Skip to main content

Kota Mekah sunyi?



Assalamualaikum.


Bila kerajaan Arab Saudi menangguhkan kemasukan jemaah umrah  dari seluruh dunia atas alasan  wabak Covid 19 ,banyak cerita yang kita baca dan dengar. Ada yang kata, ini tanda tanda akhir zaman dan kehancuran dunia dah semakin hampirlah,  dajjal dah nak keluarlah. Dan macam macam lagi spekulasi yang warganet dah bayangkan.

Realitynya kita ni memang dah diakhir zaman dah pun dan apa yang maq tahu,  dajjal keluar pun ketika Kota Mekah masih dikunjungi umat manusia, tak perlu kena tunggu Mekah sunyi dan sepi. Seperti penjelasan mutawwif ini.


So, atas alasan nak puaskan hati sendiri, hampir setiap hari maq akan tonton video di you tube yang dikongsikan oleh para mutawwif yang bertugas disana.

Bagi maq, youtuber yang juga mutawwif mutawwif  disana, penjelasannya adalah jelas. Maq sendiri ada subscribed beberapa orang youtuber mutawwif dari Indonesia.

Maq cari  juga youtuber  mutawwif dari Malaysia  tapi masih tak jumpa lagi. Yang maq jumpa youtuber Malaysia hanya share pasal mukbang dan  gossip.. Hmmm.. Sikit hari nanti ada la kot.

Tapi betul ke Mekah sunyi? Lihat ni..




Ini gambaran keadaan  dihadapan Kaabah dan didataran Masjidil Haram menjelang pagi ( pagi tadi).

Mengikut kata Mutawwif YouTuber tersebut, pemandangan ini agak lengang hanya disebelah paginya sahaja kerana jemaah biasanya ambil peluang beristirehat selepas buat amalan disepanjang malam hingga waktu dhuha.

Cuma kebanyakkannya jemaah ini terdiri dari penduduk tempatan dan  petugas petugas disana. Keadaan akan padat semula apabila tiba waktu solat bermula solat fardhu Zuhor dan seterusnya.




Apa yang diharapkan agar penangguhan ini tidak ambil masa yang lama. Kesian kat jemaah yang tertangguh penerbangannya tu.

Sumber screen short dari youtuber : Kacong Putra. Beliau ni hampir setiap hari akan beri info terkini kepada semua subcribers nya. Terbaik!

Comments

  1. Semoga kita semua sentiasa dilindungiNya.

    ReplyDelete
  2. Ejulz : aamiin ya Robbal alamiin

    ReplyDelete
  3. WP : ye betul. Tapi Spekulasi warganet yang kata macamtu

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa