Skip to main content

Keturunan Rasulullah ada di Batu Pahat



Assalamualaikum.

Alhamdulillah wasyukurillah.

Dalam rehat yang penuh kerehatan dah masuk hari enam rupanya.

Maq baru tahu pasal kisah yang selama ini ada keturunan Rasulullah di Batu Pahat. Dan Wali Allah itu sudah pun meninggal 10 tahun yang lalu.



Habib Syed Ali bin Ja'far Alaydrus.

Dalam seminggu ni maq dah selongkar hampir kesemua  google dan youtube yang berkisah mengenai arwah habib ni. Allahhu sayang nya maq tak tahu semua tu sebelum ni.


Menurut penjaga makam arwah habib,  wali Allah memang takkan dikenali oleh orangramai ketika hayatnya, mereka hanya akan terkenal setelah mereka meninggal dunia.

SubhanAllah..

Keturunan Rasulullah ini mempunyai ilmu yang tinggi. Wali Allah ini mempunyai syafaat yang Allah izinkan untuknya.


Hidup serba sederhana dan sangat merendah diri dan beliau sangat memuliakan tetamunya.


Bila dah tonton banyak video  mengenai beliau, timbul rasa malu dalam diri maq.


Beliau hamba Allah yang punya banyak ilmu,  punya syafaat, yang dianggap mulia oleh orang ramai  didalam dan diluar negara tapi hidup dengan merendah diri.  Sedang maq yang terlalu cetek ilmu,  terlalu banyak dosa, asyiklah nak buat itu dan ini.Seperti tak bersyukur dengan rezeki yang Allah dah beri.


Allahhuakhbar...


Menurut youtuber,  ramai orang kaya di Batu Pahat  menawarkan tempat  tinggal yang lebih baik kepada arwah habib Ali tapi beliau menolak. Alasan beliau,


"hidup sebenar hanya diakhirat. Rumah sebenar adalah alam kubur. Dunia ini hanya sementara."

Masyaallah...

Dan beliau pilih untuk menyewa sebuah rumah  sewa yang kecil yang mana  bagi beliau itulah kehidupan dunia untuknya. Rumah sewa ini terletak dikawasan belakang Batu Pahat mall. Di Kampung Solok Wan Moh,  Jalan Kluang, Batu Pahat,Johor.

Rumah sewa Habib Ali


Allahhu..

Tetamu tetamu yang datang ziarah beliau bukan  calang calang orang. Antaranya.

Al Habib Umar bin Hafidh ,Hadramaut.

Al Habib Muhammad bin Alwi Al Maliki, Mekah.

Al Habib Zein bin Ibrahim bin Smeith ,Madinah.

Al Habib Hasan bin Abdullah As Syathiri ,Hadramaut.

Al Habib Salim bin Abdullah As Syathiri ,Hadramaut.

Abdul Qadir bin Ahmad Assegaf

Dan ada ramai lagi para habib besar dunia yang selalu mengunjungi beliau.

Makam Habib Ali yang berada dikawasan perkuburan Bukit Cermai, Batu Pahat.


Yang bersarung kain hijau tu makam beliau. Sebelah kanan dan kiri adalah makam ibu mertua dan isteri beliau,manakala hujung kanan dan kiri merupakan makam anak lelaki dan anak perempuan beliau.


Beberapa pengunjung yang datang ke makam ini beritahu, makam ini berbau wangi
( bau  minyak atar )


Perkarangan kawasan perkuburan ini sebenarnya tidak jauh pun dari tempat tinggal maq.Naik motor dalam 5 minit perjalanan. 


Insyaallah,bila dah tahu ni,maq teringin sangat  nak ziarah makam beliau satu masa nanti. Semoga Allah perkenankan hajat maq yang satu ini.


Dikawasan perkuburan ini juga ada beberapa lagi makam para ulama yang disemadikan. Juga ada pusara pahlawan panglima Saleh selimpang merah ( pahlawan melayu yang pernah berjuang menentang komunis satu masa dahulu).


Siapa panglima Saleh itu?Kalau anda tahu kisah parang terbang,anda akan kenal pahlawan ini. Panglima Saleh juga pengamal Al Quran dalam hidup beliau.


