Skip to main content

Bicara hati Asmaul Husna






Assalamualaikum.

Berikut adalah bicarahati ringkas setiap nama Allah selepas sebut Nama Allah. Elok disertakan dalam doa doa kita.

1.الرَّحْمَنِ
Allahumma Ya Rahman, sesungguhnya Engkau maha Pemurah lagi maha pengasih. Terima kasih atas segala kurniaanMu kepada ku di dunia ini. Engkau mendegup jantungku setiap saat tanpa henti walau daku tidak meminta dan lupa mengucapkan terima kasih kepadaMu.

2.الرَّحِيمُ
Allahumma ya Rahim, sesungguhnya Engkaulah yg maha penyayang, Engkau sentiasa membimbing daku ke jalan syurgaMu, dan ketika daku.Ketika daku tersasar dari jalan syurgaMu, Engkau tarik daku kembali ke jalan syurga dgn sedikit kesakitan, perpisahan dan pelbagai ujian. Daku redha atas segala ujianMu kerana ujianMu itu tanda sayangMu kepadaku.

3.الْمَلِكُ
Allahumma Ya Malik, sesungguhnya Engkaulah pemilik seluruh isi langit dan bumi dan apa yg ada pada manusia. Daku ini milikMu ya Malik, Engkau pinjamkan anggota tubuh utk beribadah kepadaMu dan berbakti kepada ummah. Terima kasih atas segala pinjamanMu ini.

4. الْقُدُّوسُ
Allahumma ya Quddus yg Maha suci, sempurna dan tidak ada cacat cela. Dakulah hamba yg hina yg banyak buat salah silap, daku redha ketika Engkau ya Quddus membasuh roh daku dgn sedikit kesakitan dan kesempitan.

5. السَّلاَمُ
Allahumma Ya Salam, Engkau maha sejahtera, kurniakanlah daku kesejahteraan jiwa, fikiran dan jasad utk daku mengabdi diri kepadaMu dan berbakti kepada ummah

 6. الْمُؤْمِنُ
Allahumma ya mukmin, Engkaulah yg memberi rasa aman dlm jiwa hambaMu, dan dgn keamanan itu, hilanglah rasa cemas dan takut, kerana pergantungan kepadaMu itulah pergantungan yg kukuh.

7. الْمُهَيْمِنُ
Allahumma Ya Muhaimin, Engkaulah yg maha melindungi, lindungi kami dari azab nerakaMu, dari azab kuburMu, dari segala bencana kejahatan makhluq di dunia ini.

8. الْعَزِيزُ
Allahumma ya Aziz, yg Maha Perkasa, perkasakan jiwa ku utk terus beribadat kepadaMu, menjauhi laranganMu dan jiwa yg tabah mengharungi ujianMu

9. الْجَبَّارُ
Allahumma ya Jabbar, Engkaulah maha pemaksa, namun pemaksaanMu terhdp kami adalah tanda kasihMu ya Rahim agar kami sentiasa mendekat diri kepadaMu

10. الْمُتَكَبِّرُ
Allahumma Ya Mutakabbir, Engkaulah yg maha Memiliki Kebesaran, lain dariMu semuanya kerdil. Basahi lidahku ini utk membesar besarMu dan sucikan hatiku dari sifat membesar diri.

11. الْخَالِقُ
Allahumma Ya Kholiq, Engkau maha Pencipta, segala sesuatu di alam buana ini adalah ciptaanMu, daku ini ciptaanMu yg Engkau cipta utk mentaatiMu.

12. الْبَارِئُ
Allahumma ya Baari', yg Maha Mengatur, aturlah hidupku utk sentiasa taat kepada perintahMu, menjauhi segala laranganMu dan membuat kebajikan

13. الْمُصَوِّرُ
Allahumma Ya Musowwir, Engkau maha Kreatif, dgn kreativitiMu lah alam dan isinya dicipta, dgn pelbagai jenis bintang, planet, pelbgai jenis pokok, binatang, manusia. Ya Musowwir, kurniakan daku kreativiti utk mengurus hidup ini.

14. الْغَفَّارُ
Allahumma Ya Ghaffar, Engkaulah yg Maha Pengampun. Walau dosaku setinggi gunung, tinggi lagi keampunanMu. Daku mohon keampunanMu ya Ghaffar bg segala dosaku yg hanya Engkau mengetahuinya

15. الْقَهَّارُ
Allahumma ya Qohhar, Engkau maha Menundukkan, tundukkan nafsu kami agar kami dpt sentiasa beribadah dan mendekatkan kepadaMu

16. الْوَهَّابُ
Allahumma Ya Wahab, Engkaulah yg maha penolong. Tolonglah kami di akhirat utk memasuki syurgaMu, tolong kami di alam barzah, jadikan kubur kami dari taman2 syurga. Tolong kami di dunia ini utk taat kepadaMu, menjauhi laranganMu dan mengharungi ujian2Mu.

