki *menutup kepala dengan serban ,songkok ,kopiah atau apa pun bagi lelaki *memakai wangian bagi lelaki dan perempuan *memotong ,mencabut atau mencukur  rambut  yang ada pada tubuh termasuk kuku *membunuh haiwan *nikah atau menikahkan *mencaci ,mencerca ,berkata kata dengan perkataan yang kotor atau bertengkar *bersetubuh / bercumbu cumbuan *merosakkan tumbuhan yang hidup diseluruh kawasan Tanah Haram Soalannya : Apakah kena dam kalau rambut saya gugur ketika saya dalam ihram ? Sebab rambut saya memang mudah gugur. Ok baik,kita ulang semula kenyataan ini. Dalam ihram perbuatan yang dilarang, ...

Susu Cair Ganti Santan

Assalamua'laikum .. Berkongsi kita sekali lagi .  Kalini maq nak beritahu ,hampir 2 tahun dah maq tukar santan kelapa dengan susu cair. Susu dalam tin tulah . Harga dalam anggaran rm 2.60 setin. Yang biasanya orang guna untuk buat koktail , buat ABC , buat kek , puding dan bagai lagi . Semua jenama boleh guna , asal anda mampu beli . Maq biasa guna jenama ini. Okey Maq ada beberapa soalan yang perlu dijawab. 💜Boleh ke maq kalau dibuat masak untuk gantikan santan ? Jawapan maq : semua jawapan ada padamu.. - lirik lagu Aiman Tino pulak 🙊- haha ya , memang boleh sangat sangat. Maq masak kari guna susu ni , masak lomak cili api guna susu ni ,sambal goreng ,pechel , masak sayur goreng pun guna susu ini . Hasilnya ? Maq makan nasi dan bertambah nasinya,  Awesome !! 💜Yakin ke hebat rasanya maq ? Jawapan maq  : selera maq selera dinasour , sedap je 😂 tapi selera cerewet encik suami pun boleh layan kot , so , memang masuk lah citarasanya . 💜Kenapa maq pi...

Iltiqa' Sakinain

-Apabila Tanwin bertemu Hamzah Wasol Assalamualaikum. Sedikit perkongsian tajwid dalam Al Quran. Sebenarnya ramai orang akan terus baca ayat yang berbaris tanwin itu tanpa sedar bahawa sebenarnya bacaan pada ayat tersebut perlu ditambah 'nun baris bawah'. Contoh bagi  Tanwin ( baris 2 bawah pada huruf zal) Hamzah wasol ( tanda bulatan diatas huruf alif selepas huruf zal )  "Apabila Tanwin bertemu dengan Hamzah Wasol, maka Tanwin tadi dibaca dengan satu baris dan ditambah Nun Berbaris Bawah." Kalau kita perasan, nak bunyikan ayat dalam bulatan tu pun agak janggal. Tapi, kalau takde ilmu, kita main hentam jelah nanti. Ada 33 tempat di dalam Al Quran yang perlu ditambah dengan 'nun baris bawah'. Ambil pen dan  tandakan sendiri tau: Muka Surat 27 Surah Al Baqorah Ayat 180 Muka Surat 151 Surah Al A’raf Ayat 8 Muka Surat 170 Surah Al A’raf Ayat 158 Muka Surat 172 Surah Al A’raf Ayat 164 Muka Surat 173 Surah Al A’raf Ayat 177 Muka Sura...

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Assalamualaikum. Harini maq terpanggil untuk search permasalahan orang ramai. Terdapat ramai pewaris yang keliru nak buat macamana bila tanah pusaka mereka belum ditukar nama lagi tetapi pemilik asal sudah meninggal dunia? Pejabat tanah Batu Pahat. Sekadar hiasan. Baru baru ini maq ada terjumpa perbualan yang berkaitan dengan permasalahan ini. Tapi kes ini bukan berlaku dinegeri Johor tapi di Selangor Masalah yang dihadapi ialah : Masalah diatas telah mendapat respond dari beberapa orang netizen. Kes ini melibatkan tanah  pusaka dikawasan negeri Selangor. Maka mereka cadangkan pergi ke pejabat  dialamat dibawah ini. Dan bawah ini antara netizen yang dah selesaikan masalahnya melalui proses diatas. Ini respond beliau. Okey.Dari pemerhatian  dan pemahaman maq ,untuk kes tukar  nama pada geran yang mana pemilik asalnya dah meninggal. Apa yang perlu dibuat ialah : - mula mula buat perbincangan keluarga, tentukan dahulu siapa yang layak memi...

