Assalamualaikum.
Sesekali masuk berborak dalam group sekolah ni seronok jugak. Sejak kebelakangan ni maq memang dah tak berapa nak aktif whatsapp group tapi bila dah dalam situasi macam sekarang ni, banyak sangat info yang nak kena baca, akhirnya maq layankan jugak lah group group tu, termasuklah group sekolah menengah.
Ye, umur kami dah lewat 50/51/52 tahun dah sekarang ni, Alhamdulillah. Apa yang maq nampak, respond antara kami adalah berbeza mengenai wabak Covid 19 ni.
Kalau yang perempuan, habis semua info diaorang kongsi. Lepas satu satu diaorang forward atau copy and paste. Sampaikan jadi bahan gelak pulak sebab dah macam infomer kampung katanya.
Kalau yang lelaki pulak, rileks rileks je. Boleh je borak borak pasal mancinglah, pasal tambah wife la, aduhhai.. Borak kasar ye brothers.
Tapi bagi maq, orang perempuan standard emak emak ni bukan lah kecoh atau serabut pun. Tapi sebenarnya mereka cuma dibelenggu 'panik'. Kenapa mereka panik? Bawah ni jawapannya. Ayat yang terpaksa maq taip dan send dalam group demi nak pulihkan keadaan. Paling tidak pun nanti, mereka boleh juga paham apa yang wife diaorang rasa.
50/51/52 itu kita guys hehehe |
Naluri seorang ibu kat mana mana pun sama jek. Bukan sorang ibu tapi boleh kata semua ibu ibu macamni.. Sungguh! Kami,ibu ibu ni memang ikhlas kalau menyayangi, 😂
Lelaki risau dlm hati jer 😂
ReplyDeleteejulz, ye betul tu,masing masing luaran buat derk jek hehe
ReplyDelete