![]() |
| Aida disamping Ayah |
Kisah keluarga ❤
Bismillah,
Pernah satu masa dulu,masa tu si kakak sorang form 6 ,sorang dah berkerja dan Aida dalam darjah 6.
Maq pernah buat soalan yang ditujukan untuk mereka dan encik suami.Maq tanya apakah sifat yang ada pada maq,yang anak anak dan suami paling tak suka?
Sebenarnya soalan ini berisiko kerana boleh buat hati sendiri merana hahaha tapi Maq nekad je semata untuk cari kesalahan diri sendiri yang maq tak perasan pun.
Apa yang menarik tentang jawapan dari gadis baju hitam yang dalam gambar kat atas tu.Kata beliau,
🗣️: Mak janganlah nak sama kan anak sendiri dengan anak orang lain.Setiap manusia takdirnya kan tak sama.
Masyaallah,sampai kehari ini pun maq akan ingat kata kata tu.Jawapan itulah yang dah jentik hati naluri ini.
Masatu maq tak tersentap pun sebab maq yang nak tahu sangat kan.Tapi sejujurnya kata kata dari budak darjah 6 tu dah buat minda mak mak ini jadi celik.
Biasalah mindset mak mak kan,mereka memang tokleh tengok anak orang lain begitu begini. Kalau boleh anak dia pun nak macam tu jugak. Malah nak lebih lagi!
Astaghfirullahalazim...
Dan kalau korang nak tahu 2019 pun maq ada tanyakan soalan yang serupa dan Aida masih lagi beri komen yang sama,hahaha maq nya punn.
Tahun 2026 ni, pada pendapat maq biarpun umur kita ni dah level sipi nak kepenghujung.
Biarpun makan garam dah bertan tan.Tapi kita kena juga dengar teguran dan pendapat orang muda yang umurnya masih setahun jagung.
2026 - Maq tengok kebanyakkan gen-Z berkata guna akal,bukan nafsu.Mereka rajin mencari kebenaran dalam kesilapan yang kita sebagai orang orang lama dah terbiasakannya.
Macam ayat yang orang sekarang selalu sebut; kesalahan yang telah 'dinormalisasikan'
waallahualam ...
24 Julai nanti -Happy birthday to Aida ❤

Comments
Post a Comment