17.الرَّزَّاقُ
Allahumma Ya Razzaq, Engkaulah yg maha memberi rezeki, kurniakan kami rezeki ilmu makrifahMu, syurga abadiMu dan wangringgit di dunia ini secukupnya utk kami mengabdi diri kepadaMu dan berbakti kepada ummah.

18. الْفَتَّاحُ
Allahumma Ya Fattah, Engkau Maha Membuka, bukalah hijab hati kami dgnMu agar kami dapat merasai hadirMu dan dekatnyaMu dgn kami. Ya Fattah ya Razzaq, bukalah pintu syurga bagi kami, bukalah kubur yg sempit bagi kami.

19. اَلْعَلِيْمُ
Allahumma ya Alim, Engkaulah yg Maha Berilmu, kurniakan kami ilmu makrifah agar kami dpt mengenalMu, kurniakan kami ilmu Al Quran dan Hadis NabiMu agar ia boleh menjadi petunjuk bagi hidupku.

20. الْقَابِضُ
Allahumma Ya Qoobidh, Engkau maha menyempitkan, Engkau menyempitkan kami agar kami ketika kami lalai kepadaMu dan agar kami dtg merintih merayu kepadaMu. Kami redha atas sedikit kesempitan di dunia ini demi kelapangan di akhirat.

21. الْبَاسِطُ
Allahumma Ya Baasith, Engkau Maha Melapangkan, Engkau melapangkan hidup kami di dunia ini agar kami mensyukuri nikmat2Mu. Lapangkan kami di alam barzah dgn taman syurgaMu dan di akhirat dgn syurga abadiMu.

22. الْخَافِضُ
Allahumma Ya Khoofidh, Engkau Maha Menjatuhkan, Engkau menjatuhkan kami seketika dlm hidup ini agar kami datang dpt dekat kepadaMu kerana ketika berada diatas, seringkali kami tidak ada masa bersamaMu.

23. الرَّافِعُ
Allahumma Ya Roofi', Engkaulah yg Maha Menaikkan, naikkan martabat kami disisiMu di akhirat nanti dgn hadiah syurgaMu.

24. الْمُعِزُّ
Allahumma ya Muiz yg Maha Memuliakan, kami bersyukur kepadaMu atas kemuliaan yg telah Engkau kurniakan kepada kami sebagai khalifahMu di dunia ini. Peliharalah kemuliaan ini ya Muiz dgn kurniaan ibadat ibadat yg mulia disisiMu.

25. المُذِلُّ
Allahumma ya Muzill, Engkaulah yg Maha menghinakan, jangan lah Engkau hina kami di akhirat nanti dgn nerakaMu ya Muntaqim. Sedikit cemuhan manusia yg dtg kepada kami kerana kami menegakkan kebenaran adalah merupakan kemuliaanMu ya Karim, kami redha dgn penghinaan makhluq, asalkan jangan Engkau hina kami.

26. السَّمِيعُ
Allahumma Ya Sami' yg maha mendengar, dengarlah rintihan kami, kami ingin menjadi hambaMu sebenar2 hamba, pimpinlah kami ya Haadi dunia akhirat.

27. الْبَصِيرُ
Allahumma ya Bashir, Engkau Maha Melihat, pandanglah kami hambaMu yg hina ini, belailah kami dgn kasih sayangMu ya Rahman ya Rahim ya Rauf Ya Karim.

28. الْحَكَمُ
Allahumma Ya Hakam yg maha menetapkan hukum hakam dan peraturan hambaMu di dunia ini, jadikan kami hamba yg taat kp peraturanMu, dan masukkan rasa takut kp hukuman nerakaMu ke dlm jiwa kami.

29. الْعَدْلُ
Allahumma Ya Adl, Engkau maha Adil, selamatkan dan kasihan belaskan kami di hari keadilanMu nanti dimana buku amalan akan diserahkan.

30. اللَّطِيفُ
Allahumma Ya Latif, Engkaulah yg Maha Lembut, lembutkan hati kami agar sentiasa mentaatiMu

31. الْخَبِيرُ
Allahumma Ya Khoobir, Engkau maha Waspada, waspadakan kami dari nafsu kami dan tipudaya syaitan dan dunia.