Alfatihah buat Semua Almarhum dan Almarhumah. 


Kisah Habib Ali yang maq dah copypaste dari facebook :


"Obor Ummah: Habib Ali Batu Pahat"

Antara seorang soleh dan diyakini kewaliannya oleh ramai adalah Habib Ali Al-Aidrus di Batu Pahat (Johor).


Beliau yang lebih dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat lebih 8 tahun tidak keluar ke mana-mana. Apabila ditanya, beliau berkata adalah kerana keadaannya yang kurang sihat.


Habib Ali berupa tempat mengadu dan tempat memohon keberkahan oleh mereka yang mengenalinya. Dari segala pelosok Nusantara dan negara-negara Arab, apabila para ulama yang mendengar namanya, akan meluangkan masa untuk menziarahi beliau.


Tujuan mereka tidak lain hanyalah untuk mendapatkan mutiara nasihat dan berkah daripada seorang yang tidak lepas jiwa dan diri,  sentiasa bergantung kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.Bahkan banyak kelebihan dan karamah yang dialami oleh para pengunjung yang pernah menziarahi beliau.


Habib Ali bin Ja'far bin Ahmad bin Abdul Qadir Al-Aidrus dilahirkan di Purwokerto (Indonesia) pada tahun 1919.


Beliau tiba di Singapura bersama keluarganya pada tahun 1926 ketika berumur 7 tahun. Setelah itu beliau kembali ke Purwokerto dan datang lagi ke Singapura pada tahun 1929 ketika berumur 10 tahun dan berada di sini sehingga tahun 1942.


Di Singapura, beliau bersama abangnya, Habib Abdul Qadir tinggal di sebuah rumah di Arab Street.


Pada tahun 1942, Habib Ali mengikut bapanya berpindah ke Batu Pahat sementara abangnya itu pulang ke Purwokerto.


Sejak bapanya kembali dan wafat di Tarim (Yaman), Habib Ali terus menetap di sebuah rumah sewa di Kampong Sulok Wan Moh (Batu Pahat).


Waktunya dihabiskan untuk menemui tetamunya siang dan malam, dengan rumah yang sangat sempit dan sederhana.


Beliau terkenal sebagai seorang yang sangat memuliakan tetamu.


Ruang tamunya pun tidak pernah kosong dari ratusan botol kemasan air mineral para tamu yang berharap keberkahan dari doa-doa beliau. Meski amat banyak untuk ukuran seorang yang sudah tua, beliau tetap mendoakan satu per satu air itu dengan penuh kekhusyukan.


Antara kelebihannya yang luarbiasa ialah meski hidup sederhana, beliau selalu memberikan wang kepada para tamunya. Jumlahnya terkadang tidak kecil.


Sifat rendah hatinya kepada setiap tamunya amat mengagumkan. Sebelum sang tamu pulang, orang semulia dirinya itu justeru selalu meminta doa dari mereka.


Habib Ali wafat pada petang hari Khamis, 13 Mei 2010 ketika berumur 91 tahun di rumahnya.


Dari saat beliau wafat sehinggalah waktu dimandikan keesokan harinya, jenazah beliau tidak putus-putus diziarahi oleh ribuan manusia dari segenap lapisan masyarakat hampir dari seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia.


Oleh kerana ribuan jamaah yang datang pada pagi Jumaat itu, maka solat jenazah telah dilakukan 2 kali.


Pertama di dalam rumahnya mengikut wasiatnya, di-Imamkan oleh Habib Abdullah bin Alwi Al-Aidrus dari Johor.


Kedua di luar rumahnya yang di-Imamkan oleh Habib Hassan bin Muhammad Al-Attas dari Masjid Ba'Alwie (Singapura).


Habib Ali dimakamkan sebelum solat Jumaat di Tanah Perkuburan Bukit Cermai dengan Talqin dibacakan oleh Habib Umar bin Hamid Al-Jilani dari Mekah.


Beliau meninggalkan 4 orang anak iaitu Sharifah Khadijah, Syed Muhammad, Syed Omar dan Syed Husain serta 25 orang cucu.


