Skip to main content

Kek kukus coklat mudah & sedap


Assalamualaikum.

Nama kek pun tak mau kalah hehehe. Jom tengok stock bahan bahan apa yang ada.

Serbuk koko 1 cawan✔ - ayak

Gula pasir 1 cawan✔

Tepung kek 1 cawan✔
(kalau takda gantikan dengan tepung gandum 1 cawan + 1 sudu teh baking soda + 1 sudu teh soda bikarbonat )  - ayak

Telur gred B 2 biji ✔

Minyak masak 1 cawan ✔

Susu cair 1 cawan ✔
( kalau takda, ambil satu cawan air masak + 3 sudu makan susu tepung apa apa brand pun boleh,susu anak also can lah hehe )

Okey, jom buat!

Panaskan kukusan dulu*

Blend telur + minyak + susu cair +gula sampai kembang.  Kembang tu macamana?  Sampai adunan jadi ringan dan gebu.

Tepung + serbuk koko masukan dalam Mangkok dan tuangkan adunan yang dah blend tadi. Whisk sampai sekata. Dah!

Masukan dalam loyang. Maq buat dua bekas  6x6 inci sebab kukusan maq kecik je saiznya. Kalau kecil,  kukus adunan tu ambil masa 25-30minit / loyang.

Bekas tu saiz 6x6 inci

Kalau guna loyang besar dapat 1 biji kek,  kena ambil masa 45-50minit.Api kukusan jangan besar sangat , nanti air kukusan tu membuak, merecik pulak atas kuih nanti. Hasil? Bawah ni..

Sarapan pagi kami sempena hari ke 5 perintah kawalan pergerakan. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah ❤

By the way adunan lempeng dah siap sedia dah tu dalam petiais, untuk minum petang pulak ( gambar bawah)  hahaha

Tepung gandum  500gram + telur 2biji + air garam + 2 sudu margerin.
Tinggal tebar atas kuali stainless je ni. Tak payah letak minyak lagi masa masak. Boleh layan dengan kuah kari/asam pedas/ susu pekat manis / madu. Amacam?  Jom buat stock lempeng pulak! 😂







Comments

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa