Assalamualaikum.
Harini kawalan pergerakan dah masuk hari ke 9. Insyaallah, semua ini akan berterusan hingga 14 April 2020. Demi kebaikan semua rakyat.
Petang tadi, ibu maq call. Lama dah tak jumpa beliau. Last kami sekeluarga berkumpul pada cuti tahun baharu Cina lalu. Lepas habis cuti, masing masing mula sibuk dengan komitmen masing masing.
Banyak yang ibu ceritakan tadi. Sampaikan maq cuma mampu dengar dan sesekali mencelah perbualan. Hehe memang sengaja bagi beliau peluang bercakap.
Ibu : " rasanya tak boleh keluar ni lama lagi. Nak tunggu negara pulih ambil masa. Mahu 3-4 bulan ataupun lebih. Bila agaknya kita boleh kumpul macam selalu "
Ayat ibu dengan nada sayu ..
Maq diam..
Akhirnya ibu pun turut diam...
Maq tahu ibu dah menangis kat sana tu. Tapi inilah realitinya. Kawalan pergerakan telah 100% merubah kehidupan sebenar kita !
Perubahan bukan pada keluarga maq sorang, tapi semua orang. Bukan je di Malaysia tapi disemua negara negara yang terkena wabak.
Bermula dari 18hb Mac, banyak majlis yang tertangguh. Banyak aktiviti terbatal. Ramai orang tak berkerja dan ramai orang sakit asbab masih ramai orang yang ' degil'.
Maq : Ani sekarangni tak fikirpun pasal akan datang. Ani cuma fokus apa yang sedang berlaku sekarangni dan bagaimana nak adjust kehidupan untuk tabah dengan semua ini. Sama sama kita sabar ye. Insyaallah, semuanya akan ok nanti. Tak kiralah berapa bulan sekali pun, kita kena redha. Ini bukan kehendak kita, ini ujian..
Ibu maq terus diam..
Maq tak nak ibu terus bersedih kat sana. Maq minta izin kat ibu untuk tutup perbualan kami . Salam dititip buat abah dan seperti biasa,pesanan untuk ibu dan abah,
" jaga kesihatan tau.. "
Maq dengar suara ibu maq yang bergetar..
Allahhu.. " Tuhan, jagakan mereka.. "
sungguh maq nak kata , penantian ini satu penyiksaan bagi kami. 😭
Jaga kesihatan tau. |
Rindunya kat mereka berdua. |
Wak pun dah rindu dengan cucu2 wak yang tak dapat balik kampung ni
ReplyDeleteWP, semoga apa yg terjadi ini ada hikmahnya.
ReplyDelete