Skip to main content

Jemaah Umrah diarah keluar


Assalamualaikum.

Akhirnya benar,  Kota Mekah bakal dikosongkan!  Bermula dari 5hb March hingga 8hb March semua jemaah yang masih tinggal di Mekah diarah meninggalkan tanah suci itu. Ini semua disebabkan ada 2 kes wabak Covid19 yang telah dikesan disana. Ada yang kata penangguhan ini mungkin belarutan hingga April 2020 ,waallahhua'lam..

Semalam pun masih ada lagi  para jemaah yang melakukan ibadah umrah biarpun kerajaan Arab sudah melarang mereka memakai pakaian umrah sejak 4hb March lalu. Maksudnya tiada aktiviti umrah dibenarkan buat sementara waktu. Tapi mana mana jemaah yang datang dari luar Arab,  takkan mereka nak bazirkan peluang keemasan ini ye tak?  So ada sesetengahnya buat jugak saie. Dan mereka lakukan tawaf guna jalan  diatas bumbung Masjidil Haram.

So tarikh akhir untuk para jemaah dari luar meninggalkan tanah suci itu ialah 8hb March 2020.





Ini kejadian pertamakali maq lihat , depan Kaabah sunyi! Yang mana sebelum ini ramai orang menjangkakan agak mustahil Kaabah tidak dikunjungi ternyata ianya benar benar belaku. Allahhuakhbar..



Cuma Allah je tahu pada tiap kejadian yang belaku sekarang ini. Kita sebagai hambaNya selalulah bersangka baik dengan keadaan apa sekalipun.





Dan apa yang buat maq rasa sedih, pagi tadi sebelum masuknya solat subuh,  ada sekumpulan jemaah umrah yang tekejar kejar nak buat umrah telah diarah keluar oleh petugas masjidil Haram.  Kesian.. Mereka terpaksa redha dengan ketentuan ini. Ye, undang undang tetap undang undang. Harap harap smua ini tidak belarutan terlalu panjang.

Semoga semua umat islam diseluruh dunia tidak panik dengan situasi ini dan senantiasa menjaga kebersihan diri dan kebersihan dihati.  Waallahua'lam..

Semalam mereka semua lakukan solat maghrib diatas bumbung Masjidil Haram. 



Comments

Post a Comment

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa