Bismillah,
Tadi sementara tunggu azan zohor, Maq berkesempatan nonton podcast di youtube chanel sembang seram bersama perawat bernama Ustaz Faridzuan yang berasal dari Pulau Pinang.
Panjang betul video tu ,durasinya 3 jam lebih! Mujur harini Maq ada banyak masa terluang, so dapatlah habiskan masa dengan tonton podcast.
Perawat tersebut merupakan seorang pengamal perubatan yang nak bantu orang buang susuk dan gangguan sihir,saka serta beberapa lagi masalah penyakit batin.
Apa yang buat maq terkejut dengan penjelasan ustaz tu,hampir 10,000 pesakit yang sudah 'booking' perkhidmatan rawatan beliau dan team.Sekarang semua sedang menunggu giliran untuk dapatkan rawatan masing masing.
Pesakit yang sedang dirawat sekarang pun dah Q setahun lebih.Ada juga yang meninggal dunia sementara menunggu giliran mereka.
Pesakit pesakit tu kebanyakkannya datang dari Malaysia,Singapura,Indonnesia,Thailand.
Lebih mengejutkan lagi bila beliau katakan pesakit yang paling ramai yang datang nak buat rawatan dan sudah pun buat rawatan tu datangnya dari negeri Johor dan Selangor.
What?! Johor?Apakah?! 😳
Dan korang jangan pulak terkejut kalau ustaz tu cakap,sekarang ni sangat ramai gen Z pakai susuk.Terutama orang lelaki ?!
Lelaki bersusuk? function?
So,korang memang wajib tonton podcast tu.Bila maq dengar,tokleh cakap apa dah ,mampu bertakbir Allahhuakhbar jelah sepanjang masa menonton tadi.Ini betul betul ujian umat akhir zaman.
Guys,korang tontonlah sendiri podcast dari Ustaz tu.Maq dah tonton 2 chanel podcast yang mana beliau adalah tetamu undangannya,tapi podcast ustaz dengan sembang seram chanel ni lagi happening pada maq.
Maq rasa semua orang memang kena tahu bagaimana susuk boleh beri keburukan bukan je kepada si pemakai tetapi juga beri kesan buruk kepada kehidupan anak cucu cicit si pemakai susuk.
Korang kalau free boleh masuk link youtube sembang seram dan dengarlah ustaz tu kongsi pengalaman beliau.
![]() |
Nasihat dari seorang wanita level mak mak.Jika terlintas nak bersusuk demi populariti atau nakkan sesuatu tujuan yang terpesong akidah ,tolong kembali kejalan yang benar.
Hidup janganlah ikut kehendak nafsu semata. Hiduplah berlandaskan ajaran yang dibawa oleh Nabi kita,Muhamad SAW. Takutlah kepada Allah yang Maha Agung. Jangan sebab nafsu, seluruh keturunan jadi haru biru dan celaru!
Satu hal korang kena tahu,pakai susuk itu hukumnya haram.



Comments
Post a Comment