Antara kata nasihat beliau untuk semua umat islam yang masih ada saat ini. ( copy and paste)


-Bacalah Al Quran.Ikutilah Al Quran.Al Quran itu adalah karangan Pencipta kita.Hidup kita pasti selamat jika kita berpandukan Al Quran.


-Jangan bergaduh antara satu sama lain.Yakni antara adik beradik,ahli keluarga,sahabat sahabat dan sebagainya.Jika ada pergaduhan, cepat cepatlah berbaik baik antara satu sama lain.


-Bertaubatlah kamu sebelum pintu taubat tertutup untukmu.Disini boleh bermakna ajal ataupun munculnya tanda tanda besar kiamat.



-Allah SWT adalah Khalik iaitu sang Pencipta. Manusia hanyalah mahluk iaitu yang dicipta. Maka manusia itu patut mematuhi apa sahaja perintah Pencipta bukan Pencipta mematuhi perintah manusia.Takutlah pada Allah SWT dengan bertaqwa pada Allah SWT.Jika manusia tidak takut pada Allah,siapa yang dia takutkan?Akibat tidak takut kepada Allah SWT, banyak masalah telah ditimpa pada manusia itu sendiri. Turutilah semua perintah perintah Allah SWT dan juga Nabi Muhammad SAW yakni Rasul dan Nabi yang terakhir.Ingatlah tiada Nabi selepas Rasulullah SAW.


-Solat lima waktu mesti dilaksanakan dimana sahaja,tanpa mengenal masa.Allah SWT telah meringankan solat dari lima puluh waktu kepada hanya lima waktu sahaja.Maka itu jangan sekali kali tinggalkan solat solat fardhu.


-Anak anak kita mesti dilatih berpuasa apabila menjangkau usia 10 tahun paling lambat.


Wallaahua'lam.


Semoga Allah merahmati Roh Arwahyarham Habib Ali dan seluruh ahli keluarganya dan orang orang yang berkaitan dengannya.

Aamiin...

Comments

Popular posts from this blog

Idea Kosong Bila Jerebu

  Hai ,cari post baru ke tu?  hmm memang takda post apa apa pun sis. Maq penat nak menaip. Taip taip,delete.Taip lagi,delete lagi. Macamtu jelah sampai Abang Jamil balik haji. Hahaha tapi betul sis,kalini maq serius penat! Perah otak banyak kali pun,idea masih tak nampak bayang! walarhhh... Yeeeee betuuuuul.Idea betul betul kosong giler bulan ini.Semenjak Batu Pahat diserang jerebu,otak pun jadi tepu. Nak sembang pasal haji 1448H pun maq tak mampu sebab ada banyak hal yang dibangkitkan dan jadi isu hangat di Tabung Haji. Jemaah haji 1448H pun dah makin sibok nak buat persiapan.Biarkanlah mereka dengan hal mereka.Moga lancar semuanya.Aamiin. Mungkin nanti kalau jerebu dah clear ,barulah kita boleh melepak sambil sembang isu hangat tabung haji tu bersama sama. September 2026? Cuma mampu senyum sambil pandang jerebu.

Balik Kampung 26/9/2026

  Bismillah, Simpan sini memori hari Sabtu 27hb September 2026.Pada tarikh tersebut Maq balik ke kampung halaman di Parit Balak, Senggarang,Batu Pahat,Johor. Adik Maq & Ayahteh dengan hobi mereka.Mancinggg! Santai santai jer Apa je yang dibincangkan wanteh & ibu maq tu kan... Akak kawasan 😂 Bodyguard Tok Emak & Tok Ayah Wanteh & Ayahteh Cucu bertuah ni kan, dah pandai kacau tokmak nak merakam suasana.😂 Santai santai dihalaman rumah sambil tengok orang memancing. Moga silaturahim ini kekal sampai syurga❤

