Skip to main content

2022 Tahun Ujian Kami



Bismillah,


Hampir 3 bulan blog sepi.Idea betul betul kering  beberapa bulan kebelakangan ni.Padahal banyak aktiviti yang maq buat tapi langsung tak boleh nak menaip untuk maq kongsikan dalam blog.


Tajuk entri pun nampak macam something?Jum teruskan bacaan anda.


" 2022 tahun ujian buat kami bertiga"

Pada awal tahun 2022 ,semua aktiviti kami berjalan lancar.Encik suami,maqnie & anak  bongsu hanya urus bisnes Amway dan perfume Dcalysta kami seperti biasa.


Bisnes berjalan lancar ,tiap bulan ada je sale masuk,biar pun tak sekencang otai otai berbisnes tapi maq tetap rasa syukur.Biarpun nampak macam tak buat apa apa tapi sebenarnya kami bekerja.


Bermula pada pertengahan bulan May 2022

Kami bertiga telah diberi amanah menjaga ibu mertua yang katanya langsung tak boleh nak bangun dan berjalan.Kalau sebelum ini beliau boleh je bergerak kesana sini walaupun hanya dengan bertongkat , tetiba terus tak mampu nak buat apa apa.Nak bangunkan badan pun tak kuat,lesu.


Bilamana anak anak beliau yang lain sibuk dengan komitmen memasing dan tak dapat nak uruskan beliau, kami diminta uruskan beliau.


Kami setuju dan kami sanggup.Pertamanya kami sanggup jaga kerana Allah taala.


Kami juga sanggup jaga sebab syurga encik suami ada pada ibu mertua.


Kami sanggup sebab nanti kami dah tua,kami pun tak tau apa kisah perjalanan hidup kami.


Kami sanggup berjaga siang malam untuk urus ibu mertua sebab kami sayang beliau tanpa berbelah bagi.


Biarpun kehidupan kami bertiga dianggap seperti, 3 orang penggangur tersohor yang bukan ada buat kerja apa pun,cuma makan tidur  je dekat rumah ..

Oooops really??...

Its okey.Kami  buat kerja pun bukannya nak  mengharapkan perhatian orang. Biar Allah je yang tahu.


Maka kami abaikan semua tanggapan itu,kami ikhlas jaga dan ikhlas sanggup.Kami sanggup sebab inilah salah satu cabang pahala syurga kami.


Masyaallah,rupanya nak dapatkan pahala dan syurga itu bukan semudah A.B.C ye tuan tuan dan puan puan.Ujian untuk kami datang bertalu talu.


Kami dapat jaga ibu mertua hanya selama 10 hari, sahaja. Apabila beliau dah boleh berjalan bertongkat seperti biasa,makan minum pun dah berselera,mandi & buang air pun dah boleh urus sendiri,beliau nak balik kerumahnya dikampung.


Waktu ini ibu mertua perlukan bantuan hanya semasa nak pakai lampin pakai buang sahaja.


Kalau sebelum tu mandi pun maq yang mandikan, buang air besar pun maq yang bersihkan.Tapi bila beliau dah mula rasa sihat seadanya,plan kami berubah.Niat nak jaga sebulan dan lebih telah menjadi 10hari.


Mungkin beliau tak nak susahkan kami bertiga kot.Maq sentiasa bersangka baik dalam semua hal.


Biarpun puas dipujuk tapi keputusan ibu mertua tetap sama,nak balik rumah dikampung.Dah lama tinggalkan rumah.Dah rindukan rumah. Dan banyak lagi alasan yang diberi.


Dan akhirnya kami terpaksa akur pada keputusan beliau. 


Kami hantar beliau balik pada petang hari yang ke 10 itu juga. Selesailah sudah amanah jaga syurga encik suami dan kami bertiga pun meneruskan kehidupan normal kami seperti sebelum.


Pada 22Jun 2022.

