Kisah 24 Julai 2026

 


Bismillah, 
kalau korang biasa masuk blog peribadi Maqnie,korang pasti kenal gadis dalam gambar tu.

Semalam genap umur dia 24 tahun.
24hb Julai  -24 tahun - haa cantik!

Kalau dulu zaman kakak kakak dia,
umur 24 tahun tu,

Along dah busy buat persiapan nak nikah.

Angah pulak busy dengan menuntut ilmu di kolej dan sedang dilamun cinta.

Bagi Aida pulak,pada umur 24 tahun,dia masih bergerak solo.

Nak kemana mana mesti dengan emak ayah.

Pergi kerja ayah yang hantarkan.

Makan minum emak sediakan.

Nak makan makanan viral yang pelik pelik foodgrab belikan.

Love? Belum masanya lagi.

Kata dia,

"Aida nak kerja dulu.Enjoy puas puas dulu dengan mak dan ayah.Hidup di hujung hujung zaman ni semua hanyalah dunia tipu tipu" 

Ah sudah...Dari darjah 6 sampai dah umur 24 tahun, dia masih banyak akal nak backup diri sendiri hahahaha.

Maq kadang saja gurau dengan dia,

Aida ni memilih sangat,sebab tu takda love sampai sekarang.Apa jawab dia?

Aida tak memilih pun,
pada Aida asalkan lelaki tu,

1-handsome
2-handsome dan kaya
3-handsome ,kaya dan rajin
4-handsome,kaya,rajin dan soleh
5-handsome,kaya,rajin,soleh dan bertanggungjawab
dan 6..

Maq 🗣️ : dah! dah ! cukup! cukup!
Mana ada lelaki macam tu kat Malaysia ni??
Kalau Aida nak semua macam yang dalam list tu,Aida kenalah ,

Muka hari hari nampak comel ,perangai kena comel,kena kaya raya jugak ,kena rajin jugak ,solehah dan kena ada rasa bertanggungjawab jugak.Nanti Allah datangkanlah orang yang perangainya hampir hampir sama macam perangai Aida tu.

Aida 🗣️ : tapi Aida kan dah comel?!


hmmm ,Maq  dah agak dah jawapan dia..




Masyaallah tabarokallah,

Gambar tu semalam punya cerita.
Beria dia nak makan produk BR sempena birthday ke 24  hahaha layankan jelah jiwa baby tua Maq yang sorang ni.

Selamat bertambah umur Aida,
Doa dari Mak ,semoga Allah makbulkan semua hajat dan doa mu untuk dunia sampai ke akhirat❤

Dan moga Aida rajin rajin lah update blog tu.Takkan asik nak setahun sekali je update hahaha




Comments

Popular posts from this blog

Tips Sekiranya Berlaku Serangan Nuklear

Penyakit Penyakit Umat Terdahulu

Rindu Nak Brisk Walk

Bernafaslah Dan Bacaan Tekanan Darah Akan Turun

Maqnie 2024

Tiktok Beri Maq Kesedaran

Tambah Ilmu Dalam KAH 2026

Nasihat Ustaz

Susuk Pada Tahun 2026