Bismillah,
Hari kedua ramadhan 1447.Blog sunyi ek? Puasa guys,mana boleh banyak cakap,nanti pahala kurang.
Alhamdulillah tahun ni ,sebelum nak sambut ramadhan,maq dah cuti awal sebab bergabung dengan cuti tahun baru Cina.So peluang itu maq ambil untuk kemas rumah sempena menanti kehadiran ramadhan.
Korang jangan pelik.Family maq ,nak raya tak berkemas sakan tapi kami lebih pilih untuk all out kemas sempena ramadhan. Bukan tahun ni je ,tahun tahun sebelum pun sama.
Sebenarnya untuk hari raya akan datang ni,orang tua tua macam kami ni dah tak excited sangat dah.Macam tahun lepas ,beraya cuma 2 hari jek ,lepas tu dah melepak dirumah.Mood raya hilang entah kemana ,ghisau kan.
Tahun ni kami tak fikir apa pun,yang penting raya dibulan shawal tu ada dan moga Allah terima semua amalan kami didalam bulan ramadhan.
Korang jangan tiru perangai maq yang ni.Korang nak beraya teruskan beraya.Inilah peluang nak bertemu sanak saudara yang jauh diperantauan.Nanti jangan lupa ziarah jiran tetangga yang selalu busy siang malam cari nafkah diri tu.Kawan kawan,sahabat handai semua tu kena ziarah.
Apa khabar Maq? Encik Suami?
Tengahari tadi sebelum encik suami pergi masjid untuk solat Jumaat,kami sempat siap mengulung popia sayur ,nak buat stock bulan puasa.Setiap tahun memang berbuka dengan airtangan homemade je guys.Sedap tak sedap itu hal lain ! haha
Popia ini kuih kegemaran suami maq.Belum apa apa dia dah suruh buatkan stock popia begedil dan popia sayur.
Maq ON kan saje...
Guys! doa selalu,minta Allah beri kita untuk istiqomah dalam bertaubat dan istiqomah buat ibadat dalam bulan mulia ini.Raya tetap raya guys,no worries 🫶
