Skip to main content

Doa Untuk Orang yang menganiaya kita


Assalamualaikum.

Terasa teraniaya oleh sesaorang yang selama ini anda sangka dia baik dengan anda?

Dah nama pun manusia, sesetengah tu mana boleh lihat orang lain hidup selesa sikit. Ada je nanti mereka cuba cari jalan nak bagi suasana hidup orang lain jadi 'panas'.

Alhamdulillah  setakat ni maq masih mampu mengawal situasi jika diri terasa dianiaya. Bagi maq, orang yang tak suka tengok orang keliling dia bahagia itu, sebenarnya dia kurang kasih sayang.

Bahkan orang orang yang mengaku sayang dekat dia pun kadang tak ikhlas. Sebab itu dia cuba alih perhatian dia untuk porak perandakan hidup orang lain pulak. Bagi dia, susah dia, dia nak orang lain ikut sama rasa. Tapi bagi maq ini semua mengarut!

Orang yang rasa tak bahagia bila lihat orang lain bahagia adalah salah seorang pesakit mental. Mereka ni perlukan rawatan. Bayangkan semua orang dia nampak teruk sedangkan yang teruk tu minda  dia.

Bagaimana nak rawat pesakit mental macam ni?

Bawa dia dekatkan diri dengan Allah. Orang yang jauh dari Allah, jiwa dia kosong. Sebab tu dia suka cari masalah untuk dapatkan keseronokkan. Bagi dia bila oranglain hidup susah macam dia, baru dia rasa puas!

Orang yang berpenyakit seperti ini, mereka pergi mana pun pasti tak boleh hidup tenang.

Lagi lagi bila dalam kepala otak dia cuma fikir macamana nak hidup mewah dengan cara nak menipu.24 jam dia nak orang pandang dia lagak orang kaya raya. 24jam dia nak nampak hebat.  24jam juga dia nak cari idea macamana nak kelepetkan harta benda orang dengan menganiaya si mangsa. Dan 24jam jugalah kerja dia cuma nak berbohong.

Dia lupa, Allah melihat pada setiap apa je yang dia buat. Allah tahu setiap apa je yang dia fikirkan dan niatkan. Malang nya orang macamni,  dia lupa Allah ada.  Dia lupa dia akan mati. Dia lupa yang alam kubur itu ada. Hari kiamat itu ada. Syurga neraka itu ada. Ye, dia lupa semua tentang itu.

Nauzubillahiminzaliq..

Acctualy bila hidup terlalu banyak mikir nak menipu, akhirnya dia lupa dah cara mana yang terbaik untuk menipu. Sebab tu ramai penipu akhirnya bakal kantoi! Malah jerat akan makan tuan juga akhirnya.

Orang yang pernah buat aniaya kat kita, layaknya kita doakan dia. Doa supaya Allah bagi keinsafan kepada mereka sebelum Allah cabut nyawa dia terlebih awal.

Ada orang dia malas nak banyak fikir bila kena aniaya , pada dia " lantaklah, biar je Allah yang balas pada apa yang dia dah buat kat aku. Aku malas nak fikir lagi"..

Ada orang pula akan kata " aku tak akan ampunkan dosa dosa dia sampai bila bila sebab dah buat hidup aku jadi macamni"

Haa yang ni bahaya. Dosa dengan manusia paling payah nak terbatal kalau orang tu tak nak maafkan. Taubatlah 1000 kali pun, kalau dia tak maafkan, habisla..

Allahhuakhbar..

Apakah orang yang suka aniaya orang ni,  dia  tu lebih layak dipulangkan semula kepada Allah? Rasa rasa perlu ke dia tu di doa kan suruh Allah ambil nyawa dia lebih awal? Kita inilah pendusta tanpa henti. 

Astagfirullah hal 'azim..

Nota maq : pengalaman telah mendewasakan. Maq Sering lihat kejadian ini didepan mata sendiri.

Dan sebagaimana yang kita tahu, antara doa doa yang Allah makbulkan adalah doa orang yang teraniaya. So hati hati. 


Popular posts from this blog

Tadarus Al Quran 2026

  Bismillah, Ramadhan tahun ini ,maq berpeluang berkumpul dengan wanita wanita satu penempatan dengan maq.Kami bersama sama bertadarus Al Quran selama 2 hari berturut turut. Biro wanita taman Bukit Perdana telah menganjurkan program bertadarus pada 21&22hb Februari lalu.Dan Majlis khatam pula berlangsung pada 28hb Februari pula. Al Quran yang mengandungi 30 juzuk telah selamat kami baca dengan dipantau oleh pembimbing yang bertauliah. Pada hari pertama,setiap kumpulan kena baca 2 juzuk.Kumpulan maq baca juzuk ke 3&4. Manakala pada hari kedua,kumpulan maq baca juzuk ke 18. Alhamdulillah.Gabungan wanita dewasa & remaja telah meraikan al Quran sepanjang 2 hari tersebut.Program bermula dari pukul 8-pukul 11 pagi. Seronoknya bertadarus ni,kita boleh baca sambil disemak oleh pembimbing.Bila silap dalam bacaan,pembimbing secara auto akan perbetulkan.Semuanya berjalan dengan lancar. Berbeza baca quran sorang sorang dirumah,takda siapa yang boleh semak bacaan kita. Moga Allah te...

