Daging Korban Nak Masak Apa?

 

Bismillah,


Ada dapat daging korban tapi tak tau nak masak apa? Jom kita cuba 2 resepi kat bawah ni.


Resepi daging black pepper




Bahan-bahan:
Daging
Bawang putih 4ulas (tumbuk)
Bawang holland 2 biji
Serbuk kunyit 1 sudu kecik
Sos black pepper
Lada hitam 2sudu (tumbuk)
Capsicum hijau 1biji
Tomato 2biji
Carrot (optional - taknak letak pun takpe)
Daun bawang (optional-taknak letak pun takpe)

Garam, gula, aji
Minyak masak



Cara Masak:


Rebus daging sampai empuk. Bila air dah kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit , kacau lepastu masukkan bawang putih.



Kemudian masukkan sos blackpepper & lada hitam yang ditumbuk tadi.



Masukkn garam, gula,aji.



Masukkn carrot,lada capsicum.agak agak bila  sayur dah lembut ,masukkan pulak tomato, bawang Holland & daun bawang.


Ok dah siap!



Kredit resepi Fatimah Ibrahim


Resepi daging merah thai


Bahan memasak,

1 kilo daging -rebus +pewarna merah
2 sudu makan cili blander
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan
1 biji bawang putih di tumbuk kasar
Sedikit ajinomoto dan secubit gula.



Bahan hiasan,

1biji bawang besar dipotong
1 tangkai cili merah besar
3-4 tangkai cili padi
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun ketumbar

Cara cara masak:


Daging dipotong kecik@nipis2.


Tumis dulu bawang putih sampai naik bau.


Lepastu masukan daging,kacau sekata.


kemudian masukan cili blander,cili sos,sos tomato,sos tiram,sos ikan.


Kacau semua sampai naik bau.


Masukan sedikit gula dengan ajinomoto.


Kacau lagi sampai sedikit kering,kemudian masukkan sedikit air.


Tabur bahan hiasan kacau sampai semua sebati.


Okey..siap...


Kredit  Adreana Soffea


**Hasil dari usaha salin dan tampal.

Comments

Popular posts from this blog

Orang Hidup VS Orang Mati

Menjelang PRN 11 Julai 2026

7 Julai ❤

Sup Ayam Adam Aisy

Aida Ke Mine Optometrist

Ayat Pilihan 4 Jun 2026

Dunia - Jun 2026

Serba Serbi Ditahap Membimbangkan

Tasik Y ,Batu Pahat,Johor