Angah selamat bersalin.Peristiwa yang berlaku 2 minggu selepas kami hantar ibu mertua balik kampung.

24Jun 2022 - 

angah keluar wad,kami bertiga diamanahkan oleh anak menantu untuk jaga Angah & babynya yang baru lahir tu. Angah berpantang hampir 2 bulan dirumah kami di Batu Pahat.


Bersalin anak sulong,banyak benda Angah tak faham,so kami bertigalah yang berikan kerjasama untuk Angah & baby. 24jam kami bersama Angah & baby.Jaga makan minum mereka berdua supaya mereka cepat sembuh dan sihat.Angah bersalin secara pembedahan maka pergerakannya agak terbatas. 


Ye, Angah & baby kami uruskan siang dan malam dan setiap saat.


Apakah pulak ujian kami waktu ini?


Baby ada masalah usus,so setiap malam,bila masuk je pukul 11malam, dia akan sakit perut & kembung. Tengah malam itu juga lah dia akan terjerit jerit menangis sampai ke 3-4 pagi.


Masa awal kena tu kami tak tahu pun punca dan kami pun masih tak jumpa susu yang sesuai untuk baby hinggalah hampir sebulan baru ada susu yang serasi dengan masalah itu,akhirnya barulah baby dapat tidur lena.Alhamdulillah.


Actually banyak kejadian aneh belaku masa ni tapi nanti entri panjang sangat,letih baca. Free lagi nanti maq taip ye.


September 2022.


Selepas 3 bulan Angah cuti bersalin,dia kena kembali bertugas ,sedangkan pengasuh untuk baby dekat JB tak dicari lagi.Bincang punya bincang,akhirnya kami bertiga buat satu lagi keputusan yang tidak terfikir selama ini.


Ok! kami sanggup jaga baby Angah di Batu Pahat dan Angah kembali bertugas di Johor Bahru.


Dalam keadaan kudrat maq yang semakin terbatas dengan masalah tekanan darah tinggi,kena berjaga siang malam semasa angah pantang,kini kami bertiga bertanggungjawab pula jaga baby angah siang dan malam tanpa angah. **Kecuali bila angah cuti,dia akan balik Batu Pahat,dia pula yang akan uruskan babynya.


Sebetulnya masa dalam pantang Angah ,iaitu dalam bulan Ogos 2022 ,Maqnie dan encik suami dapat jemputan umrah bersama dengan Hijrah AF travel ustazah Asma' Harun.


Jemputan ini datang dari adik perempuan maq. Beliau berbesar hati ajak kami berdua ( maq & encik suami) bersama beliau suami isteri buat ibadah umrah.


Ikut jangkaan awal,kami akan bertolak pada 1 September 2022,ujian sekali lagi,masalah flight delay untuk semua jemaah umrah waktu tu. Katanya berpunca dari musim bola sepak piala dunia di Arab Saudi, akhirnya penerbangan tertunda.


Dan penerbangan umrah dijadualkan semula pada 16 Oktober 2022.Habistu nanti baby Angah siapa nak jaga ????



Disebabkan bulan Oktober tu Angah dah mula  berkerja,kami takda pilihan lain, Anak bongsu maq lah yang akan jaga baby.Mereka berdua akan kami tumpangkan dirumah anak sulong maq.Ya dirumah Along di Peserai,Batu Pahat.


Baby 3 bulan diasuh oleh makciknya yang berusia 20 tahun?Jaga Siang dan malam?Selama 12hari?? 


Memang sukar sis tapi Allah kan ada.DIA pasti bantu.Along pun turut sama banyak membantu biarpun masa tu dia busy menguruskan anak anaknya yang 2 orang dan mereka sekeluarga waktu tu baru je sehari balik dari bercuti di Sabah.


"terima kasih akak bantu mak ayah dan adik adik ..Allah je yang mampu balas semuanya tu.."

(memang rasa sebak giler bila ingat semua ni )

Tapi satu lagi ujian belaku yang mana lagi 10 hari kami berempat nak berangkat ke Mekah.

 Abah kami meninggal dunia sis...😭


7 Oktober 2022

Makin berat ujian kami yaa Allah....

Maq semakin jadi tak kuat.Hampir saja  nak batalkan plan pergi umrah !


Apa tidaknya memandangkan ibu kami yang dalam eddah terpaksa ditinggalkan.Ibu yang dalam mood kesedihan,kesunyian.Arwah abah pergi secara mengejut.Hanya demam biasa sebagai asbab.Allah lebih sayang Abah.**


Cucu maq pulak baru umur 3 bulan terpaksa ditinggalkan dengan anak gadis berumur 20 yang tak pernah ada pengalaman langsung  jaga adik kecil dalam hidupnya selama ini.


Allah berat sangat ujian ni.Setiap saat maq menangis,semakin hari semakin lemah semangat maq.


Nak tinggalkan mereka bertiga dirumah kami tak boleh sebab dalam waktu yang sama ibu dan adik lelaki maq terpaksa kosongkan kedai makan mereka di Kempas,Johor Bahru.


Dalam masa yang sama perniagaan kedai makan keluarga terpaksa ditutup selepas pemergiaan abah.Pemilik permis pun awal awal dah cakap nak sewakan permisnya kepada peniaga lain.


Semua sedang diuji waktu ni.Allahhu..


Dalam keadaan semakin tertekan itu,Allah beri juga kami peluang seminggu untuk jaga ibu bersama baby Angah sebelum kami bertolak pergi umrah.


Sementara adik lelaki pula lagi berusaha untuk cari lori untuk proses pindahkan barang barang dari kedai.Mana nak urus anak anaknya yang bersekolah lagi.Dan mereka juga terpaksa berpindah dari rumah sewanya yang terletak di Kempas.


Maq janji dengan ibu,bila kami dah balik dari umrah ,kami bawa ibu duduk dengan kami,kami akan jaga selama ibu dalam eddah 4 bulan 10 hari.Terserah tempohnya seperti mana yang ibu mahukan.


Akhirnya ...


Masanya pun tiba,kami terpaksa tinggalkan ibu,cucu umur 3 bulan dan anak bongsu umur 20 tahun. Kami pergi selama 12 hari untuk umrah.Maafkan kami.Kami telah dijemput Allah.

( Arghh rasa sebak lagi sekali )


Encik suamilah orang yang menjadi pembakar semangat waktu maq down masatu.


500% beliau dah beri kerjasama. 


Thanks sayang.Saya janji,saya takkan hampakan awak menjadi tetamu Allah.Saya akan pergi bersama awak dan adik²  biarpun hati ini terlalu berat untuk lakukan semua tu.Maq pasangkan niat semua yang maq buat ini kerana Allah taala. Dan Alhamdulillah.

17 Oktober 2022 

Kami berempat selamat terbang ke Mekah.

Umrah bersama Hijrah AF Travel,Oktober 2022.
.

Sekali lagi ,

19hb Oktober 2022,

Sewaktu kami berempat selesai habiskan saie ( waktu ni umrah sunat kedua ,waktu tu kami berempat guna skuter untuk lakukan umrah dah tak larat nak berjalan kaki) 

kami dapat pula berita bahawa sepupu lelaki kami ( Along Ijan ) telah dijemput Illahi.

Innalillahiwaiinnaailaihirojiiun.

Satu lagi khabar duka buat kami sekeluarga.
Hanya mampu mendoakan moga roh Muhamad Suhazlizan bin Mohamed Noor ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.Allahhumma Aamiin..

Gambar atas umrah 2018 bersama ibu dan abah serta adik adik.


Jujur cakap,umrah 2022 tu,maq tak mampu nak join semua aktiviti yang dirancangkan.