Daging Korban Nak Masak Apa?

  Bismillah, Ada dapat daging korban tapi tak tau nak masak apa? Jom kita cuba 2 resepi kat bawah ni. Resepi daging black pepper Bahan-bahan: Daging Bawang putih 4ulas (tumbuk) Bawang holland 2 biji Serbuk kunyit 1 sudu kecik Sos black pepper Lada hitam 2sudu (tumbuk) Capsicum hijau 1biji Tomato 2biji Carrot (optional - taknak letak pun takpe) Daun bawang (optional-taknak letak pun takpe) Garam, gula, aji Minyak masak Cara Masak: Rebus daging sampai empuk. Bila air dah kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit , kacau lepastu masukkan bawang putih. Kemudian masukkan sos blackpepper & lada hitam yang ditumbuk tadi. Masukkn garam, gula,aji. Masukkn carrot,lada capsicum.agak agak bila  sayur dah lembut ,masukkan pulak tomato, bawang Holland & daun bawang. Ok dah siap! Kredit resepi Fatimah Ibrahim Resepi daging merah thai Bahan memasak, 1 kilo daging -rebus +pewarna merah 2 sudu makan cili blander 2 sudu makan sos cili 1 sudu makan sos tomato 1 sudu makan sos tiram 1 su...

Aturan Allah Sangat Indah

  Bismillah.. Selamat malam. Sebenarnya takda idea apa pun dalam minda saat ni.Tapi jari jemari ini perlukan senaman dan Maq pilih untuk menaip. Dari tahun 1993 Maq menjawat jawatan isteri dan surirumah tangga sepenuh masa, tahun 2025 ni rasanya Maq dah layak ke untuk terima anugerah? Hahaha tiber ! Sebenarnya tak perlu pun semua tu. Bagi Maq ,lepas nikah fokus hidup Maq cuma pada rumahtangga,suami,anak anak dan alam. Bila dah semakin berumur macam sekarang ni,tak sangka kehidupan boleh berubah sejauh ini. Asalnya Maq hanya seorang budak kampung yang naif yang terpaksa jual kuih epok epok untuk duit belanja dan tambang kesekolah.Dan Maq juga terpaksa tamatkan alam persekolahan selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) demi beri laluan kepada 2 orang lagi adik yang perlu meneruskan pelajaran mereka. Alasan parents , adik adik Maq lebih bijak so pelajaran mereka lebih penting  di beri keutamaan dan Maq anak sulong yang IQ pun level sederhana je ni lebih baik car...

Blog Sunyi,Maqnie Sunyi

  Bismillah.. Lebih separuh tahun dah 2025 berlalu. Terlalu banyak perkara yang diluar jangkaan telah dan sedang kita lalui. Sebagai wanita dewasa yang dipilih melihat kehidupan akhir zaman didepan mata,jujur cakap,maq takut,maq sedih dan maq jadi penat dan kadang jadi terlalu penat. Kita sedang berada dizaman fitnah.Zaman dimana ,you buat hal yang betul dikata salah dan you buat hal yang salah tentu tentunya dikatakan salah. Rasulullah pun ada pesan ,jika kita tak dapat nak ucapkan hal yang baik baik,pilihlah untuk berdiam diri. Dan sentiasalah bersangka baik dengan ujian Allah. Dan dalam post kalini,maq just nak cakap, " Yaa Allah ,maq dah penat.Sangat sangat penat..."

Tazkirah Sisa Sisa Hidup

Bismillah, Kalau umur kita sekarang 50 tahun dan dapat hidup hingga 70-75 tahun, itu maknanya hanya tinggal sekitar 25 tahun saja lagi. Apatah lagi kalau umur kita sekarang sudah mencapai 65 tahun atau lebih.Berapa hari saja lagi sisa-sisa umur kita yang tinggal.Kerana pada hari hari yang tersisa ini ada waktu waktunya kita juga ada jatuh sakit. Oleh kerana hari yang tersisa tidak banyak lagi, apatah lagi sewaktu kita meninggalkan dunia ini, apapun tidak ada yang dapat dibawa, maka kita tidak perlulah terlalu berhemah.   Duit yang memang harus dikeluarkan keluarkanlah. Apa yang dapat dinikmati, nikmatilah. Jika memiliki niat untuk beramal ibadah, lakukanlah segera. Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan "dunia" kerana yang bakal terjadi nanti adalah kematian. Kerana saat kita telah di dalam tanah, kita sudah tidak dapat lagi merasakan segala pujian dan kritikan orang lain.   Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan anak anak. Anak cucu kita mempunyai rezeki mereka masing ...