Jerebu Ujian Kepada Brisk Walkers

  Bismillah, Guys,bila jerebu semakin menjadi jadi dikawasan Batu Pahat dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya,maq sekali lagi buat keputusan untuk cuti brisk walk. Bulan lepas 15 hari kami tak keluar berjalan. Bulan ni tak pasti tapi minggu ni je baru sehari maq brisk walk. Solusinya ? Minggu ni kami berjalan je dalam rumah.Alhamdulillah ada treadmill mur mur tu,dapatlah keluar sesikit peluh manja dari dalam badan ni. Kaki ni pun dah gatal nak keluar rumah tapi apakan daya,hajat tak kesampaian. Kata encik suami level kami ni tak sesuai nak berjimba dalam jerebu,antibodi kami dah tak muda,hahaha.Maq ye kan saje.Beliau pun dah beberapa hari batuk.Tak kuat batuknya tapi ada. Mask muka pun dah jadi stok kami semula.Untuk kegunaan Aida kerja dan encik suami ke masjid dan ke pasar. Ditempat maq,jerebu ni kadang tu awalnya nampak clear je,matahari pagi pun elok je memancarkan cahaya tapi sedar sedar dah mendung.Rupanya jerebu datang ramai ramai memeriahkan ruang angkasa. Kalini macam...

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...

Santai Di Pantai Perpat Hari Malaysia

  Bismillah, 16 September yang lepas kami ke Pantai Perpat sebab pada hari itu semua orang Malaysia cuti kecuali mereka yang berkerja keras dan terpaksa berkerja. Apa pun,mungkin sebab udara Batu Pahat masih berjerebu dan masih pada level tak sihat, semasa kami sampai dipantai itu pengunjung tak ramai seperti biasa.Sangat kurang tapi masih ada. Tujuan asal cuma nak melepak santai santai dan menikmati keindahan alam dan menghayati kehebatan ciptaan Allah swt. Santai santai jer. Agak agak apakah yang difikirkan oleh orang pakai topi tu ek? Pengawal peribadi emak dan ayah.Senyuman nya ada,senjatanya takda.Silatnya jauh sekali.So emak Ayah kot yang jadi pengawal peribadi dia ! 😂 Jadilah seperti kayu bakau.Dah mati pun masih boleh berdiri tegak .Ini peribahasa baharu.😂 Kerusi lipat ini memang akan setia menemani kami walau kemana kami pergi.Terima kasih kepada 'mereka' kerana berani kena duduk oleh Maqnie 🤣 Indah ,biarpun nampak seperti ego.Hahaha tetiber nak salahkan kayu yang d...

Sharing Is Caring

  Bismillah, Lama dah maq simpan video ni.Korang boleh lah tonton dengan jiwa yang tenang.Video ni maq dapat dari group prepper Malaysia.Masa tu tahun 2023 kot.Maaf kalau silap. Untuk apa video ni? Maq sharing sebab Maq caring.Tu jer!Harap beri manfaat kat korang. Apa khabar dunia hari ini?  TERKINI Harini 25/9/2026.Mufti Besar Arab Saudi gesa tentera bersedia syahid menentang Houthi. Pihak berkuasa agama tertinggi Arab Saudi menggesa tentera negara itu bersedia syahid dalam usaha memerangi kumpulan Houthi yang disokong Iran sehingga kumpulan berkenaan disingkirkan daripada kuasa, menurut kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi Arab Saudi. Menerusi mesej yang jarang dikeluarkan dan menggunakan bahasa tegas oleh Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Saleh Fawzan Al-Fawzan itu ditujukan kepada tentera yang ditempatkan di sempadan negara. Sumber : Berita Harian Maq? No comment! Cuma nak pesan. Guys ,teruskan berselawat ❤

Produk Saji

Assalamualaikum. Selamat pagi.  Salam dingin dari Johor Darul Takzim. Musim tengkujuh pada tahun ini melibatkan banyak daerah di negeri Johor mengalami banjir. Dia punya tinggi air banjir tu naik hinggakan Kota yang tinggi  pun boleh tenggelam. ( beberapa orang warganet buat lawak dipage facebok) - nak bergurau pulak kau ya.. Sebenarnya memanglah nama Kota Tinggi tapi kawasannya masih rendah. Apatah lagi dengan pembangunan pesat di Kota Tinggi,  banjir kilat mudah berlaku. Gambar atas kawasan terbaru yang ditengelami air didaerah Kota Tinggi. Selain Kota Tinggi, Segamat,  Muar, Batu Pahat, Mersing, Kluang juga turut mengalami  banjir kali ini. Tanah runtuh dan pokok tumbang sering berlaku bila musim hujan macamni. Kepada mangsa banjir, pesan maq, jaga diri.  Jaga keselamatan.  Jaga apa sahaja yang berharga milik anda kerana air datang tidak akan beri salam,  persediaan awal itu perlu. Dan pagi ni langit Batu Pahat ma...