Dan ujian sekali lagi,maq diuji sakit kaki yang teruk sehingga lutut membengkak,yang puncanya hanya kaki maq cramp pada malam ke dua kami diMekah.


Dan hampir 90% aktiviti solat terpaksa guna kerusi.Berat ujian Mu yaa Allah tapi aku redha. 😭



Banyak aturcara travel maq batalkan.Maq just focus pada aktiviti buat umrah 3 kali ,Ziarah luar 2kali, solat fardhu di Masjidil haram dan beri'tiqof dimasjid sahaja.


Lain lain aktiviti maq tak buat pun.Sebab ujian sakit kaki & bengkak lutut kalini sangat berat buat maq masa tu.Hotel jarak 10minit dari masjid,terasa jauh sebab kaki sakit sangat. Padahal tak jauh mana pun.


( Bila dah sampai Malaysia baru tahu yang sakit kaki tu berpunca dari masalah saraf kaki tersepit -slip disc )


Allahhuu..patutlah sakit macam nak meninggal rasanya.Serba serbi tak kena.


Yang lawak tu ,bila tengok gambar kenangan umrah kami,muka maq takda pun senyum manis,semua nya wajah maq nampak hambar. Agaknya manisnya dah tertinggal dekat Batu Pahat kot.


Actually,realitynya i ni seorang yang ceria tauuu **heeee~


Di Madinah pun sama, kami dan kumpulan diuji dengan demam,selsema dan batuk berdarah. Sakit yang bagi kami inilah ujian Allah untuk menghapus dosa dosa kami.Berharap moga dapat umrah Mabrur,Inshaallah ,Aamiin..


Tuan tuan ,puan puan ,bila sakit waktu buat umrah jangan kalut,jangan mengeluh ,itulah cara Allah nak hapuskan dosa dosa.


ingat kata kata ini  : 

Allah uji sebab sayang.Sakit itu penghapus dosa.


Alhamdulillah, biarpun kami semua tak sihat termasuklah ustazah Asma' sendiri pun diuji demam,semua aktiviti dimasjid Nabawi kami tak tinggalkan pun.Semua berjalan lancar.Shopping pun sakan ( kehkehkeh) Biarpun ada sahabat jemaah yang demam dan batuk batuk waktu tu shopping tetap shopping .


Dan ujian paling rare ,kami yang pemakan ni boleh hilang selera makan waktu tu.Ini betul betuuuuul,bukan lagi cobaaannn...


Maq yakin ,ada sebab Allah bagi kesakitan itu.Hanya DIA yang lebih tahu.


Saat entri ini ditaip,kaki maq masih belum pulih 100% biarpun dah hampir setahun semua kenangan dah berlalu.Maq bersangka baik,dosa maq banyak sangat.Adalah lebih baik maq redha je dengan semua.


Ujian 2022 itu berat ? 

Ye ,waktu semua tu belaku depan mata memang maq kata macamtu tapi bila dah lalui satu persatu dan Allah bantu permudahkan urusan kami dalam semua hal.Akhirnya maq sedar, kalau selama ini hari hari maq minta kat Allah syurga firdausNya.


Sedangkan syurga itu terlalu mahal,kita sebagai hamba ni tak semudah itu nak dapatkannya. Dosa yang bertimbun timbun mustahil boleh lenyap macamtu je.Hari hari istighfar ,hari hari solat taubat,mandi sunat taubat.Hari hari kena buat kebaikan.


Usaha ,usaha dan usahalah berlebih lebih lagi untuk dapatkannya.Dan setiap usaha kearah kebaikan itu pasti ada ujiannya.


Kenapa kita diuji?


Kerana kita ada Allah.Allah suruh kita sabar untuk setiap ujian. Dan ganjaran sabar itu nanti kat akhirat boleh cerita. Kat dunia ni selagi boleh sabar ,bersabarlah.


Nak sabar sampai bila?


Sampai kita berpeluang berjumpa Rasulullah SAW diperigi baginda kat akhirat nanti.


