Bismillah,
Singapura: Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) serta HDB Singapura telah mewajibkan pendaftaran lesen dan pemasangan mikrocip untuk kucing peliharaan.
Tempoh peralihan secara percuma diberikan sehingga 31 Ogos 2026.
Maklumat tersebut TIDAK benar untuk Malaysia.Peraturan ini hanya terpakai di Singapura.
Waallahualam.
Berita ni maq jumpa difacebook semalam. Siang nanti maq akan selongkar semua laman sosial untuk penjelasan lebih detail.
Malaysia -Tiada sebarang undang-undang atau peraturan baharu daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mahupun Majlis Bandaraya/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mewajibkan lesen bagi memelihara kucing.
Apapun di Malaysia,ini pada pandangan peribadi Maqnie lah kan.Biarpun peraturan pelihara kucing masih longgar dan bebas,pemilik kucing janganlah lepas tangan dengan aktiviti kucing kucingnya.
Masih ramai lagi pecinta kucing yang biarkan kucing kucing mereka berkeliaran di kawasan rumah rumah jiran.Berkeliaran sesaja tu okey lagi,ini siap dengan package jalan jalan dan buang najis.Masyaallah,boleh bikin jiwa kacau tau takkk!
Jika benar berita yang dimuat naik oleh netizen tu,Tahniah Kerajaan Singapura kerana masih kekal menjadi negara yang maju dan masih kekal menjaga kebersihan negara semaksimumnya semenjak dulu lagi.
Lagi satu Maq respect cara pemerintahan Singapura ini,negara mereka bebas dari PATI ( pendatang asing tanpa izin ) manakala di negara Maq, PATI lebih bebas dari warganegara.
Warganegara negara Maq kalau buat salah sikit sikit dah kena saman tapi jika PATI yang buat,its okey,hak kemanusiaan sesama insan katanya,hahaha masakkk.
Okeylah cukup untuk post entri kali ini,salam subuh semua ❤
***Gambar kucing tu ambil dari google.
Di rumah kami takda ruang nak simpan sangkar kucing,so sejak berkawin maq memang takda pelihara kucing.Adalah dulu jaga sekejap tak sempat membesar semua dah mati.Kini tinggal kenangan ❤


Comments
Post a Comment