32. الْحَلِيمُ
Allahumma Ya Halim, Engkaulah yg Maha Santun, kurniakan kami sifat santun terhdpMu agar kami sentiasa menjauhi laranganMu

33. الْعَظِيمُ
Allahumma ya Adzim, Engkaulah maha Agong, hanya Engkau yg layak diagong2kan kerana seluruh 7 lapisan langit dan 7 lapisan bumi adalah milikMu ya Malik ya Malikulmulk

34. الْغَفُورُ
Allahumma ya Ghaffur, Engkaulah maha pengampun, walau berulang ulang kali kami berbuat dosa dan memohon keampunanMu, dgn sifat keluasan dan kemurahan keampunanMu, Engkau tetap ampunkan dosa dosa kami.

35. الشَّكُورُ
Allahumma Ya Syakur, Engkaulah yg Maha menghargai, Engkau hargai kebaikan hamba2Mu walau sebesar zarah sekalipun

36. الْعَلِيُّ
Allahumma Ya Aliy, Engkaulah maha tinggi, kami hambaMu rendah dan hina.

37. الْكَبِيرُ
Allahumma Ya Kabir, Engkau maha Besar, kami hambaMu yg kerdil lagi hina.

38.الْحَفِيظُ
Allahumma Ya Hafiz, Engkau maha memelihara, pelihara kami dari dicampak ke dalam nerakaMu yg menyala nyala itu.

39. المُقيِت
Allahumma Ya Muqit, Engkau Maha mencukupkan, masukkan dlm jiwa kami rasa cukup dgn kurniaan dunia yg Engkau ya Razzaq kurniakan. Cukupkan keperluan kami dlm kubur dan alam akhirat.

40. الْحسِيبُ
Allahumma ya Hasib, Engkaulah yg Maha Menghisab, kami mohon kepadaMu, kurniakan kami syurga tanpa hisab.

.41. الْجَلِيلُ
Allahumma Ya Jalil, Engkau maha Sempurna kebesaran, keagongan dan ketinggian, sucikan dan jernihkan hati kami dari mengeluhkesah terhadap takdirMu kerana semua takdirMu baik bg kami di dunia dan akhirat.

42. الْكَرِيمُ
Allahumma Ya Karim, Engkau maha Mulia, muliakan kami di dunia ini dgn kurniaan daya utk kami beramal ibadah dan amal soleh, muliakan kami ketika mati, mati dgn ungkapan LAAILAHAILLALLAH, muliakan kami di alam barzah dlm taman syurgaMu dan muliakan kami di akhirat dgn kurniaan syurga abadiMu.

43. الرَّقِيبُ
Allahumma Ya Roqib, Engkaulah yg maha Mengawasi, awasi hati kami dari lalai mengingatMu.

44. الْمُجِيبُ
Allahumma ya Mujib, Engkau yg Maha Mengabulkan, kabulkan segala permintaan kami sekiranya ia baik bg kamu, sesungguhnya Engkau maha Baik. Masukkan rasa haqqul yaqin dlm jiwaku kepada kekuasaanMu, kasihsygMu dan kebaikanMu.

45. الْوَاسِعُ
Allahumma ya Wasi', Engkau Maha Meluaskan, luaskanlah kubur kami yg sempit lg menghimpit itu, luaskanlah titian sirat bg kami nanti, luaskan pintu syurga bg kami, ya Wasi', ya Fattah ya Razzaq ya Karim

46. الْحَكِيمُ
Allahumma ya Hakim, Engkau maha Bijaksana, kurniakan kami kebijaksanaan memahami ilmu makrifah agar kami dpt mengenalMu, ilmu Al Quran dan Hadis utk kami jadikan panduan hidup ini

47. الْوَدُودُ
Allahumma Ya Waduud, Engkau maha pencinta, hanya cintaMu suci, kekal abadi, masukkan secebis rasa cinta kpMu dlm jiwa kami agar kami dpt merasa rindu dan lazat ketika mendekatkan diri kpMu dlm ibadah kami dan memberi semangat kepada jiwa kami utk berbakti kepada ummah.

48. الْمَجِيدُ
Allahumma Ya Majid, Engkaulah yg Maha Mulia, kurniakan kami budipekerti yg mulia sepertimana budi pekerti Rasulullah saw agar kami dpt membuat ketaatan dan kebaktian.

49. الْبَاعِثُ
Allahumma Ya Baa'its, Engkaulah yg Maha membangkitkan, bangkitkan dan bakar semangat kami utk beribadah kpMu, untuk berbakti dan memperjuangkan agamaMu agar kami mendapat redhaMu dan mendapat perlindunganMu di hari kebangkitan nanti.

50. الشَّهِيدُ
Allahumma ya Syahid, Engkaulah yg maha menyaksikan, saksikanlah pengorbanan kami dan perjuangan kami dan kurniakan kami syahid ketika mati nanti.

Kitab rujukan Asmaul husna

Comments

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...