So maknanya kat padang masyar nanti pun kita masih kena tahan sabar juga ya??


ya tuan tuan & puan puan teruskan bersabar...

waallahua'lam.


Maq selalu pesan kat anak anak.

"Adik beradik kena tolong menolong, bantu membantu mana yang termampu, buatlah macamana adik adik emak selalu tolong mak dan keluarga kita..."


**yaa Allah ,jadikan kami sebagai hamba hambaMu yang sentiasa tenang dan bersabar sampai akhirat..Aamiin 

Comments

  1. Alhamdulillah, maq berjaya mengharungi semua cabaran yg mendatang pd thn 2022.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayat Sentap Dari Seorang Anak

  Aida disamping Ayah Kisah keluarga ❤ Bismillah, Pernah satu masa dulu,masa tu si kakak sorang form 6 ,sorang dah berkerja dan Aida dalam darjah 6. Maq pernah buat soalan yang ditujukan untuk mereka dan encik suami.Maq tanya apakah sifat yang ada pada maq,yang anak anak dan suami paling tak suka? Sebenarnya soalan ini berisiko kerana boleh buat hati sendiri merana hahaha tapi Maq nekad je semata untuk cari kesalahan diri sendiri yang maq tak perasan pun. Apa yang menarik tentang jawapan dari gadis baju hitam yang dalam gambar kat atas tu.Kata beliau, šŸ—£️: Mak janganlah nak sama kan anak sendiri dengan anak orang lain.Setiap manusia takdirnya kan tak sama.  Masyaallah,sampai kehari ini pun maq akan ingat kata kata tu.Jawapan itulah yang dah jentik hati naluri ini. Masatu maq tak tersentap pun sebab maq yang nak tahu sangat kan.Tapi sejujurnya kata kata dari budak darjah 6 tu dah buat minda mak mak ini jadi celik. Biasalah mindset mak mak kan,mereka memang tokleh tengok anak or...

Kisah 24 Julai 2026

  Bismillah,  kalau korang biasa masuk blog peribadi Maqnie,korang pasti kenal gadis dalam gambar tu. Semalam genap umur dia 24 tahun. 24hb Julai  -24 tahun - haa cantik! Kalau dulu zaman kakak kakak dia, umur 24 tahun tu, Along dah busy buat persiapan nak nikah. Angah pulak busy dengan menuntut ilmu di kolej dan sedang dilamun cinta. Bagi Aida pulak,pada umur 24 tahun,dia masih bergerak solo. Nak kemana mana mesti dengan emak ayah. Pergi kerja ayah yang hantarkan. Makan minum emak sediakan. Nak makan makanan viral yang pelik pelik foodgrab belikan. Love? Belum masanya lagi. Kata dia, "Aida nak kerja dulu.Enjoy puas puas dulu dengan mak dan ayah.Hidup di hujung hujung zaman ni semua hanyalah dunia tipu tipu"  Ah sudah...Dari darjah 6 sampai dah umur 24 tahun, dia masih banyak akal nak backup diri sendiri hahahaha. Maq kadang saja gurau dengan dia, Aida ni memilih sangat,sebab tu takda love sampai sekarang.Apa jawab dia? Aida tak memilih pun, pada Aida asalkan lelaki ...

Daftar Lesen Untuk Kucing

  Bismillah, ​Singapura: Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) serta HDB Singapura telah mewajibkan pendaftaran lesen dan pemasangan mikrocip untuk kucing peliharaan. Tempoh peralihan secara percuma diberikan sehingga 31 Ogos 2026. Maklumat tersebut TIDAK benar untuk Malaysia.Peraturan ini hanya terpakai di Singapura. Waallahualam. Berita ni maq jumpa difacebook semalam. Siang nanti maq akan selongkar semua laman sosial untuk penjelasan lebih detail. ​Malaysia -Tiada sebarang undang-undang atau peraturan baharu daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mahupun Majlis Bandaraya/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mewajibkan lesen bagi memelihara kucing. Apapun di Malaysia,ini pada pandangan peribadi Maqnie lah kan.Biarpun peraturan pelihara kucing masih longgar dan bebas,pemilik kucing janganlah lepas tangan dengan aktiviti kucing kucingnya. Masih ramai lagi pecinta kucing yang biarkan kucing kucing mereka berkeliaran di kawasan rumah rumah jiran.Berkeliaran sesaja tu okey lagi...

