Assalamualaikum.
Throwback kisah semalam.Semalam 5hb March 2020. Semalam tarikh dimana Along dah janji dengan Aida nak pergi ambil result SPM Aida.
Semalam juga, Ainul Mardhiah kurang sihat kerana demam dan selsema. Dan buat pertamakali semalam, maq ikut anak pergi ambil result SPM.Sebabnya maq risau kalau along terpaksa batalkan janji dia nak hantar aida ambil result (maklom anak tak sihat) Jadinya maq dan aida bakal naik grab je. Itu plan kedua kami.
Tapi Alhamdulillah, along pegang pada janji walaupun anaknya meragam sebab badan tak sihat,along tiba jemput kami dirumah pada pukul 9.40am.
- Pukul 10.00-10.20 tunggu pengetua dan cikgu cikgu lain datang ke dewan. Mereka pergi makan dulu sebab pukul 10 kan waktu rehat.
- 10.30 - pengetua beri ucapan dan melapurkan prestasi peperiksaan tahun 2019. Alhamdulillah sekolah Dato Bentara Luar ada peningkatan peratus pada tahun ini. Tahniah guru guru dan murid murid. Seronok mereka beri tepukan.
- 11.00 - nama nama pelajar cemerlang dan straight A dipanggil naik kepentas. Alhamdulillah..
- 11.10 - sesi bergambar diatas pentas
- 11.15 - Aida ambil surat berhenti sekolah
- 11.20 - maq call along, beritahu maq dan aida dah siap ambil result.Rupanya along sedang sibuk melayan anaknya yang menangis sebab dah tak selesa tunggu kami lama. Kesian along. Kena tahan sabar tahap 200% demi anak dan adik. Allah je yang mampu balas semua pengorbanan Along untuk kami. Insyaallah.
Lepas urusan Aida selesai, kami ke hospital Pantai pula untuk dapatkan rawatan bagi Ainul Mardhiah. Akhirnya doktor sahkan Ainul terkena wabak kaki, tangan dan mulut ( HFDM) . Ya Allah, semoga Cucu tok mak cepat sembuh ya.
Lain lain gambar mengenai ambil result SPM di sekolah Aida semalam? Masuk link ni ..❤
Alhamdulillah ,Tahniah mak usu.. 😘
Nota maq : SPM hanya permulaan. Teruskan lagi usaha kerana setiap orang punya rezeki yang Allah dah tetapkan. Insyaallah ❤
Tahniah Aida
ReplyDeleteWP - Alhamdulillah, terima kasih
ReplyDelete