Skip to main content

Ingatlah Mereka Yang Tersayang


Assalamualaikum.

Sebagaimana yang sudah dijanjikan ,bila tiada halangan pada Ahad kali ini (6hb Oktober 2019) ,maq dan encik suami akan pergi ziarah abang ipar dan adik lelaki yang sedang  sakit  dikampung dan di hospital Muar.

Kesempatan ini maq tambah lagi dengan menziarahi seorang lagi hamba Allah yang sedang diduga dengan sakit ,beliau ialah sahabat sekolah maq. Kalini Maq tak nak cerita pasal abang dan adik ipar dulu tapi Maq nak kongsi pasal sahabat maq yang sorang ini.

FK - bukan nama sebenar.

FK seorang sahabat sekolah yang ceria. Seorang suri rumah yang mempunyai seorang anak perempuan berusia  dalam lingkungan -+20. Tidak mempunyai apa apa rekod penyakit . Takda darah tinggi, takda kencing manis ,takda kolestrol tinggi , takda jugak masalah  jantung!  Beliau merupakan seorang warganegara yang sihat 100%.

Tiba tiba tak disangka sangka beliau telah diserang lumpuh separuh badan. Sehinggakan nak duduk atas wheel chair pun dia tak mampu. Macam macam usaha doktor dan family buat untuk sembuhkan FK.

FK dah terlantar atas katil sejak bulan puasa yang lalu dan hanya bergantung pada bantuan mesin oksigen untuk bernafas. Katanya mesin tersebut pun di sewa dari sebuah farmasi berhampiran dengan kos yang agak tinggi.  Sekarang dia sedang dirawat dirumah sebab keluarga dah tak tahu nak ikhtiar cara apa lagi.

FK boleh bercakap seperti biasa dan hanya minum susu sesuai untuk alas perut. Separuh bahagian tubuh beliau dah tak mempunyai deria rasa.

Maq : Allah sayang kau, Allah pilih kau sebab Allah tahu kau kuat,kau orang baik ,Allah nak kau rehat bila dah masuk umur 50 tahun. Kau  lebihkan lagi bersabar ye. Anak dan suami ada untuk jaga kau dengan baik sekarang ni. Alhamdulillah..

FK : kalau Allah sayang aku, ambil ajelah aku . Aku dah tak boleh buat apa apa lagi dah macamni. Anak ,suami ,  kesian kat diaorang. Letih jaga aku. Aku dah tak boleh buat apa apa  untuk diaorang , aku dah tak berguna lagi..😢

Maq : 😭 ... FK , Allah nak tambah pahala pada semua orang. Pada kau, anak kau , suami kau , adik beradik kau ,kawan kawan kau. Sabar la..

FK pandang ke arah lain. Maq tahu dia hampa bercampur sedih. Maq juga tahu ,cuma dia je tahu apa yang dia rasa. Maq tak nak FK terus mempunyai rasa tertekan berbaring diatas katil seperti itu.

Maq : awak jaga ibu awak, takpayah cari kerja dulu . Kan abah dah janji nak bayar gaji jaga ibu , abah bagi gaji , Allah bagi pahala ..haaa double tu...😉

*Cuba bagi semangat kat anak FK . Dia senyum. Tapi mata dia merah. Mata abah dia jugak merah. Dan Kami terus ...krik³

Apa yang paling buat maq rasa sedih bercampur kecewa ,serta patah hati sangat sangat sampai saat ini ialah  bila FK beritahu ,hasil keputusan doktor tempohari menyatakan bahawa FK kena kanser paru paru disebabkan asap rokok.

Allahhu..😭


Sampai saat ni maq masih terkilan dan sedih.



Nota maq : FK , aku nak kau sembuh. Aku nak kau bahagia. Aku doakan moga ada keajaiban buat diri kau...😭

Comments

POPULAR POST THIS WEEK

Hasil Dari Kebun Pasu

  Bismillah ,Alhamdulillah. Harini kutip hasil dari "kebun dalam pasu" Sayur yang maq tanam pada akhir bulan 10 haritu dah boleh dituai. Dari 3 pasu pokok bendi,dapatlah 4 batang bendi.Jadilah buat raso raso 😂 Daun kunyit dan daun limau purut tu untuk masak rendang ayam ,inshaallah. Alhamdulillah,ini adalah percubaan.Langkah seterusnya insyaallah bakal menyusul. lokasi kebun pasu maq. Tengok kebun dari anjung rumah pun dah boleh. Takyah turun tanah. Lepasni kawasan pakir bakal bertukar kepada kebun pasu peribadi. Kalau korang perasan dalam gambar ,jiran maq tanam pokok pisang dalam tong cat je tau. Daun pisang boleh digunakan untuk masak ikan bakar. Good idea kan?  اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ  Edited :Lepas Asar tadi , its done! Lauk untuk makan malam kami bertiga nanti ,inshaallah,  Semua hasil dari kebun pasu. sayur bendi goreng , lebih bawang besar dari sayur bendinya 😎 rendang ayam daun kunyit bersepah 🤣 Alhamdulillah, Rezeki milik ...