Khutbah Jumaat JDT

        INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT TARIKH : 06 Mac 2020                  11 Rejab1441 TAJUK  :  Menghargai Wanita                 1) Agama Islam- agama yg hormati kaum Wanita; iktiraf kepentingan mereka dlm kehidupan; Allah letak kedudukan Wanita di tempat mulia. 2) Firman Allah Surah An-nisa'/32 bermaksud: "Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yg Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (utk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yg lain (tentang harta benda ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran) kerana (telah tetap) orang orang lelaki ada bahagian dari apa yg mereka usahakan dan orang orang perempuan pula ada bahagian dari apa yg mereka usahakan." 3) Kaum Wanita- golongan istimewa; berperanan dlm kehidupan keluarga masyarakat & negara; berkebolehan laksana dua kerja dlm satu masa; sebagai isteri dan  sebagai ...

5 Sikap Yang Mematikan Perasaan Pasangan

  sekadar hiasan** Bismillah, 5 sikap yang mematikan perasaan pasangan. 1.Bahasa Kasar. 2.Memandang Remeh kepada pasangan. 3.Banyak mengarah pasangan. 4.Membandingkan pasangan dengan orang lain. 5.Sikap mengungkit dan menyimpan dendam. Sumber dari sedutan Ceramah Ustazah Nazirah Abu Bakar. Semoga kita tidak menjadi pasangan yang bersikap seperti diatas.

Puasa ,Raya dan Orang tua

  Bismillah, Hari kedua ramadhan 1447.Blog sunyi ek? Puasa guys,mana boleh banyak cakap,nanti pahala kurang. Alhamdulillah tahun ni ,sebelum nak sambut ramadhan,maq dah cuti awal sebab bergabung dengan cuti tahun baru Cina.So peluang itu maq ambil untuk kemas rumah sempena menanti kehadiran ramadhan. Korang jangan pelik.Family maq ,nak raya tak berkemas sakan tapi kami lebih pilih untuk all out kemas sempena ramadhan. Bukan tahun ni je ,tahun tahun sebelum pun sama. Sebenarnya untuk hari raya akan datang ni,orang tua tua macam kami ni dah tak excited sangat dah.Macam tahun lepas ,beraya cuma 2 hari jek ,lepas tu dah melepak dirumah.Mood raya hilang entah kemana ,ghisau kan. Tahun ni kami tak fikir apa pun,yang penting raya dibulan shawal tu ada dan moga Allah terima semua amalan kami didalam bulan ramadhan. Korang jangan tiru perangai maq yang ni.Korang nak beraya teruskan beraya.Inilah peluang nak bertemu sanak saudara yang jauh diperantauan.Nanti jangan lupa ziarah jiran tetangga...

Tips Untuk Turunkan Asid Urik

  Bismillah, Smoothie Semulajadi Untuk Turunkan Asid Urik Bahan-bahan: 2 batang saderi (celery) 1 biji timun (saiz sederhana – organik lebih baik) 1 biji epal hijau ½ biji lemon (ambil jus sahaja) 1 sudu kecil halia segar (dihiris nipis) 1 gelas air sejuk ATAU air kelapa muda (pilihan) Pilihan tambahan: Beberapa helai daun pudina (untuk rasa segar) Cara Penyediaan: 1. Basuh semua bahan hingga bersih. 2. Potong kecil supaya mudah dikisar. 3. Masukkan semua bahan ke dalam blender bersama air pilihan. 4. Kisar sehingga halus dan sebati. 5. Teruskan minum ketika masih segar – sebaiknya waktu pagi semasa perut kosong.  Tips Penggunaan: Amalkan 3 hingga 4 kali seminggu untuk kesan yang optimum. Elakkan menambah gula atau pemanis. Jika anda mempunyai perut sensitif, mulakan dengan kuantiti kecil dahulu dan tingkatkan secara beransur. Khasiat Setiap Bahan: ♥️Saderi & Timun: Diuretik semulajadi, bantu buang lebihan asid urik melalui air kencing. Kaya air dan rendah kalori. ♥️Epal H...

Senaman Bersesuaian Penyakit

  tekan gambar untuk penerangan yang lebih jelas Bismillah, Rupanya setiap penyakit ada kesesuaian dalam lakukan senaman dan pergerakan harian kita.Kalau tengok pada gambar, setiap senaman ada dijelaskan berkaitan penyakit penyakit tertentu. Sengaja dikongsikan diblog untuk tambah tambah ilmu dunia sesama kita.Semoga beri manfaat.Moga jadi pahala kepada pemilik gambar. Credit to owner 💕