1Jun 2021-Niat yang baik baik
Assalamualaikum,
1Jun - total lockdown 3.0. Biarpun terpaksa , kita kena redha. Arahan duduk dirumah bukan saja saja diberi oleh pihak kerajaan. Mereka yang tak reti duduk rumah pun turut sama kena akur.
Malam tadi pun banyak maq jumpa ayat ni kat group whatsapp.Ayat yang di luahkan oleh netizen berkaitan Lockdown.Biasalah rakyat Malaysia kan kreatif..
sebenarnya niat kita kena betul supaya nanti , bila duduk rumah bukan je kita boleh rasa tenang tapi pahala pun dapat. Macamana niatnya?
ye, niatkan semuanya kerana Allah ta'ala ..Inshaallah semua akan Allah permudahkan.
So..lepasni jangan resah gelisah bila terpaksa duduk dirumah selama 14 hari .
Walaupun MKN benarkan 2 orang boleh keluar dalam sebuah kereta ,jangan pulak kita ambil peluang tu konon nak hilangkan stress dengan jalan jalan makan angin dalam jarak 10km. Keluar untuk beli makanan dan perubatan jek ye..
Virus tu tak bergerak,yang bergerak tu kita.Kerajaan tak gagal,yang gagal tu cara kita kawal nafsu kita.
Makanya fikir dulu sebelum buat sesuatu yang memudaratkan diri sendiri dan ahli keluarga lain.
Apapun , tuan empunya status ni memang nak kena ni..Siapa buat? baik ngaku !! 😠
Netizen Malaysia memang menghiburkan. 😆
Alhamdulillah , Bermula 1jun 2021 (pukul 6.30pagi ) Program ini dijalankan diseluruh negara Malaysia. Jom kita join,alang alang dah duduk rumah tu kan.
Semoga Allah terima semua amalan kita 🤲
Jadilah Cermin Mukmin Lain💕
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُؤْمِنُ مِرْآةُ الْمُؤْمِنِ وَالْمُؤْمِنُ أَخُو الْمُؤْمِنِ يَكُفُّ عَلَيْهِ ضَيْعَتَهُ وَيَحُوطُهُ مِنْ وَرَائِهِ
Daripada Abu Hurairah dari Rasulullah SAW bersabda: "Seorang mukmin itu cermin bagi mukmin yang lain, dan seorang mukmin itu saudara bagi mukmin yang lain; ia membantu saudaranya ketika kehilangan (ikut menanggung kesusahannya) serta menjaganya (membelanya) dari belakang." (HR Abu Daud No: 4272) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Seorang Mukmin apabila melihat akhlak mulia pada diri saudara mukminnya, maka dia akan mencontohinya. Jika dia melihat berbagai sifat tercela dalam diri saudaranya, dia mengetahui bahawa dirinya memiliki keburukan yang sama, maka dia segera berusaha membersihkan dan menyingkirkan sifat-sifat tercela itu dari dirinya.
2. Seorang Mukmin apabila melihat sifat tercela pada diri saudara mukminnya, dia akan segera menasihatkan saudaranya itu untuk menghilangkannya. Dia menjadi cermin bagi saudara Mukminnya. Dengan nasihat yang diberi diharap dia sendiri dapat melihat aibnya, seperti cermin yang menampakkan keburukan wajah seseorang.
3. Seorang Mukmin akan memandang Mukmin yang lain sesuai dengan keadaan hatinya. Jika hatinya baik, suci, jujur dan bersih dari sifat tercela, maka dalam pandangannya semua Mukmin yang lain juga baik. Dia berprasangka baik kepada seluruh Mukmin dan sama sekali tidak akan berfikiran buruk terhadap orang lain.
4. Seorang mukmin akan saling bertolong bantu sesama mukmin jika berada di dalam kesusahan dan membela mukmin yang lain jika mereka dianiaya atau dizalimi.
Marilah kita jadi cermin kepada saudara Mukmin kita yang lain.
20hb Syawal 1442H