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Assalamualaikum. Alhamdulillah, untuk pertamakalinya maq  dan family  kesini . Ke Pantai Perpat , Rengit, Batu Pahat, Johor. Wah bagi alamat penuh tu. Kalau  dari luar anda takkan tahu kat kampung Perpat laut tu ada pantai secantik ini. Anda lihatlah sendiri. Maha suci Allah, indahnya.. Tanpa edit* Gadisku tak ketinggalan berposing Nak keluar ke tak ek?  Keluar ke tak?  Hehe masing masing malas nak berjemur tengah panas Cuma tinjau jek lepas tu masuk kereta semula sebab  cuaca panas, kanda tak tahan bahangnya. 😂 haishh.. Dia pun nak begambau jugak tu  Bendera Johor berkibar megah disitu Teka teki : ada berapa ekor monyet dalam gambar ini? Siapa betul jawab maq bagi menang.  Waktu kami kesini adalah selepas solat asar tapi dia punya panas,  amat menduga sanubari.. Apa yang menarik disini pada pandangan mata  tua maq : - kawasan nelayan yang bersih, indah dan tenang - pantainya semulajadi ...

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Assalamualaikum. Banyak kawasan istirehat di daerah Batu Pahat ni tapi ada beberapa tempat yang maq belum pergi. Antaranya Bukit Tanjung ( Tanjung Hill ). Kenapa maq tak pernah pergi sedangkan kawasan tu terletak hanya 1kilometer dari kampung halaman maq ( Pekan Koris) 1- kawasan tanjung ni jauh jaraknya dari jalanraya utama.  Untuk kesini kena naik motosikal atau kereta. Zaman maq muda muda mana ada kereta dan motosikal, basikal pun tak punya. Yang ku punya hanya cinta.. Huhu melalut sudah.. 2-  Dulu dulu, disini merupakan kawasan tentera tentera buat latihan,jadi agak mustahil ibubapa maq nak lepaskan anak dara sulung dia kesini.  Bahaya! 3 - ada kawasan perkuburan lama kat sini.  Bila sebut kawasan kubur, sebagai remaja masa tu, kami lebih kepada seram.  Padahal kuburlah tempat terakhir kita disemadikan nanti. Semalam sempat maq cari lokasi tersebut.  Tanjung Hill atau Bukit Tanjung. Tapi maq tak naik pun atas bukit tu sebab keadaan terla...

Keturunan Rasulullah ada di Batu Pahat

Assalamualaikum. Alhamdulillah wasyukurillah. Dalam rehat yang penuh kerehatan dah masuk hari enam rupanya. Maq baru tahu pasal kisah yang selama ini ada keturunan Rasulullah di Batu Pahat. Dan Wali Allah itu sudah pun meninggal 10 tahun yang lalu. Habib Syed Ali bin Ja'far Alaydrus. Dalam seminggu ni maq dah selongkar hampir kesemua  google dan youtube yang berkisah mengenai arwah habib ni. Allahhu sayang nya maq tak tahu semua tu sebelum ni. Menurut penjaga makam arwah habib,  wali Allah memang takkan dikenali oleh orangramai ketika hayatnya, mereka hanya akan terkenal setelah mereka meninggal dunia. SubhanAllah.. Keturunan Rasulullah ini mempunyai ilmu yang tinggi. Wali Allah ini mempunyai syafaat yang Allah izinkan untuknya. Hidup serba sederhana dan sangat merendah diri dan beliau sangat memuliakan tetamunya. Bila dah tonton banyak video  mengenai beliau, timbul rasa malu dalam diri maq. Beliau hamba Allah yang punya banyak ilmu,  punya syafaat, y...

Doa Amalan Neelofa

Assalamualaikum. Maq jumpa doa atas ni kat twitter. Budak budak twitter seronok mengedit doa ini. Macam macam pattern mereka edit doa yang agak panjang ini. Mereka kata Lofa amalkan doa tersebut, siapa yang tak percaya , diaorang suruh masuk instagram  naurashares.   . Dan , ye memang  betul ada! Ok , benda baik tak salah dikongsi... Nota maq : berdoalah yang baik baik kerana ia adalah sesuatu yang sangat baik.Apa yang kita dapat dalam hidup ini datangnya dari doa kita dan doa dari orang lain untuk kita. Inshaallah ❤

Umrah nak beli cenderahati apa?

Assalamualaikum. Ini hanya perkongsian pengalaman maq. Biarpun kejadian dah hampir setahun berlaku.  Maq hanya berkongsi untuk kebaikan.  Semoga beri manfaat buat readers.  Maq tahu readers maq ramai yang positive. Harap harap post kali ini boleh membantu. Masa pergi umrah, Apakah cenderahati dari maq untuk mereka yang di Malaysia? Sebetulnya untuk memikirkan benda yang maq kena beli sebagai cenderahati, memang bingung. Sebabnya ramai sangat!! Alhamdulillah  keluarga kami besar! Ketika berada di Madinah ,maq cuma mampu beli 3 pasang jubah hitam untuk 3 puteri maq. Sepasang 60.00rials dan maq rasa tu yang paling murah kot sebab di Madinah, jahitan dan kain dia berkualiti.  Kupiah benang kait  untuk encik suami dan anak menantu kesayangan yang berharga 15 rials sekeping. Ternyata ketika maq pergi Madinah,  semua orang kata harga barang barang adalah tinggi! So maq kata mungkin cukuplah beli itu dulu untuk cenderahati. Namun bila lihat duit yang be...