Rindu Yang Jadi Rahsia Allah

  Bismillah ,Alhamdulillah. Dulukan masa maq muda muda. Ada satu perasaan pelik yang maq rasa bila tengok orang orang yang pernah jejakkan kaki ke Mekah dan Madinah. Apataknya,baru balik beberapa bulan dah cakap rindu, teringat ingat suasana kat sana. Padahal mereka kesana kan nak buat ibadah semata mata . Nanti lepas diaorang balik haji dan umrah ,berbondong bondonglah jiran tetangga,saudara mara datang ziarah.Mereka seronok bertanya khabar berita dan mendengar cerita serta pengalaman jemaah. Dan, bila maq dah semakin tua menua ni, baru maq paham kenapa situasi tu belaku.Rindu tak pernah padam guys.Dah pergi sekali rasa nak pergi lagi ,lagi dan lagi. Dah 4 tahun pergi pun masih belum  boleh move on lagi. Betapa dasyatnya perasaan tu. Padahal masa memula doa kat Allah dulu, seumur hidup dapat sekali pergi Mekah Madinah  pun cukuplah.Rupanya bila Allah nak tetamunya datang kembali, dengan cara apa sekali pun tetap diundang lagi.Duit ada ke takda itu bukan halangan kalau Al...

Musim Haji 1446H

  Bismillah,Alhamdulillah. Harini tabung haji dah keluarkan senarai bayaran bagi musim haji 1446H mengikut kategori. Seperti yang tertera dalam gambar diatas. Harini juga mereka yang  telah daftar haji pada tahun 2009-2010 sedang menunggu surat tawaran haji mengikut rezeki masing masing.Tawaran melalui SMS. Debaran kian terasa bila aplikasi thjari tak boleh di log in pagi ini ,mungkin ada sedikit kemaskini sedang dijalankan. Tahniah bagi sahabat sahabat & saudara masa  yang diundang menjadi tetamu Allah pada tahun 1446H kali ini. Semoga segala urusan kalian berjalan lancar dan dipermudahkan untuk setiap usaha. Jaga kesihatan ,jaga makan minum.Kerana step seterusnya akan berlangsung sikit masa lagi. لَبَيْكَ اللَّهُمَّ لَبَيْكَ لَبَيْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ لَبَيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ  لَا شَرِيْكَ لَكَ

Buah Bidara Pasar Lambak Senggarang

  Bismillah,Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas maq sempat juga singgah pasar lambak di pekan Senggarang. Lama sangat kami tak kesana.Kawasannya luas dan masih dipenuhi dengan perniaga perniaga otai.Maksud maq masih ramai lagi orang yang lama berjualan disitu.Perniagaan keluarga agaknya. Setibanya kami dikedai jual buah buahan,maq nampak buah kegemaran,buah bidara.Rupanya dah musim buah ni ek? Sedang maq leka pilih buah bidara tu,tetiba dengar suara dari sebelah kiri maq. Buah apa tu? Ini buah bidara jawab maq.. Tak pernah tengok la,apa rasanya? Ahh maq pening kejap.. Macamana nak gambarkan rasa buah ni ek? Nak kata rasa epal bukan! Nak kata rasa durian jauh sekali! Nak kata rasa mangga pun jauh! Ada sesikitlah rasa jambu air tapi buah bidara ni tak manis dan tak tawar.Buah ni bila dikunyah bunyi crispy ,Krup krap gitu.. Allahhu susahnya maq nak bayangkan rasanya tu.Kenapalah diaorang bagi kat maq soalan sesusah tu?? Guys korang nak tau tak siapa yang bertanya? Seorang lelaki dalam umu...

Anugerah Buat Wanita

  Bismillah ,Alhamdulillah. Istimewanya seorang wanita yang bergelar isteri & ibu yang rajin beribadah. Mereka itu tidak perlu menanggung dosa suami dan keluarga tetapi apabila dia berdoa, Allah izinkan doanya menjadi doa yang tiada berhijab ( doa maqbul ) Doa doanya mampu beri kejayaan dalam usaha  kerjaya si suami dan mampu beri kebaikan pada susur jalur masa depan anak anak. Semua belaku dengan izin Allah, Masyaallah. Allah Maha Baik.

Kesan Ibu Bersangka Buruk Pada Anaknya

Assalamualaikum. Tertarik dengan perkongsian ini.  Jom baca supaya kita sama sama dapat perbaiki diri kita pada mana yang perlu. Terutama kepada emak emak diluar sana. Tanpa kita sedari, semakin besar anak anak,  semakin besar tanggungjawab kita ni. Ye,  itulah realiti... [ BILA SEORANG IBU BERSANGKA BURUK PADA ANAKNYA ] Selepas ceramah seorang makcik jumpa saya. Dia mula ceritakan anak dia teruk, degil, tak dengar kata. Kuat merokok, cukup degil dan tak boleh buat apa-apa dah.. Umur baru 17 tahun tapi memang tak dengar kata. Saya dah tak nampak jalan nak buat camana katanya. Kalau ustaz boleh bantu saya amat bertuah dan beruntung.. Tapi saya memang rasa mustahil.. Jawab saya, anak puan begitu kerana sangkaan puan begitu. Puan tolong berhenti sangka buruk padanya dan cakap buruk padanya. Dia baik dan bakal jadi orang hebat. Ish! ustaz ni, takkanlah dia degil macam tu boleh jadi orang hebat. Saya harap dia jangan buat jahat jer.. Jawab saya, puan tukar san...

Usia Pernikahan Yang Ke 31

   Bismillah,Alhamdulillah. 27 November 2024  telah pun berlalu. Maka genap sudah 31 tahun usia pernikahan kami. Terima kasih Allah untuk setiap nikmat dan rezeki yang diberi. Terima kasih Allah untuk setiap ujian yang dilalui. Terima kasih Allah untuk segala galanya. Maq tak minta lebih ,melainkan semua yang baik baik sahaja untuk ikatan halal ini. Dilancarkan pada semua urusan untuk dunia hingga ke akhirat. Aamiin Allahhumma Aamiin... Video hasil kreatif dari Along. Terima kasih Akak* Terima kasih juga kepada mereka yang telah mendoakan kami.Doa yang serupa juga dari kami buat kalian sekeluarga. Aamiin.. **jom selawat

Sembang kosong

Assalamualaikum .. Lama blog maq sunyi tanpa apa apa post . Mungkin faktor usia ? Hee bukan .. maq sekarang lebih fokus pada anak anak asuhan yang makin membesar . Melayan karenah ahli syurga ni kadang boleh buat kita rasa naik hangen , tapi  kadang tu lebih kepada seronok ,lucu dan  akan timbul rindu bila mereka tak datang . Semalam ( 8 september 2016 ) maq sempat melayan kawan kawan seperjuangan di group PENGASUH ANAK  di facebook . Dengan menyatakan satu pengalaman maq sebagai pengasuh dirumah selama 20 tahun , maq kongsikan ini .. *** Selamat pagi semua. Pernah tak BS perasan , bila kita jaga anak asuhan ,bukan je nak " melepas hajat"  tak puas , nak makan tengahari pun kadang kadang tak sempat sampai bawa ke petang tunggu sampai anak asuhan semua tidur , kadang tu sampai terlupa dh makan ke belum ,kadang nasi sampai kembang dipinggan sebab baru 2, 3 kali suap nasi ke mulut , anak asuhan panggil . " maa ..adik  yaaakkk ..  " ... 😅 #sajakon...

Booster Pulak !

Assalamualaikum. Harini  hujan turun tanpa henti kat Batu Pahat ni.Jujur cakap ,maq tak mandi pun petang tadi.Sejuk woi !  Lagi pun sakit badan sebab jatuh gedebuk angkara kaki tersandung lantai kat kawasan medan selera Benteng pun belum sembuh. Kawasan baru medan selera Benteng,Perserai, Batu Pahat. Berhadapan dengan hospital Pakar Putra. Bawah ni bahan bukti ,hahaha jauh dari nyawa kan..Tapi badan ,lutut ,peha memang terasa sakit.Macam baru lepas kena tumbuk. Semua rasa  sengal sengal badannya. Masa tengah makan , sempat tanya si bongsu : comel tak masa mak jatuh tadi ? Serba salah budak tu nak jawab ,cuma mampu gelak jelah. Maq pun buat lah ayat pedih untuk luka yang makin terasa pedih tu :  "confirm macam guni bundle kena campak dari lori..kannnn..sebab tu aida gelak jek.." **bedekah encik suami & si bongsu ! ish..rasa makin sakit tau masa tu,pakkal perut dah lapar,maq suap je soto ayam lelaju. Rupanya si bongsu mengadu kat kakak kakaknya  digroup whatsA...

Buah Yang Disebut Dalam Quran

  Bismillah , Alhamdulillah. Kurma adalah antara buah yang Nabi cakap ada di syurga. Selain kurma , ada juga buah delima, zaitun ,tinn ,pisang, labu dan anggur yang disebut dalam Al Quran. Bukti? Dan kalini maq nak beritahu yang kurma ajwa yang ada dalam gambar kat atas tu, harganya cuma RM 36 sekilogram ( free postage ) Nak lagi murah tunggu sale payday. Kurma saiz S & M. Maq beli kat tiktok shop. Rasanya segar ,lembut dan sedap. Nasihat maq korang dah boleh dah beli buat stock untuk bulan Syaaban dan Ramadhan yang bakal muncul sikit masa lagi.Awai tak kalut!  Kalau korang ada join group "prep" ditelegram,kurma adalah antara makanan kering yang dicadangkan untuk di "prep". Berguna untuk support tenaga manusia. Kurma boleh disimpan 2 hingga ke 3 tahun bila dalam keadaan darurat & peperangan. Cuma pastikan ianya dalam keadaan kering. waallahua'lam. Jom selawat**