Susuk Pada Tahun 2026

  Bismillah, Tadi sementara tunggu azan zohor, Maq berkesempatan nonton podcast di youtube chanel sembang seram bersama perawat bernama Ustaz Faridzuan yang berasal dari Pulau Pinang. Panjang betul video tu ,durasinya 3 jam lebih! Mujur harini Maq ada banyak masa terluang, so dapatlah habiskan masa dengan tonton podcast. Perawat tersebut merupakan seorang pengamal perubatan yang nak bantu orang buang susuk dan gangguan sihir,saka serta beberapa lagi masalah penyakit batin. Apa yang buat maq terkejut dengan penjelasan ustaz tu,hampir 10,000 pesakit yang sudah 'booking' perkhidmatan rawatan beliau dan team.Sekarang semua sedang menunggu giliran untuk dapatkan rawatan masing masing. Pesakit yang sedang dirawat sekarang pun dah Q setahun lebih.Ada juga yang meninggal dunia sementara menunggu giliran mereka. Pesakit pesakit tu kebanyakkannya datang dari Malaysia,Singapura,Indonnesia,Thailand. Lebih mengejutkan lagi bila beliau katakan pesakit yang paling ramai yang datang nak buat r...

Jadi Mangsa Spill The Tea

  Bismillah, Betul lah apa yang maq baca pasal hadis yang mana Rasulullah pernah bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,hendaklah dia berkata yang baik atau diam." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, yang mengajar umat Islam menjaga lisan daripada perkara sia-sia atau membawa kepada dosa seperti fitnah dan mengumpat. Maq pernah dulu,cuba meluahkan pendapat peribadi yang maq rasa ramai orang kena tahu apa yang maq dah tahu.Maksudnya maq try berkata jujur untuk lebih ramai orang faham,tapi hujung hujung maq yang kena "palau". Tak jelas? Okey camni,pernah satu waktu tu, maq bersembang dengan sesaorang.Dia bukalah satu topik perbualan.Dan maq pun sembang lah dengan dia pasal topik tu. Gedebak gedebuk ,gedebak gedebuk tengah syok sembang ,dia beri kat maq satu idea sepertinya dia nak supaya Maq dan dia tak perlu join program yang pada awalnya kami sama sama nak sertai. Kata beliau bagi je peluang dekat otai otai tersohor yang jo...

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...

Pray For Pasir Gudang

Assalamualaikum. Semalam dan hari ini tular di aplikasi whatsapp dan semua media social mengenai tragedi pencemaran udara di kawasan Pasir Gudang ,Johor. Ramai yang maq kenali merupakan penduduk tetap di Pasir Gudang ,termasuklah kawan kawan sekolah dan adik perempuan maq sendiri. Bila sahabat sekolah menceritakan serba sedikit situasi disana, hati tua ni jadi bimbang. Anak anak buah maq masih lagi bersekolah disana. Semoga Allah beri sebaik baik pelindungan buat mereka semua. Sedih bila tengok kekejaman yang mereka lakukan. Macam bukan buat benda salah je! Macam tu je mereka buangkannya? Allah huakhbar Ada pulak yang ambil kesempatan buat berita palsu ? Hmmm..Keuntungan pada satu pihak tapi kerugian bagi banyak pihak. Persoalannya selama beroperasi dimanakah sisa toksid tu dibuang??? Apakah agenda mereka kalini dengan sewenang sewenangnya membuang  sisa sisa tu disitu? #MakcikkaunirasaMusykil 😩 Bawah ini jumlah mangsa setakat hari ini ( Rabu 1...