Kelebihan hari Jumaat

Assalamualaikum. Bila tiba hari Jumaat banyak yang boleh kita buat disepanjang malam dan siangnya. Bermula lepas masuk waktu maghrib seperti mana yang sering kita lihat selepas je solat Maghrib , ramai ambil peluang baca surah yasin. Ada pun segelintir  berpendapat baca surah khafi pada sepanjang Jumaat ( tak kira malam atau siang ) adalah lebih afdal. Sedangkan baca surah yasin itu afdal dilakukan disetiap pagi disetiap hari. Bacaan yasin bukan cuma dimalam Jumaat sahaja.  Ada pun untuk hal sebegini adalah lebih baik kita rujuk kepada pakar.Semoga anda akan lebih paham pada permasalahan tersebut , inshaallah. Selain melakukan solat Jumaat yang wajib bagi setiap kaum lelaki yang dah baligh serta sihat  mental dan fizikal , ada juga  lagi yang disarankan elok dilakukan pada setiap hari Jumaat. Ianya ialah berselawat keatas nabi. Lihat gambar bawah ini. Okey ,peluang sudah ada didepan mata , 80 kali untuk hapuskan dosa selama 80 tahun. Dah tu apa nak tunggu...

Isteri Penghuni Syurga

Assalamualaikum. Salam malam Jumaat penuh barokah. Sedikit perkongsian dari seorang sahabat hati. Jom para isteri, sama sama kita perbaiki diri dari hari ke sehari. Mudah mudahan Allah perkenankan.. Aamiin yb Gambar sekadar hiasan. بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته... Isteri yang bangun tengah malam, Minta ampun pada Allah bagi pihak suami, Kerana dia tahu suami dia buat jahat, Dia tahu suami dia malas solat, Dia tahu suami dia buat dosa, Maka di hari kematian dia, Allah muliakan jenazahnya. Dia senyum semasa kematiannya. Suami berubah kerana doa dan kasih isterinya. Jadi para isteri, Kesalahan suami itu di doakan pada Tuhan. Bukan diceritakan.Bukan di aibkan. Lagi teruk kita hina suami depan anak-anak dan kawan dia. Seburuk mana pun suami, disebab isteri itu dia diterima ke syurga, Atau di humban dalam neraka! Jazaakallaahukhairan ust Abu Hurairah Asifa.  Ù‚ال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ألا أخبركم بنسائكم من أهل الجنة؟ ...

Inilah waktunya untuk jadi Orang baik Yang bijak

Assalamualaikum. Mengenai bantuan Covid19 . Ramai yang pertikaikan penerima penerima sumbangan bantuan tu. Ada yang layak tapi tak dapat, ada yang macam tak layak tapi dapat. Dalam situasi macam sekarang ni,  maq rasa kita jangan pilih layak tak layak tapi kita bagi pada mereka yang memang sangat memerlukannya. Al maklom dah hampir 3 minggu tak pergi kerja, mesti ada yang dah kering stock dapur mereka. Siapa yang memerlukan bantuan tu? Golongan yang diutamakan adalah mereka yang, -duit simpanannya dah habis langsung. -duit nak beli barang dapur langsung dah takda. -Putus pendapatan dan tanggungan ramai nak dibagi makan. BUKAN untuk golongan macam ni. -ada duit tapi sayang nak guna. -ada duit tapi saja nak juga merasa dapat bantuan. -ada duit dalam bank tapi malas pergi cucuk. -ada pencen, socso, bantuan bulanan JKM/Zakat dan gaji bulanan. DAN bukan juga untuk golongan macamni, -dlm petiais penuh lagi barang basah. -dlm almari penuh lagi barang kering...