Ety try Silicone Glaze

 Assalamualaikum. Musim hujan ni kereta lepas basuh tentu kotor semula. Yang dah polish kilat mesti kecewa warna yang bersinar memancar kian pudar. Minggu lepas Ety  ( anak kedua maq )beli silicone glaze keluaran Amway dari emaknya sendiri. Harga anak beranak berapa? maq pun bagilah diskaun 10% seperti yang dijanjikan . Nak murah ,guna harga ahli tapi jadilah ABO macam maq dulu. Hehehe jenis emak yang berkira kira ni kan?  Takdalah,sebetulnya maq taknak biasakan anak anak punya perangai bila beli jualan family atau kawan rapat,asyiklah nak harga murah .Padahal orang niaga bukannya semua dapat untung banyak pun. Lagi lagi yang baru nak bertatih dalam perniagaan. Maq tak berkenan bila orang beli dengan kawan nak harga "kawan kawan",  dah dapat murah nak diskaun lebih lagi. Silap gaya nak free terus.  Allahhu..kesian lah kat penjual tu.  Bila ety guna silicone glaze apa hasilnya? jom tengok. Bila maq tanya,macamana hasil? Ety puasati?  dia cakap,tip top,h...

Produk Saji

Assalamualaikum. Selamat pagi.  Salam dingin dari Johor Darul Takzim. Musim tengkujuh pada tahun ini melibatkan banyak daerah di negeri Johor mengalami banjir. Dia punya tinggi air banjir tu naik hinggakan Kota yang tinggi  pun boleh tenggelam. ( beberapa orang warganet buat lawak dipage facebok) - nak bergurau pulak kau ya.. Sebenarnya memanglah nama Kota Tinggi tapi kawasannya masih rendah. Apatah lagi dengan pembangunan pesat di Kota Tinggi,  banjir kilat mudah berlaku. Gambar atas kawasan terbaru yang ditengelami air didaerah Kota Tinggi. Selain Kota Tinggi, Segamat,  Muar, Batu Pahat, Mersing, Kluang juga turut mengalami  banjir kali ini. Tanah runtuh dan pokok tumbang sering berlaku bila musim hujan macamni. Kepada mangsa banjir, pesan maq, jaga diri.  Jaga keselamatan.  Jaga apa sahaja yang berharga milik anda kerana air datang tidak akan beri salam,  persediaan awal itu perlu. Dan pagi ni langit Batu Pahat ma...

Ular Sawa Di Rumah Kampung Kami

  Assalamualaikum  Selamat pagi, semoga pengikut blog peribadi maq masih setia membaca coretan maq disini.  Kalau nak tahu, ibubapa maq dah lebih 10 tahun tinggalkan rumah mereka dikampung sebab berniaga di Johor Bahru bersama adik lelaki.  Mereka berjualan kedai makan (asam pedas) di kawasan Jalan kempas lama,berhampiran kilang Kicap Jalen.  Biasalah kan, orang berniaga ni, bila ada keserasian disatu satu tempat tu,  mereka seronok berniaga walaupun macam macam dugaan datang sejak kebelakangan ni. Dan akhirnya rumah mereka dikampung semakin terbiar.  Sejak Covid 19 melanda, pada hari Ahad semalam (15hb November 2020 ) ,barulah maq berpeluang balik untuk lepaskan rindu kat rumah kampung kami tu. Rindu sangat sangat. Biarpun kosong, sunyi dan suram, terubatlah sikit rindu. Tempat jatuh lagi dikenang, apatah lagi tempat bermanja manja dengan ahli keluarga, kan. Kadang sampai terbawa bawa dalam mimpi.  Apa pun keadaan  sekeliling memang nampak s...